POV someone?
Aku sedang berjalan-jalan di pasaraya. Saat tangan ku mengambil bar coklat, aku terkejut apabila ada orang juga turut mengambil bar coklat yang sama.
Aku lagi terkejut melihat orang tersebut.
"Alicia!?"
"Ali!?"
POV someone end
'Kenapa aku mimpi Alicia pulak ni? Haihh....pelik² je harini.' Gumam Ali yang baru terjaga dari tidur.
Kaki turun dari katil. Ali melangkah keluar dari bilik tidurnya memandang kan waktu juga hampir Subuh.
"Ayah tak balik rupanya malam tadi. Haihh....."
Tangan kanan menutup kembali pintu bilik tidur Dr.Ghazali. Kakinya terus melangkah menuju ke bilik seseorang.
Clekk!
"Assalammualaikum."
Katanya perlahan. Seseorang dalam bilik itu masih tertidur lena. Rambutnya yang panjang, kusut serabai akibat dilepaskan.
"Adik. Oh adik. Bangun lah oy!"
Tangan terus mengeliat. Telefon milik Aliza dicapai. Hati menggelegak melihat nombor pada jam telefonnya.
"Apa abang ni? Baru pukul 4 pagi lah."
Pipi Aliza lekas dicubit lembut. "Alololo. Manjanya dia. Bukan ke kita selalu pergi HQ waktu macam ni?"
Posisi yang terbaring dibetulkan kepada duduk. Matanya menatap Ali dengan tatapan geram. "Hari ni hari Ahad abang! Cuti harini!"
Dahi ditepuk kuat disebabkan terlupa. Lampu bilik dibuka. Orang yang melihat kehairanan.
"Kalau kau dah kata hari ni hari Ahad, hari cuti. Kenapa kau buka lampu? Sambung jelah tidur."
Roll eyes. "Habis abang nak Aliza tidur balik? If I do, believe me. That's not me," katanya sambil mengepit rambutnya.
"Lain lah macam abang. Boleh tidur 10 kali dalam sehari. Dunia gempa bumi pun belum tentu sedar," sambungnya sambil tersengih.
Ali menjeling. "Cis! Sempat mengata aku tu,". Tangan sibuk mencubik lengan adiknya. Tadi dah kena kat pipi, ini tangan pula. Memang mencari nahas.
"Aduh! Apa abang ni betul lah kan?"
"Memang betul, tapi tak payah lah over sampai dunia gempa bumi pun belum tentu sedar,". Muka menyampah dibuatnya.
"Eleh, tak nak mengaku,". Aliza mencpai tuala di towel rack Yang berdekatan dengan katilnya.
"Siap kau. Jangan tanya lepas ni kalau gajet kau tiba - tiba tak berfungsi," Ali bangun dari katil adiknya. Diberi jelingan tepat oleh Aliza. Berani buatlah. Ceh! Mentang - mentanglah dia calon ejen muda terhebat MATA.
"Bluek,". Lidahnya menjelir keluar. Menyampah.
Tangan yang sudah ingin memulas pintu bilik mandi itu terhenti.
"Ha! Alang - alang nak keluar tu, tolonglah tutup pintu. Pandai buka pandailah tutup,". katanya buat kali terakhir sebelum menghilangkan diri disebalik pintu kayu berwarna putih itu.
Seseorang menaip sesuatu.
Weh, korang belum sampai sekolah kan? Jom jalan mall jap before terkurung
Moon dapat ramai sambutan. Telefon diletakkan atas meja kopi di dalam bilik nya. Setelah itu sambung mengemas luggage sebelum siapkan diri.
Cyeberaya Mall. Ejen muda berada betul-betul depan Cyeberaya Mall. Semua. Tiada yang tidak ikut.
"Jom masuk!" Moon mengorak langkah dahulu. Mereka masuk ke dalam. Hanya tinggal Alicia. Alicia memandang keliling Cyeberaya Mall. Tidak sedap hati. Macam ada benda akan berlaku sebentar lagi.
Alicia mempercepatkan langkahnya apabila tersedar sudah ditinggalkan jauh.
Ali, Aliza dan kawan mereka Mike sedang berjalan-jalan di Cyberaya Mall. Mereka sekarang di kedai baju.
"Weh Ali. Kau dah siap kerja Cikgu Puteri?" Lekas Mike dipandang. Ali mengeluh seketika. "Haihhh kau ni...... Kita tengah jalan-jalan kau boleh pulak tanya pasal kerja sekolah."
