22 - Musuhh!!

131 13 2
                                    

"Argh ...!" Kepala Alicia sangat sakit. Dia tidak tahu apa yang jadi tadi. Apabila mata dibuka, punyalah terkejut semasa disekitarnya adalah bukan pandangan di hotel. Pandangan itu lebih kepada rumah usang. Tangan dia juga terikat dengan tali yang tebal.

"Korang ... " panggil Alicia untuk mengejutkan kawan-kawannya itu yang sedang dalam keadaan pengsan. "Alicia..." Iman yang baru terjaga dari pengsan itu memanggil Alicia setelah mendengar suara Alicia.

"Iman, kita kena keluar dari sini." Alicia sedar bahawa mereka semua telah diculik oleh seseorang. Tapi tidak tahu siapa.

Penculik itu pun tidak ada dalam bilik tempat yang diorang duduk sekarang. Maybe tengah tidur. Kalau macam tu, bagus lah. Senang sikit nak larikan dari~

"Iman, cuba kau buka ikatan aku?" Iman lantas membuka ikatan pada tangan Alicia. Tapi ambil masa sikitlah. Tangannya juga sekarang ini terikat.

Setelah semua ejen muda perempuan bebas dari ikatan... mereka terus mencari pintu keluar sebelum penculik itu sedar.

°_____★_____°

*Tenetnetnetnet* (bunyi tapak kaki berjalan ye. Tahu aesthetic 😌)

"Bunyi apa tu?" tanya salah seorang dari penculik itu yang sedang dalam keadaan mamai. Eh jap- salah seorang? Maknanya ramai lagi lah? Ye, ramai lagi~ Mereka ber-8 orang... betapa ramainya penculik itu yerr~

"Weh korang... bangun woi. Diorang nak larikan diri tu." kata penculik tersebut. Siapakah dia? Apakah identiti sebenar nya? HAHA. Rahsia ...

"Apa?" kata kawan si 'dia' tu. Kenapa tak sebut je nama dia? HAHA. Nanti spoiler pulak. Takpa, kita pelan-pelan dulu. Spoiler-spoiler nanti.

Apabila semua dah tahu ejen muda perempuan cuba untuk larikan diri... mereka tunggu apa lagi woi? Takkan nak duduk diam tenung jam sampai diorang terlepas? Mesti kejar sampai dapat lah. Tak lupa juga bawa mangsa tebusan.

°_____★_____°

*Ting!*

Satu bilik yang gelap gelita tadi secara tidak sengaja tapi sengaja lah juga, cerah menyala. Ejen muda perempuan yang hampir dapat larikan diri dikepung oleh semua penculik itu.

"Kau..." kata Alicia apabila melihat dengan biji mata sendiri mereka adalah Dive Beauty. Termasuk juga Wanna dan Julia.

"Aku dah agak. Korang masuk akademi ada sebab." kata Roza sambil renung tajam pada dua makhluk yang dia sungguh ragu untuk rapat dan dekat.

Buat kali ini dia boleh main lepas je dengan rahsia MATA sebab ... semua orang sudah tahu satu Geng Diva Beauty tu ejen HQ MATA.

"Heh ... bagus lah kalau kau dah tahu sekarang ni. Tak payah kitorang nak jelaskan panjang-panjang." ucap Amelia. Pandai pun ejen muda perempuan ini rupanya.

Ejen muda perempuan memandang satu persatu mereka. Tak tahu nak buat apa. Diorang pun tak tahu diorang ada dekat mana sekarang ini sebenarnya.

"Kalau itu yang korang nak... " Alicia mengundur sedikit ke belakang untuk mengambil langkah. "Semua! Kita lawan!" Alicia dah siap dengan kekuda nya. Tidak pakai gajet pun boleh pakai seni pertahankan diri.

Semua mengangguk dan ikut jejak langkah Alicia. Kekuda siap. Yang tak siap lagi belasah diorang!

Maka, semua pun berlawan lah... tiada belas kasihan. Tak kira lah siapa, lawan tetap lawan.

"Berhenti!" jerit Fiesya. Ejen muda perempuan masih tidak berhenti. Mereka takkan tertipu lagi dengan Diva Beauty.

"Berhenti sebelum kawan korang yang akan terkorban!" katanya lagi. Semua ejen muda perempuan berhenti sambil blur. Apa maksud perempuan ni, ha? 'Kawan korang akan terkorban'?

