25 - Biar Betul!? 😱

134 14 4
                                    

Cuaca yang terik ditambahkan dengan angin yang tidak kuat ... sangat bagus untuk aktiviti beriadah di taman.

Sekarang ini juga adalah musim cuti sekolah pertengahan tahun. Semua pelajar Cyberaya High School dibenarkan pulang ke rumah mereka. Best kan gitu? Ingat dalam sebulan banyak kali ke boleh jumpa ibu ayah? Mereka hanya tunggu cuti umum sahaja untuk berjumpa bersama keluarga tersayang.

"Weh kau dah nak balik?" tanya Chris apabila selesai jogging bersama Aliza sebanyak 5 round taman permainan. Sambil dia tanya sambil itu lah teguk air.

Aliza menyelak lengan baju yang terlindung jam tangannya. "Hmm nampaknya macam tulah." Hari juga sudah makin gelap. Memang patut sangat Aliza balik sebelum Dr Ghazali, Ali dengan Roza cari dia. Belum lagi Afik. Fuhhh ... 4 orang itu memang pelindung Aliza.

Kenapa Roza? Ceritanya macam ini. Sejak Roza sudah tahu tentang keluarga kandungnya, Roza sudah jadi sebahagian daripada keluarga Dr Ghazali. Roza memang setiap kali cuti balik rumah Dr Ghazali.

Kakak dengan abang Roza pula memang hard work nak bayar duit sewa rumah, bil air, bil elektrik, duit motor dan banyak lagi. Dr Ghazali pun ada sponser nak settle kan semua beban diorang. Tapi diorang tolak sebab diorang kata cari duit sendiri lagi seronak daripada orang lain tanggung. Tapi sekali sekala itu ada lah Roza balik. Tiadalah tidak jenguk langsung kakak dengan abang dia itu.

"Aku balik dulu lah. Bye!" Larian pecut maju dilakukan. "Eh? Tak nak aku teman kau?" tanya Chris. Aliza pusing kebelakang sambil berjalan menuju rumahnya. "Err takpa. Aku boleh balik sendiri. Bye."

°_____★_____°

Aliza masih dalam perjalanan pulang untuk ke rumahnya. Tidak berlari. Sengaja mahu hirup udara segar sambil melihat langit yang indah. Tenang je rasa fikiran. Aliza mengeluh.

"Haihh ... kalau lah kau ada Nul, mesti aku dah boleh buat kau happy macam dulu." katanya dengan dalam kekesalan. Tapi nak kesal pun tiada gunanya. Semuanya sudah menjadi 'nasi sudah menjadi bubur'. Nul tetap ...

Keluhannya semakin banyak. Tiada siapa akan faham perasaannya sebagai seorang sahabat yang setia menemani Nul. Dirinya rasa seperti kawan tidak berguna! Kalau lah dia tahu awal-awal tentang Nul dengan Abang Mike, semua benda ini mesti tidak akan terjadi.

"Aku harap, kau akan sedar. Aku rindu kau, Nul." katanya perlahan. Mata sibuk pandang langit tapi membayangkan wajah Nul. Sudah seminggu Nul koma. Kawan mana sahaja tidak rindu?

*Terdengar bunyi sesuatu*

"Eh?" Dia melihat pada sesuatu itu lebih dalam. "Alamak!" katanya dengan terkejut.

°_____★_____°

Ali dan Roza terkejut mendengar berita itu daripada mulut Dr Ghazali. "Biar betul, ayah?" soal Ali. Bagaikan tidak logik. "Ha'ah kan. Lepas tu kenapa pulak Dato' tu nak letak jawatan? Siap nak suruh ayah ganti tempat dia pula." kata Roza. Tidak mustahil kalau Dato' Othman buat semua ini hanya disebabkan helah ingin jatuhkan Dr Ghazali. Ali mengangguk. Pelik-pelik sahaja Dato' itu.

"Sebab ... "

°_____❀ :: _____°

Flashback

"Surat pelantikan Dato' Bandar?" soal Dr Ghazali dengan sedikit kaget. Kaget kerana tiba-tiba Dato' Othman memberikan kepadanya surat pelantikan Dato' Bandar. Dato' Othman mengangguk sambil tersenyum. Dia berubahkan posisi tangannya dan meletakkan di atas meja.

"Yes." Dr Ghazali bingung. Betul ke depan dia ini Dato' Othman? Lain daripada yang lain. Dato' Othman aesthetic ini. "Tapi ... kenapa?" Semua yang bakal berlaku dan pernah berlaku mesti ada sebab. Mustahil lah Dato' Othaman ingin beri jawatan itu dengan sebab 'saje'.

LOVE FAMILY ACADEMYWhere stories live. Discover now