15 -Kisah Silam

319 26 65
                                    

Majlis perkahwinan Ejen Geetha dan Ejen Karya sudah hampir dekat. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi.

Ejen Karya yang melihat ejen muda tidak berbuat apa di Ruang Legar, memberi tugasan kepada mereka untuk menyiapkan hantaran kahwin nya.

Hehe... saja nak bagi dia orang kerja.

Banyak juga hantaran yang perlu dibuat. Kira-kira dalam 7 hantaran. Tapi dengan adanya 18 ejen muda, garenti siap dengan lebih cepat.

Selepas 1 jam 30 minit menghias dan mengubah hantaran, akhirnya siap. Badan mereka sudah ada yang lenguh. Duduk lama sangat. Jangan nak kata kaki tidak kebas lah. Memang akan jadi begitu.

Ika dan Roza baru datang dari cafe' untuk berikan air kotak kepada ejen muda. Penat weh. Gila tak penat. Ejen Karya pun satu. Kalau dah malas nak buat hantaran tu cakap jelah. Jangan nak libatkan mereka.

"Aliza, kau tak baritahu lagi... macam mana kau terjumpa dengan Chris." kata Moon. Sudah berbulan-bulan dia duduk di akademi, jawapan untuk soalan mereka masih misteri.

Aliza, Ali, Chris dan Afik tersentak. Mata gadis comel itu sempat menjeling pada Afik yang sudah tidak ambil peduli. Keluhan yang sudah lama tunggu akhirnya dikeluarkan.

"I'm ready."

Mike, Ali dan Chris memandang Aliza tidak percaya. Biar betul? Sekarang? Oh, memang tak lama lah budak tu.

"Tapi..." Panjang pula 'tapi' dia tu. Bawa bertendang. Eh, eh. Silap. Bawa bertenang semua. HAHAHA.

(Iklan jap 🤣)

(enjoy with song Nang by Iman Troye 😝✨)

"Saya nak Chris yang ceritakan. Bukan saya. Saya tak nak ambil risiko." Aliza memandang Afik sebelum keluar dari akademi. Dia menuju ke Taman Bunga.

Mereka hanya setuju termasuk Chris. Tetapi dalam pada masa yang sama, Chris risaukan Aliza.

{Flashback}

Di suatu tengah hari, Aliza bersama Afik berlatih di bilik simulasi HQ. Bilik simulasi yang khas digunakan oleh Aliza dan Mike. Juga Ira, Ika, Nul dan Afik termasuk Ali untuk berlatih latihan simulasi dan latihan tanpa gajet.

"Hmm boleh tahan." Tangannya mengambil botol air di atas meja untuk di minum kerana keletihan berlatih tadi.

Hanya senyuman tipis dilontarkan. Dia turut meminum air. Aliza sudah mula mencurigai sesuatu yang tidak kena.

Kenapa dengan Afik? Apahal selalunya banyak cakap, hari ni senyum je yang dibalas.

"Baik kau cakap. Kau, kenapa?" Aliza tidak puas hati. Afik sangat lain hari ni. Tidak seperti biasa dia kenal. Macam ada benda yang nak cakap tapi takut.

"Tak ada apa." kata Afik yang terselit bohong sebelum tuju ke pintu keluar.

Hatinya tidak puas. Dia terus menghalang Afik daripada keluar. Mata memandang tepat pada Afik. "Baik kau cakap. Kau, kenapa?" Ayat yang sama ditanya. Pandangannya sangat tajam.

"Aku..." Gadis itu masih menunggu jawapan. Dia tahu Afik ada sorakkan sesuatu padanya tapi dia tidak dapat tahu apa dan kenapa Afik sorokkan darinya.

LOVE FAMILY ACADEMYWhere stories live. Discover now