Bulan ini merupakan permulaan mencabar bagi ejen muda. Di mana, mereka akan menduduki peperiksaan awal tahun. Buat pertama kalinya mereka melalui ujian mengikut format SPM yang mempunyai kertas 2 dan kertas 1.
Bagi ujian listening, speaking, kerja khusus, amali sains dan selebihnya itu tidak akan dilaksankan untuk peperiksaan awal tahun. Mungkin akan dilaksankan untuk peperiksaan pertengahan tahun.
Mentor menjanjikan habuan istimewa kepada mereka semua (termasuk lowerform) sekiranya terdapat 10 ejen muda daripada 18 ejen muda yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini, mentor akan mengadakan jamuan makan. Apabila mendengar berita itu, semua bersemangat dan fokus.
Bagi menambahkan masa para ejen muda belajar, mentor, ketua teras, general dan Dato Ghazali bersetuju untuk membatalkan kelas akademi sepanjang bulan ini. Perkara ini dilakukan bagi menggelakkan para ejen muda memberi alasan tiada masa belajar disebabkan mempunyai kelas akademi.
"Kalau kamu semua betul-betul nak A+ dalam subjek akaun, kamu mesti fahamkan konsep dan tahu cara menjawab dengan betul. Sekurang-kurangnya kertas 1, 35/40 atau ke atas. Faham?" terang cikgu kepada pelajar kelas 4 Teratai.
Kelas 4 Teratai mengangguk faham. Ada juga yang menjawab pertanyaan cikgu mereka itu. Tepat pukul 2:30 petang, jam loceng sekolah berbunyi. Ketua kelas bangun dan mengucapkan terima kasih kemudian diikuti pelajar-pelajar 4 Teratai yang lain. Cikgu mereka keluar daripada kelas bersama buku-bukunya ditangan.
"Bunny, tak nak solat ke?" soal Zass. Kawan kelas yang lain ramai sudah keluar. Moon pula duduk termenungkan buku teks akaun tingkatan 4 tepat tajuk lejar.
Moon menggeleng. Apa punya soalan Zass ni. Bukan solat tu ada pilihan nak main tak nak je. "Bukan macam tu. Moon rasa Moon akan gagal akaun lah. Moon bukan pandai pun macam Zass." kata Moon. Cepat sangat iya pun Moon ini putus asa. Baru study belum masuk periksa lagi. Agaknya kalau Moon dapat kertas 2 akaun mesti termenung tu.
"Ta-Tapi ... "
Seseorang memegang bahu Moon. Moon memandangnya. "Betul kata Zass tu. Kita tak boleh putus asa macam ni Moon. Moon kena kuat. Moon yang pilih untuk lompat tahun, jadi Moon buat je."
Ika mengangguk setuju dengan Ira. "Nanti kitorang Bantu Moon mana Moon lemah." Moon memberi senyuman. Bersyukur dapat kawan-kawan yang ada ketika dia susah.
"Dengan syarat, Moon pun kena tolong kitorang dalam subjek kitorang lemah." Ira mengeluarkan jari kelinkingnya. Sekali lagi Moon bersenyum. Kemudian Moon mengait jari kelinkingnya.
"Let's go pray. Today your favourite dishes." kata Ika dengan penuh speaking. Moon sorak gembira. Saat yang dinantikan. Nasi putih bersama ayam masak merah.
Ika, Ira, Moon dan Zass keluar daripada kelas dan terus ke surau.
School fountain
Memandangkan hari ini cuaca baik. Alicia, Iman dan Mia mencari ruang dan suasana lain untuk mereka study. Sampai sahaja di school fountain, langkah Alicia terhenti.
Gedebuk!
Mia yang berada di belakang Alicia jatuh terduduk. "Aduu, Alicia! Asal kau berhenti?" tanya Mika. Iman menghulurkan tangan untuk membantunya bangun.
Alicia tidak menjawab apa. Matanya fokus memandang. Lama Alicia memandang, namun matanya membina empangan air. "Alicia, kenapa ni?" Iman mula risau.
"A-Aku tak sangka kata-kata dia hanya memainkan aku." Alicia melihat Ali bersama Julia study sama-sama, berkelah dan gelak ketawa. Girlfriend mana je tak sakit hati.
Mia dan Iman menggosok belakang Alicia untuk menenangkannya. "Dah lah Alicia. Kau biar je Ali tu. Kau fokus pembelajaran kau dulu." Mia membuatkan Alicia lebih bersemangat merempuh cabaran.
YOU ARE READING
LOVE FAMILY ACADEMY
Fanfiction~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...