29 - Suprise

123 11 2
                                    

Lina menyiapkan semua tugasan biologi yang cikgu berikan. Agak susah tapi kena siapkan juga. Tiadalah kerjanya bertimbun. Lina jenis yang tidak suka melambatkan kerjanya. Azam baru selepas dapat lompat tahun.

Sikit lagi. Okay, siap!

Kring!

"Bangun! Terima kasih cikgu!" kata ketua kelas 4 Anggerik. Para pelajar mengulang dengan bersemangat.

"Sama-sama kelas,". Cikgu Ana berlalu pergi bersama buku-buku dan beg tangannya.

Pelajar 4 Anggerik mengemas meja dahulu sebelum melangkah keluar untuk solat Zohor dan makan tengahari.

Ali yang ternampak Lina masih mengemas barang pergi ke arahnya. Lina pandang Ali. Dah kenapa? Demam ke? Bukan  budak - budak top ni tak pernah tegur Lina dalam kelas.

"Ye, kenapa?" soal Lina dengan bernada sopan. Mungkin ada hal mustahak. Tidak bolehlah marah tanpa tahu sebabnya.

"Minggu lepas cikgu kata ada competition song. Borang tu pada kau kan?" Ali bereaksi teruju. Lina mengangguk kebinggungan.

"Iya. Jadi, kenapa?"

"Isikan nama aku. Aku nak masuk." Biar betul Ali ni.

"Eh, tapi ..."

"Takda tapi - tapi. Aku tetap nak masuk. Okay, bye!" Terus pecut Ali pergi.

Lina yang  binggung itu hanya membiarkan sahaja. Tidak mengapalah kalau Ali nak masuk sangat. Lina akan tengok sejauh mana Ali boleh pergi.

          Jam sudah menunjukkan pukul 3:56 petang. Kelibat Ali, Khai dan Bulat masih belum kelihatan.  Sudah hampir setengah jam kelas tekno sepatutnya dimulakan.

"Ika, kamu tahu mereka ke mana?" tanya Ejen Geetha. Ejen Geetha sedang duduk di atas kerusi sebelah Ika. Penat menunggu anak - anak muridnya.

"Maaf Ejen Geetha. Saya tak tahu. Mereka tiada seorang satu kelas saya. Ejen muda teras tekno semua ambik aliran lain-lain." jawab Ika.

Ika sendiri pun tak tahu alasan mereka bertiga masih tidak datang kelas sekarang. Nak kata kelas tambahan, ejen muda teras lain ada pulak.

Ejen Geetha meliti Ika yang sedang fokus melihat tablet. "Ika,". Panggil Ejen Geetha. Ika memandang Ejen Geetha.

"Iya, Ejen Geetha?"

"Kamu fokus tengok apa?" soal Ejen Geetha. Fokus betul Ika pandang tabletnya. Sampai dah tak sedar hampir pukul 4.

"Ouh, ni. Saya tengah siasat siapa sebenarnya unknown tu. Kenapa dia tolong kita? Dan ... betul ke firasat saya dia tu Ejen Ayra?" Terkejut Ejen Geetha mendengar.

"Kenapa kamu kata Ejen Ayra tu unknown, sayang?" tanya mentor tekno itu. Dia mengusap pipi Ika.

"Ejen Ayra dan unknown banyak persamaan. Antaranya, suara mereka. Pada masa kejadian, unknown ada cedera di bahagian dagu dan pipinya. Semasa Ejen Ayra datang ke akademi, Ejen Geetha rasa kenapa Ejen Ayra pakai mask? Melainkan menutup identiti daripada orang tahu dia unknown dengan adanya kecederaan pipi dan dagunya."

Penjelasan Ika membuatkan Ejen Geetha terdiam lagi sekali. Banyak betul Ika perasan sesuatu pada Ejen Ayra.

"Kamu yakin? Kamu tak rasa ini kebetulan? Ketika Ejen Ayra datang ke akademi, kamu tak tahu yang Ejen Ayra selesema? Dia terpaksa datang sebab nak ceritakan perkara sebenar kepada kamu semua.".

Tiada respon. Mungkin Ejen Geetha betul. Semua benda tu hanya satu kebetulan. Dia tidak boleh menuduh melulu tanpa usul periksa.

Pintu kelas tekno terbuka.

"ARGHH!"

Ali, Bulat dan Khai yang baru nak masuk jatuh tergolek bersama. Tercium lantai mereka. Lantai pun geli dengan mereka. Dah lah datang lambat lepas tu main cium pulak.

