*Pruff*
Air mineral yang dalam mulut Ali tersembur keluar hingga sampai terkena muka Alicia.
"Ish! Ali!" Beg sekolah yang ada di kerusinya dalam kelas dibuka untuk mengambil tisu kering.
"Maaf lah. Tapi...kau serius lah? Cikgu Bidin dengan Cikgu Geetha nak kahwin? Bila?" Mata Alicia menjeling tepat mata jejaka yang tersembur air kepadanya.
"Iman, kau cakap lah sendiri dengan sepupu kau tu. Mia, teman aku pergi tandas." Tangan Mia terus ditarik keluar kelas.
Ali, Rudy, Mike, Viktor dan Iman masih tercengang. Marah sangat itu. Eh, mestilah MARAH. Tidak pernah sesekali Alicia kena macam itu sejak masuk alam sekolah menengah.
Hari ini tiba-tiba kena selepas beritahu Ali, Rudy dan Mike bahawa Ejen Geetha dan Ejen Karya akan jadi bakal pengantin. Juga Mia dan Viktor ada ditepi mereka yang turut mendengar.
Rudy, Mike dan Viktor menggeleng kepala sambil melihat Ali. Ali faham sangat apa maksud dari gelengngan mereka. 'Tak patut, tak patut'. 'Apalah kau'. 'Ish, ish'.
"Maaf lah. Aku bukan sengaja." Kepala yang berlebat dengan rambut dan tidak gatal sama sekali digaru.
"Iya pun jangan lah sampai tersembur. Kau tengok apa dah jadi. Tak pasal-pasal dia tak nak bergabung dengan kita nanti masa Kelab Reka Bentuk."
Kalau memang Alicia tarik diri daripada pertandingan sekolah mencipta robot peringkat sekolah itu kang susah nanti.
Mike? Hanya meng-entah-kan kata Rudy. Merana hidup kalau Alicia tarik diri daripada pertandingan kali ini. Sekarang tambah ada Ali... kalau tarik diri tidak yakin boleh menang.
Macam tahun lepas kumpulan Roza yang menang dan kumpulan Rudy, Alicia dan Iman nombor 2.
"Iya lo. Kau tak boleh itu macam. Nanti dia merajuk susah kau. Pastikan kau minta maaf pada dia." Ali memandang Viktor tidak puas hati. Nak kata pekak tak. Nak kata tak pandai tak. Bukan dia dah minta maaf tadi? Haihhh mengstres.
"Dah lah awak. Jangan nak bising. Nanti dia okay lah tu." kata Iman yang baru mendekati meja Ali dan dua manusia yang tampan bagi nya dan Mia.
Mereka setuju dengan Iman. Tidak perlu bising-bising. Nanti satu kelas kecoh dengan percakapan mereka sahaja.
"Iman, macam mana kau dengan Alicia tahu yang Cikgu Bidin dengan Cikgu Geetha bakal berkahwin?" tanya Rudy hairan. Kenapa dia dan ejen lelaki lain tidak tahu akan berita ini?
Senyuman lebar yang manis seperti gula-gula diberi. "Hmm gosip girls. Hehe." Faham sangat dah kalau Iman cakap gosip girls.
Ertinya apa? Ertinya Ejen Geetha beritahu salah seorang ejen perempuan dan 'dia' sebarkan pada group khas ejen perempuan yang dibina Moon. Kenapa lah tak cakap je dekat group ejen muda? Kan senang.
"Uhuk...uhuk!"
Zass yang sedang bersenang lenang duduk santai dalam kelas tersedak. Adakah itu benar?
"Bila tu?" tanya Zass. Zass mengambil botol air nya untuk diminum. Kurang sikit rasa tersedak itu nanti. Tapi jangan sampai tersedak air pula. Jenuh gitu (ノ^_^)ノ
"2 bulan dari sekarang."
"Kalau kau orang jadi bridesmaids, Ali dan Alicia pengapit, jadi kita orang..."
"Duduk relek je lah kan?"
Jet dan Bulat selisih memandang. Senyuman di bibir tiba-tiba mekar. Apa yang mereka fikirkan?
![](https://img.wattpad.com/cover/286675121-288-k460279.jpg)
YOU ARE READING
LOVE FAMILY ACADEMY
Fanfiction~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...