16 - Kekesalan Seseorang

270 25 35
                                    

"Kau kejam Fik! Kau lupa jasa Ejen Aliya pernah lakukan pada Ejen Zain dan pada kau?" Mike berusaha mengingatkan kembali apa yang Ejen Aliya pernah lakukan pada Ejen Zain dan pada dirinya ketika dahulu.

"Kau lupa ke!"

Afik memang dah lupa dia dan Mike pernah disatukan kumpulan 10 tahun lepas.

Terus imbasan yang sudah berbelas tahun lepas muncul di ingatannya yang pernah di ceritakan sendiri oleh Ejen Zain sewaktu dirinya kecil.

{Flashback}

"Awak duduk sini je, okay. Saya ada meeting kejap." kata Ejen Zain pada isteri nya yang sedang sarat mengandung cahaya pertama mereka.

"Okay..." Hanya itu Ejen Dhia membalas. Ejen Dhia bosan kerana di HQ dia tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang kerja.

Tapi niat untuk keselamatan dan niat untuk meneman Ejen Zain di HQ dia harus duduk diam-diam di bangku sehingga Ejen Zain dapat pulang.

30 minit telah berlalu...mesyuarat antara General Rama dan empat ketua teras belum lagi tamat. Yang menjadi masalah sekarang, Ejen Dhia kehausan. Heheh...

Tanpa berlengahkan masa lagi, dia pergi ke kafe HQ tanpa pengetahuan suaminya. Ambil air sekejap sahaja...bukan lama pun. Jadi Ejen Zain tidak akan tahu punya~

°_____★_____°

Waktu tengahari telah pun tiba. Ejen Aliya menuju ke kafe HQ untuk makan tengahari setelah habis buat tugasannya.

Langkah Ejen Aliya terberhenti apabila melihat sesuatu.

"Ya Allah, Dhia!"

Aliya melihat Dhia sekarang dalam keadaan terbaring menahan sakit bersama lemuran darah disekelilingnya. Ketika hendak mengambil air di kafe ... dia tergelincir pada lantai yang ada sedikit air tumpah.

"Aliya...macam mana dengan Dhia, anak aku? Semuanya selamat?" tanya Zain sebaik sahaja Aliya membuka pintu bilik rawatan.

Aliya hanya memandang Zain sayu sebelum membalas pertanyaan Zain tersebut. "Tahniah Zain. Anak lelaki kau dapat dilahirkan dengan selamat."

Sebelum Aliya menyambung, Zain mengucapkan kata syukur. Kemudian memandang Aliya kembali. "Dhia?"

"Aku minta maaf." Aliya tertunduk melihat lantai dan kembali melihat wajah Zain. "Aku tak dapat selamatkan Dhia. Dhia kehilangan banyak darah."

Berpina mata Zain merah. Dhia dah tiada? Dhia tinggalkannya dengan anaknya yang baru sahaja lahir?

{Flashback End}

Semua ejen terdiam mendengar kisah tersebut dari mulut Mike. Ali tidak pernah tahu tentang kisah ini. Sangat dia tidak menduga.

"Kau lupa ke Fik?" Soalan Mike masih sama. Ulang, ulang dan ulang sampai Afik ada jawapan. "Kalau tak disebabkan Ejen Aliya ... kemungkinan besar, kau takda kat dunia ni!"

Semua terkedu lagi-lagi Afik. Tidak pernah lagi melihat Mike marah hingga manangis, hingga menitikkan air mata. "Dan sekarang... kau hina anak kandung dia termasuk orang yang pernah selamatkan nyawa kau?"

LOVE FAMILY ACADEMYWhere stories live. Discover now