Ejen Geetha bangun daripada kerusi dan berdiri di depan mereka. Mereka bangun daripada tergolek dan tertunduk bersalah.

Ika tidak membuat apa-apa. Malas nak fikir pasal unknown, lagi-lagi pasal diorang bertiga yang lambat ni. Diorang yang lambat bukan urusannya. Dia tiada kaitan dan tidak terlibat.

"Kamu semua dari mana? Sedar tak sekarang dah pukul berapa?" Tangan Ejen Geetha mula mencekak pingang. Baru dalam mod rendah tu. Marah manja-manja orang kata.

"Maafkan kami Ejen Geetha.". Ejen Geetha memandang Ali. Betul ke ini Ali? Kenapa lain?

"Eh? Ali. Kenapa dengan suara kamu tu? Lain macam hari ni." kata Ejen Geetha. Suara Ali hari ini macam Ali sengaja guna suara kecilnya.

"Memanglah lain macam Ejen Geetha. Dia over practice menyanyi sampai tak ingat dunia. Tengok, kan dah hilang suara" jawab Bulat. Dia tolak bahu Ali menggunakan siku kirinya. Kalau boleh kuat lagi tolak bahu Ali. Sampai bergoyang budaknya lepas Bulat tolak.

Suara Ali pun alahai. Lucu. Sampai Ika yang egois lebih kurang trio ego (Alicia, Mika, Roza) tu pun boleh nak tergelak. Suara Ali lucu sangat kalau tiada suara.

"Over practice menyanyi?" tanya Ejen Geetha yang pelik. Kenapa Ali over practice pulak? Ke ada performance yang dia sendiri tidak tahu?

"Sebenarnya macam ni Ejen Geetha. Ali ni exited sangat masuk competition song. Sampai Lina nak bagitahu dia competition song tu hanya untuk lower form pun dia tak layan." jelas Khai. Khai menolak bahu Ali.

"Hah, itulah buat keputusan terburu-buru lagi. Kan dah kena. Nanti legakan tekak dengan madu. Tak silap saya ada di Moment Room." Ali mengangguk. Mereka bertiga terus duduk di kerusi. Bersedia untuk memulakan kelas hari ini.

"Pada kelas hari ini, saya nak kamu semua bina upgrade gadjet semua ejen muda termasuk kamu sendiri."

Bulat terpinga-pinga. Dia masih tidak dapat menangkap tujuan kelas pada hari ini.

Ika yang ternampak rakan kelasnya tidak memahami, menolong menjelaskannya.

"Macam ni. Kelas hari ni bertujuan  membina upgrade gadjet. Setiap ejen muda akademi mesti dapat upgrade gadjet sekurang-kurangnya satu. Contoh, aku buat tekno. Kau, buat Kombat. Ali, neuro dan Khai pula buat bahagian inviso." jelas Ika sambil membelek belek Frisbee nya.

Ejen Geetha mengangguk betul. Tepat sekali apa yang dikatakan Ika. "Faham?"

"Faham."

Setelah itu, Ejen Geetha keluar daripada kelas meninggalkan mereka membuat tugasan. Mereka memulakan perbincangan.

"Kita nak buat macam mana?" tanya Bulat sambil bermain pemutar skru merah. Sungguh dia tidak tahu nak mula dari mana.

"Kalau ikut contoh aku tadi pun tak apa." Skrin tablet terbuka tiba-tiba. Terpapar gambar arwah Emruze. Khai sempat menjeling.

'dia masih tak boleh lupakan arwah?'

Ika yang perasan off kan tabletnya terus. Macam mana boleh terkeluar gambar arwah pula? Kalau diorang nampak habis. Sebab Ika sendiri yang mengaku yang dia dah boleh lupakan apa yang jadi.

Bayangan Khai pecah. Khai memandang Ali yang mengejutkannya. Ali membisik sesuatu.

"Ali kata lebih baik ikut contoh kau. Senang sikit." kata Khai dengan senyuman agak pudar selepas tidak sengaja melihat gambar arwah dalam tablet Ika.

Ika dan Bulat mengangguk setuju.
Mereka semua terus balik ke sekolah apabila jam sudah pukul 4: 45 petang. Sekarang masa untuk mereka solat A'sar dan bersiap pergi prep malam.

To Be Continued 🌺

LOVE FAMILY ACADEMYWhere stories live. Discover now