03 -Kembali 🤗

436 48 54
                                    

Udara yang nyaman menyegarkan fikiran Alicia yang serabut. Hari Sabtu...iaitu hari pelajar asrama keluar ke bandar. Tapi bukan baginya. Tempatnya sekarang hanya akademi dan di atas batu besar seraya melihat laut yang luas.

"Alicia..."

Orang yang dipanggil melihat pemanggil. Ternyata Iman. Dia turun dari batu besar tersebut.

"Alicia...saya tahu awak kecewa dengan kata-kata Ali. Tapi dengar cakap saya. Dia akan tetap kembali. Dia hanya perlukan masa untuk terangkan pada kamu semua."

Tangan mengesat air mata yang menitis keluar. "Entahlah Iman...aku rasa tanpa dia tak lengkap hidup aku..."

Iman tersenyum. "Kalau awak nak tahu, sebenarnya...setiap kali saya bagi awak makanan atau lauk yang ada mangkuk tingkat tu bukan saya yang buat. Tapi...Ali. Dia yang suruh saya bagi pada awak."

"Hah? Dia yang buat? Se-Sejak 3 bulan lepas?" kata Alicia tidak percaya.

Dua tangan Alicia dipegang Iman. "Iya Alicia. Betul. Dia yang buat. Saya selalu berkomunikasi dengannya sejak hari pertama dia menghilangkan diri."

Ejen lelaki sekarang sedang outing. Hari cuti katakan. Tapi hanya dekat-dekat dengan sekolah mereka je. Senang sikit kalau tiba-tiba MATA panggil. Tidak perlu lari jauh-jauh.

Kalau nak masuk ikut mesin layan diri...Hmm, agak-agaklah. Nanti ramai yang perasan pula. Kalau mereka pergi berdua, bertiga tidak mengapa. Ini berenam. Dahlah mesin tu dekat public.

Kini mereka di cafe. Well, hari cuti mereka kopi-kopi lah.

Tapi, mereka tertumpu pada seorang budak perempuan yang bertudung ungu cair yang bersama dengan seorang perempuan berambut panjang. Perempuan yang berambut panjang tu lebih kurang umur dengan yang bertudung tu je. Tinggi pun lebih kurang.

Tanpa fikir basah basi, mereka terjah budak permpuan itu. Chris dengan perasaan terpaksa hanya mengikut kawannya.

"Kau...kau lah budak perempuan dengan Ali hari tu kan?" tanya Rudy dengan nada bersahaja. Dia tidak mahu lah kecoh satu cafe disitu.

Bersama perasaan terkejut, dua budak perempuan bangun dari kerusi. Hati mereka berdua sangat gementar.

"Saya...saya..."

"Asal kau gagap? Betul lah kan? Apa hubungan kau dengan Ali, hah?" tanya Jet dalam aura menakutkan. Muka Jet hampir nak sama dengan Joker.

Terus muka Aliza tertunduk. Walau apa pun akan terjadi, dia tidak akan bercakap benar. Nul yang bersamanya hanya melihat dirinya yang tidak tahu mahu buat apa. Dah kena tengking kan? Memang lah tidak tahu nak mula dari mana.

Nul menghadap Jet. Untuk mempertahankan Aliza. Memang cari nahas kau Jet! "Eh, lo ngapain? Kok perlu ditengking-tengking gitu? Ngak bisa bicaranya baik-baik?"

"Kau siapa nak halang aku?"

Dush!

"Kau boleh tak jangan buat hal kat sini? Dengan perempuan kut. Yang kau nak berkasar dengan dia dah kenapa?" Zass.

"Entah...cubalah tanya baik-baik." pandangan Khai beralih pada Aliza yang tertunduk ketakutan. Nul sebagai kawan baiknya menjadi penenang. "Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan Ali?"

Kepala digeleng. "Tak. Saya betul-betul tak boleh bagitahu." Dia tidak boleh beritahu. Bukannya sengaja. Kalau dah lama boleh, dia sendiri beritahu mereka di akademi dari awal lagi.

"Tengok. Kalau kita masih berlembut dengan dia, dia masih tak nak beritahu." kata Jet yang menyampah. Sampai bila nak tunggu? Sampai ke sudah dia tak akan buka mulut beritahu perkara sebenar.

LOVE FAMILY ACADEMYWhere stories live. Discover now