Kpush!
"Aduhh! Time macam ni dia nak buat hal. Aku baru nak makan kut." rungut Jet.
Jet beria ambil makanan dua pinggan penuh. Jadi sekarang macam mana nak makan? Tak nampak.
"Semua diam! Bawa bertenang dahulu!" kata Ejen Bakar.
Ejen Geetha mengeluarkan telefonnya yang bersambung dengan sistem MATA.
"Leon."
Telefon Ejen Geetha menunjukkan sesuatu sedang menceroboh kawasan akademi.
"Jadi macam mana sekarang?" tanya Ejen Karya.
"Hmm ada orang nak ajak lawan." kata Ejen Bakar.
Ejen Bakar membuat gaya menumbuk. Bersiap sedia dengan segala serangan.
"Baiklah. Semua saya nak kamu pergi tukar suit ejen. Kami akan cuba bertahan." arah Ejen Leon.
Ejen muda berlari menuju pintu belakang akademi. Pintu belakang paling cepat untuk ke bilik penukaran suit.
"Apa yang berlaku? Kenapa mentor suruh tukar suit?" soal Bulat.
"Aku tak pasti. Tapi aku dapat rasakan. Akademi diserang." kata Ali.
Saat mereka sampai di pintu belakang. Pintu belakang tidak terbuka. Berkali mereka cuba masukkan password tapi masih tidak berhasil.
"Pintu ni dah kena hack." kata Ali.
"Sekarang macam mana?" tanya Mika.
Mentor entah selamat tidak di sana. Tanpa gadjet dan suit pula.
"HAHAHAHA"
Ejen muda mencari suara sumbang itu.
"Fiesya!?"
Fiesya dan konconya berada di situ. Mereka lengkap dengan gadjet berbahaya dan entah suit apa digunakan.
"Apa yang kau tak puas hati lagi!? " soal Nul.
Sejak sedar daripada koma tempoh hari, Nul tidak dapat memaafkan Fiesya dan kawannya. Walau mereka merayu minta maaf.
"Aku tak kan puas selagi MATA tak jatuh pada tangan aku." kata Fiesya.
"Untuk apa!? Untuk apa semua tu!? Dato Othman dah tiada, kenapa nak teruskan!" bentak Nul.
Nul tidak dapat kawal emosi. Ejen muda mampu mendiamkan diri kecewa dengan penipuan Fiesya dan konconya. Rupanya Fiesya dan yang lain hanya mempergunakan ejen muda saja.
"Untuk apa? HAHAHA!! Selain kami balas dendam terhadap Dato Othman, kami nak dapatkan projek IRIS, IRIS NEO dan ... SASTRIA." kata Amelia. Gadjet pencakar yang bersambung dengan kuku dimain.
"Tak sangka pulak semua projek tu dijaga ketat walaupun ada projek berkurun lama." kata Julia.
Julia memandang tepat pada Ali.
"AKU TAKKAN BIARKAN KORANG DAPAT SEMUA TU!!"
Nul berlari menyerang. Dia tidak kisah lawan tangan kosong. Dia tidak mahu jadi ejen lemah. Ejen yang hanya bergantung pada gadjetnya.
Feisya dan konconya senyum sinis. Mereka menyerang serentak.
Nul tidak mengalah. Tanpa gadjet pun dia boleh bertahan. Ramai tumbang. Wanna dan Lisa menyerang bersama. Nul membuat flip back.
"Boleh tahan." kata seseorang.
"Huh?"
Luna memukul Nul menggunakan hammer. Nul bangkit bangun. Dia tak akan cepat mengalah.
YOU ARE READING
LOVE FAMILY ACADEMY
Fanfiction~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...