Mentor dan juga ejen lelaki dapat tahu kejadian kes ejen perempuan malam semalam.
Pagi tadi Lina report pada Ejen Dayang selaku guru displin sekolah bahawa mereka pengsan tidak sedarkan diri. Seorang di tandas, seorang di pantry, seorang di living room, seorang di study room.
Mentor dan ejen lelaki dapat tahu juga daripada ketua teras. Hari ini yang sepatutnya mempunyai latihan ejen di sekolah telah dibatalkan oleh Ejen Zain.
Sekarang ejen lelaki di Moment Room sedang bersedih dan risaukan keadaan ejen perempuan. Kalau boleh mahu sahaja mereka melawat, tapi tidak boleh.
Ejen Dayang termasuk Ejen Geetha tidak membenarkan. Atas alasan ejen perempuan masih dalam keadaan trauma.
Mereka hanya boleh pasrah dan duduk sahaja di akademi tanpa berbuat apa-apa.
*Serek*
Semua mata yang termenung tadi melihat pintu yang dibuka Ejen Bakar. Dibelakangnya ada Ejen Leon, Ejen Karya.
Dan seorang ejen perempuan neuro, Ejen Erin atau dikenali sebagai Ejen Rin yang merupakan isteri Ejen Bakar.
Mereka kahwin setahun yang lepas. Ali dan Aliza tak sempat pun nak tengok Uncle mereka naik pelamin 🙂
"Kamu semua baik-baik?" Ejen Karya perasan dengan wajah lain pada ejen lelaki. Wajah apa? Wajah risau.
Mereka ada yang angguk dan ada yang senyum tipis. Don't know lah. Hati mereka sangat risau pada ejen perempuan.
Nak melawat, Ejen Dayang dan Ejen Geetha tak bagi. Haihh...pasrah.
Ejen Bakar faham akan dengan senyuman tipis mereka. "Kita orang terus terang je lah. Kita orang nak tanya. Kau orang ada syak sesiapa yang sabotaj kawan-kawan kau orang?"
Dari fikir tentang risau mereka tu lebih baik fikir tentang perlakunya.
"Lina."
Tidak disengajakan Ali, Rudy, Mike, Afik dan Jet serentak menjawab. Suspek utama mereka pasti Lina. Sebab apa? Sebab Lina adalah roommate mereka dan kenapa dia tidak terlibat dalam kes ini?
Kalau ingat balik...ketika Iman dan Moon masuk bilik air, cermin sudah diconteng dengan darah. Ia berbunyi...
Aku akan pastikan semua orang dalam dorm ni terbunuh! Aku akan tuntut bela apa yang pernah kau orang buat!
Maksudnya orang itu buat atas sebab balas dendam. Tapi, apa salah ejen perempuan? Adakah balas dendam pada MATA? Kita tidak tahu. Boleh jadi dan mungkin tidak jadi.
"Mengapa kamu rasa dia?" Ejen Leon mesti mahukan alasan yang kukuh. Tiada seolah-olah hanya tekaan.
"Ejen Leon. Ejen Leon pun dah boleh agak dia punya kerjalah. Siapa lagi dalam hostel tu selain dia yang tak kena? Dia sorang je."
Dengan spontan Afik menjawab main lepas. Mentang-mentang anak Ejen Zain dia boleh naik kepala.
"Tapi, kita tak boleh salahkan Lina sepenuhnya. Kita still tak dapat bukti bahawa dia yang letak semua hologram tu." terang Bulat.
Betul. Semua entiti semalam adalah hanya sekadar hologram dan bukan entiti sebenarnya. Bak kata lain ejen perempuan sengaja di sabotaj.
"Betul kata kamu. Kita tidak boleh tuduh sebarangan tanpa bukti yang kukuh. Tidak mengapa. Kami akan berbincang perkara ini dengan ketua teras dan general."
Lembut tutur kata Ejen Rin berbicara. Dia bersama mentor keluar dari Moment Room tersebut.
'Kalau betul kau... kenapa kau buat semua ni?'
YOU ARE READING
LOVE FAMILY ACADEMY
أدب الهواة~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...