Dengan muka tak bersalahnya Fiesya tersenyum sinis lalu memetik jari. Terbuntam semua ejen muda perempuan kat situ. Nul dengan bekas lebam nya apa semua dibawa Lina dan Wanna. Diorang pun tak perasan Nul takda kat situ.

"K-Kau... apa yang kau dah buat dekat kawan aku?!" herdik Aliza. Apa salah Nul kat diorang pun dia tak tahu. Teruk Nul kena. Merata lebam dekat muka Nul. Tak tahu lah kalau kat badan. Huishh!

Nul semakin sesak nafas. Darah yang entah datang dari mana keluar hingga ke kakinya. Ejen muda perempuan bingung nak buat apa.

"Woi! Lepaskan Nul tu! Kau nak dia mati ke apa?" kata Moon. Tidak sanggup melihat kawannya kesakitan begitu. Dive Beauty sama sekali tidak melayan dengan perbicaraan Moon. Ada mereka heran Nul itu nak mati ke apa? Lagi seronok tengok Nul mati ...

"Kau memang tak nak beritahu apa-apa tentang Nul?" Pertanyaan Lisa buat Mika terkedu, serba salah, takut dan keliru. "Betul kau tak nak beritahu? Dia kan dah jadi keluarga kau. Betul?" tanya nya lagi. Semakin keliru Mika. Dia terkaku tak tahu nak bertindak apa.

Kelembapan Mika buatkan Feisya hilang sabar. Dengan ikhlas hatinya, dia ingin menolak Nul. Mika terkejut lalu cepat-cepat bertindak sebelum satu nyawa hilang.

"Berhenti!" Syukur Mika sempat berhentikan perbuatan Feisya. Kalau tidak tak tahu lah apa akan jadi. "Baik! Aku beritahu! Nul dengan kembar aku dah kahwin!" kata Mika sekuat hati.

'N-Nul... dah kahwin?' gumam Aliza dan Moon serentak.

Ejen perempuan yang sedang terkejut extra dengan beruknya melihat Mika. Diva Beauty menyukarelakan diri menepuk tangan. Rancangan mereka berjalan seperti dirancang. Tiada istilah spontan bagi mereka.

Ira faham. Sekarang ini tiada masa untuk terangkan apa-apa. "Aku nak kau lepaskan Nul!" Feisya senyum senget. "Wanna! Kau settle kan budak ni! Aku... bereskan dia." Feisya menatap tajam pada Ira. Mereka bersedia untuk menyerang.

"Kau yang mencari maut, Ira!" Ira juga sudah tersenyum senget. "Heh! Marilah!" Feisya membuat serangan pertamanya untuk menyerang Ira.

"Alicia, awak nak buat apa sekarang ni? Takkan kita nak tengok Ira lawan je?" tanya Iman bernada berbisik. Memang sengit perlawanan Ira dan Feisya.

Alicia mengangguk. Semua faham definisi dari anggukan bakal super ejen Neuro itu. "Hiarghh!!" Mereka bertindak menyerang kesemua Diva Beauty yang tinggal dengan mengejut.

Wanna yang sedang menjaga Nul itu seperti tidak puas hati. Tugas dia sekarang sudah macam jaga Nul, musuh dia sendiri. Dia menolak Nul ke lantai dengan satu tangan sahaja. Inna terkaku melihat adiknya yang sudah terbaring sambil menahan sakit.

"Lu! Berani lu tolak adik gue!" Disebabkan terlalu marah, Inna menyerang Wanna dengan pantas. Wanna sebagai ejen Inviso dia dapat teka corak pergerakan Inna. Makin senang untuk jatuhkannya. Muahahahaha!

°_____★_____°

"Dah, biarkan diorang kat sini." kata Feisya. Dia bersama yang lain termasuk Triangle L mengikat semua ejen perempuan itu di pokok-pokok berasingan. Kalau nak tahu, diorang bawa ejen perempuan tersebut di sebuah rumah dalam hutan lebat tadi.

"Jom." kata mereka sambil senyum gembira melihat ejen perempuan tengah dalam kesakitan.

To Be Counntinued 🌺

LOVE FAMILY ACADEMYWhere stories live. Discover now