17 -Emruze diculik?

164 16 2
                                    

Hari Jumaat, petang. Emruze keseorangan keluar ke bandar. Dia bukan merupakan pelajar Cyberaya High School. Jadi memang dia boleh keluar ikut suka hati dia lah. Hehe..

Pada kebiasaan petang Jumaat, pasti Emruze akan ke Gym Cyberaya. Biasalah, mahu exercise.

Tangan menolak pintu untuk masuk ke dalam gym itu. Yang peliknya, hari ini tidak ramai yang datang. Bukan tidak ramai lagi, malah kosong. Tiada siapa yang datang. Nak kata tutup, tidak. Mustahil. Dekat pintu masuk jelas-jelas papan menunjukkan 'open'.

Dia tidak menghiraukan tentang itu. Baginya lebih elok. Tidaklah bising sangat. Ada ketenangan.

Baru nak menghulurkan duit selepas habis luangkan masa dengan peralatan berat itu, mulut Emruze ditekup menggunakan kain oleh seseorang.

Dia meronta-ronta. Tapi malangnya tidak berjaya kerana pengsan akibat ubat beracun yang ada kain yang ditekup itu.

*Tit, tit.* (panggilan MATA)

Semua ejen muda dan mentor sudah berada dalam Briefing Room. Mereka hanya menunggu percakapan dari General Rama.

"Baiklah. Misi kali ini untuk kumpulan Jet."

"Yahoo!" Mereka memandang Jet yang tiba-tiba bersorak. Eh, sorak lah. Dah lama dia tidak pergi misi. Asyik kumpulan Alicia dengan Aliza je. Menyampah. (ᗒᗩᗕ) Mentang-mentang dua kumpulan tu hebat. Pilih diorang je

"Apa misi kali ni general?" tanya Moon selaku ahli kumpulan Jet yang berteraskan Inviso.

Misai yang hampir serupa dengan janggut dibelai. "Hmm misi kali ini adalah selamatkan Ejen Emruze daripada diculik." kata General Rama. Sayu sahaja berkata. Beliau tahu bahawa Emruze juga merupakan kawan semua ejen muda walaupun dia bukan merupakan pelajar akademi MATA.

"Emruze kena culik? Dengan siapa general?" tanya Ira yang kaget. Emruze dikategorikan ejen yang peka dengan sekeliling walaupun dia merupakan ejen Kombat. Macam mana pula kali ini dia boleh kena culik.

"Penculik itu tidak kenal pasti. Tapi yang penting penculik itu mempunyai banyak senjata berbahaya. Saya mahu Jet dan yang lain berhati-hati dan bawa pulang Ejen Emruze dengan selamat." terang General Rama. Jet dan yang lain mengangguk faham. "BERTINDAK SEGERA!" Mereka bergegas keluar dari Briefing Room. Bukan sahaja mereka malah semua.

Yelah. Brief dah habis, nak buat apa kat situ? Kalau ceq pun dah keluaq dulu.

'Aku akan cari kau sampai lubang cacing!' gumam Ika sebelum keluar dari Briefing Room.

"Ergh..." Mata yang tertutup entah berapa minit atau jam, dibuka. Kepalanya sangat pusing. Tidak ingat apa yang terjadi tadi.

Apabila melihat sekeliling bilik yang kecil, penuh dengan senjata... baru teringat bahawa dirinya telah diculik.

Lelaki bertopeng baru keluar dari sebuah bilik sambil membawa sniper. "Kau...kau siapa? Kenapa culik aku?" kata Emruze dengan tenang. Dia tahu jikalau dia panik, keadaan boleh jadi hura hara.

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya menyusun semua senjatanya di rak, almari dan pelbagai tempat dalam bilik itu.

"Jawab lah manusia!" kata Emruze. Boleh pula penculik itu buat pekak macam dia tiada disitu. Macam buat dirinya tiada perasaan. Sudahlah kena ikat kaki dengan tangan nasib mulut tidak.

LOVE FAMILY ACADEMYWhere stories live. Discover now