Pov's Alicia
Aku melihat jam pada telefon ku yang Ada pada tangan ku sekarang. Ouh....dah pukul 4:30 petang.
Aku patut balik asrama. Tapi sekejap lagi. Misi penting perlu dijalankan. Aku perlu beranikan diri walau apa pun akan berlaku.
Pov's Alicia End
Udara yang segar umpama baru sahaja lahir di muka bumi di hirup Alicia yang sedang duduk di atas bangku di taman bunga akademi. Taman bunga? Taman bunga yang bertuan kan Ejen Geetha dan yang dijaga oleh para ejen muda perempuan. Kalau ada rosak pada bunga tu, memang jawapan 'kau masuk kubur'.
"Alicia."
Suara seseorang sangat dikenali menyapa Alicia. Pantas, Alicia berdiri dari bangku dan mengajak Ali ke Bunga Mawar. Dapat dia melihat Bunga Mawar sambil bersembang. Hehe.
"Jadi, apa yang penting sangat suruh aku ke sini? Kau tak balik asrama?"
Muka tidak memandang Alicia. Nada percakapan sangat lain. Kenapa dengan Alicia, Ali bersikap begitu?
'Ya Allah. Tolong lah aku lalui dugaan ini.'
"T-Tak. Kejap lagi aku balik lah asrama." kesan terlalu takut, bicaraan tergagap. Ali mula memandang Alicia dengan serius.
"Jawab lah soalan aku. Kenapa suruh aku ke sini? Kalau tak ada apa, aku balik." kaki nya telah melangkah ingin pergi. Tindakannya seperti mengugut.
Tapi ia terberhenti ketika Alicia menarik tangan Ali. Jejaka itu hanya menepis tangan. Pandangan nya tepat pada wajah Alicia yang berhijab bawal hitam.
"A-Aku minta maaf." kata Alicia. Mulutnya tergetar tidak tahu mengapa. Susah sangat nak cakap 3 perkataan itu. Hanya 'Aku minta maaf.' Simple. Itu pun susah sangat.
"Kenapa pulak kau nak minta maaf?" soalan dihantar. Mulut Alicia makin rapat terkunci. Makin kuat ketaran dari bibirnya. Makin kuat gementar hatinya.
"A-Aku minta maaf se-sebab....aku buli kau. Aku denda kau ikut suka hati aku. Aku tak bertanggungjawab. Tapi satu je kau kena tahu. Aku buat macam tu sebab tak nak kehilangan kau. Aku buat macam tu sebab nak rapat dengan kau. Tu je." kesemua kesalahan di perkatakan. Tiada sisa yang tinggal.
Kepala Alicia tertunduk dibuat 1001 kalinya. Wajahnya sayu kerana serba salah. Seperti ia pentingkan diri. Macam kongkong.
Ali masih melihat Alicia. Senyuman sinis diam-diam terbentuk. Fikir dia heran sangat dengan maaf Alicia? Even Alicia tu dah masuk Islam sekali pun.
"Maaf. Aku tak boleh terima. Baru sekarang kau nak minta maaf? Selama ni yang kita keluar sama-sama tu, kau ada usaha nak cuba minta maaf? Tak da kan? Aku fikir kau memang tak layak terima maaf dari aku."
Hati nya semakin lama semakin retak, kini berkecai hancur. Dirinya terkaku. Tidak menyangka jawapan itu akan keluar dari mulut Ali sendiri. Ia seperti sedang berhadapan dengan jejaka Mr. Pycho.
"Kenapa? Kenapa kau tak boleh maafkan aku, Ali? Mana pergi kawan aku yang kaya dengan sifat pemaaf? Beri aku peluang untuk betulkan kesilapan aku yang dulu." nadanya sangat sayu. Dia betul-betul sedang menyesal. Air matanya mahu tumpah keluar.

ANDA SEDANG MEMBACA
LOVE FAMILY ACADEMY
Fanfiction~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...