Selepas kelas, ejen muda biasa akan melepak di Moment Room. Sekarang ini hanya tinggal ejen perempuan dan Ali juga Rudy dan seorang ejen muda lelaki baru.
Ejen lelaki lain kena denda bersihkan taman bunga Ejen Geetha. Sebelum kelas tadi, mereka berkejaran disitu atas satu pergaduhan yang berlaku.
Akhirnya, kawasan bunga orked... kena lenyek dengan mereka. Hahaha. Padan muka kena gotong-royong 🤣. Bunga orked kut, dahlah mahal biji benih nya. Mereka senang-senang lenyek.
"Aliza, kalau aku tanya ni jangan marah." Roza masih memikirkan mengapa Aliza bertindak macam itu tempoh hari.
Apabila dia kenal Aliza lebih rapat, bukan seperti yang dia fikirkan. Budaknya baik, sopan santun, peramah. Lebih kurang macam Iman. Tapi mengapa?
"Tanya apa Kak Roza?" Roza menghembus nafas. Harap-harap tiada siapa yang kecil hati apabila dia tanya.
"Pada hari sama kau bagi surut Ali pada Alicia, kita orang ada terserempak dengan kau juga kan?" Aliza mengangguk. Sekali lagi dia menghembus nafas.
"Kenapa masa tu... kau nampak menjeling pada aku?" Ali dan Aliza memandang muka adik dan abang. Tersentak? Hmm... yes. Mungkin sudah tiba masanya Roza tahu perkara sebenar.
"Erm... sebenarnya..." Ali cepat memotong cerita Aliza yang baru sahaja hendak mula. Semua sudah buat muka tidak puas hati.
"Abang Ali kenapa?"
"Kau apahal?"
Aliza dan Rudy melihat Ali kecil besar, kecil besar sahaja. Haish... Dia menanyang sengih.
"Biar aku yang cerita." Menyampah mereka dengan Ali ini. Kenapa tidak cakap awal-awal bahawa dia mahu tolong ceritakan? Tersengih-sengih itu apahal?
Ada juga Rudy hempuk Ali pada dinding Moment Room yang keras itu.
"Kau kenal dia orang?" tanya Ali setelah memberi sekeping gambar pada Roza. Gambar itu menunjukkan bahawa ada seorang bayi, dua kanak-kanak lelaki perempuan dan sepasang suami isteri.
Roza perhati gambar tersebut. Macam dia kenal kesemua orang itu. Tapi siapa?
Roza menggeleng. Dia macam pernah nampak. Tapi tak ingat.
"Itu Papa dan Mama kau,"
"A - Apa?" Tidak percaya dengan kebenaran ini. Mama papa kandung Roza yang sudah lama dirindui Roza.
"Itu adalah mama papa kandung kau dan juga mama papa angkat Aliza. Aliza selama ini dijaga oleh mama papa kandung kau sendiri di Pulau Permata."
"A-Apa?"
"Iya. Itu semua adalah benar." Roza hampir menitiskan air matanya.
Kenapa mama papa nya sanggup jaga Aliza, tapi dia termasuk abang dan kakaknya diletakkan di rumah anak yatim? Apakah semua ini? Hatinya sekarang sangat tergores.
{Flashback}
Ting Tong!Bunyi loceng rumah yang sederhana itu berbunyi. Puan Layla dan Papa Rahim adalah pemilik rumah tersebut membuka pintu dan beri tetamu masuk.
YOU ARE READING
LOVE FAMILY ACADEMY
Fiksi Penggemar~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...