Sengihan kerang busuk dimuka Mike. "Hehe. Sorry lah. Aku tanya je."
"Nasib hati aku baik hari ni. Kalau tak pecah muka kau tu,". Ali mengusik sambil membelek baju yang sesuai untuknya.
Senyuman nakal terbina. "Uish! Abang Ali kan memang baik! Tak tahu ke? Si Cik Aliza tu pun mengaku abang dia ni baik," kata Mike dalam nada memperli. Annoying mendengar.
Menggeleng kepala. "Loya buruk kau ni,". Mike sengih nampak gigi putihnya. Yang penting, giginya adalah paling cantik di dunia. Yakin pada diri sendiri.
"Tahu pun aku baik," Terluntur senyuman. Ceh! Kata orang loya buruk. Yang dia tu angkat bakul sendiri. Lagi teruk.
Ali tergelak. Dia menganggap dia menang kali ni.
Kesemua ejen muda sedang berjalan - jalan di Cyberaya Mall sebelum mereka memulakan sekolah semula. Asrama kan? Mesti tidak boleh keluar bandar sesuka hati.
"Weh! Kau orang nampak tak apa yang aku nampak?" Semua melihat ke dalam kedai baju yang ditunjuk jelas oleh Jet.
Mereka semua terkejut dan menyergah orang di dalam kedai itu.
"Ali!"
Ali dan Mike yang sedang menilik t-shirt tersentak mendengar suara tersebut. Mika bertambah terkejut melihat orang bernama Mike.
"Mike? Kau pergi mana, hah!"
"A-Aku...."
"Ali...Kemana kau hilangkan diri selama ni? 3 tahun aku tunggu kau. Apa salah aku pada kau?" tanya Alicia yang sekarang ini memakai tudung kuning. Dirinya sayu bersedih.
Mata Ali memandang tepat pada mata Alicia yang hampir memecahkan empangan air mata. "Aku......"
Tidak sempat Ali hendak menerangkan pada Alicia, Aliza sudah datang pada ejen muda.
"Abang, kenapa ni?"
Tiba-tiba, matanya tertacap pada dua orang yang sangat dia kenali.
"Chris? Kak Iman?"
Pandangan ejen muda beralih pada Chris dan Iman. "Maaf. Aku akan terangkan nanti di akademi." Kata Ali. Tangannya menarik tangan Aliza.
"Mike... Jawab soalan aku!" Mika meninggikan suaranya. Kali ini dia tidak Mike tinggalkannya sekali lagi.
"Maaf kak. Aku tak boleh."
Mike menyusul dua beradik keluar dari Cyberaya Mall.
"Sabarlah Alicia. Ada sebab Ali hilangkan diri tanpa jejak." Belakang badan Alicia digosok perlahan Iman. Menenangkannya.
"Kau tahu kan Iman, Chris? Kenapa kau orang berahsia daripada kita orang, hah!?" Roza beriaksi kecewa. 3 tahun mereka rahsiakan. Tidak kah kecewa? Suasana akademi yang dulunya ceria dah berubah...sunyi sepi sejak Ali pergi.
"Memang kami tahu. Tapi kami tiada hak untuk beritahu kamu semua. Hanya Ali sahaja yang boleh." semua tertunduk mendengar penjelasan Mama Iman. Memang ada pada prinsip Iman. Amanah tetap dijaga. Even, sesiapa diri orang itu.
"Mika. Macam mana kau kenal budak lelaki tu?" tanya Bulat mendatar. Cemburunya terselit di situ. Jangan sapa - sapa nak rampas crush Bulat.
"Sebenarnya itulah kembar aku yang menghilang selama ni." Perasaan simpati mula mekar untuk Mika.
ZassOon terkejut. Bila masa Mika ada kembar? "Kau tak cakap pun kau ada kembar!"
"Mika ada cakap. Kau dengan Zass je yang tak nak dengar masa tu." kata Khai apabila flashback ketika mereka form 1.
"Bukan salah kami. Tahi telinga kami yang tebal sangat sampai tak dengar,". Hasil didikkan girlfriend sendiri.
"Dah malu nak salahkan tahi telinga pulak,". kata Jet menyembur tawa yang lain.
To Be Continued🌺
YOU ARE READING
LOVE FAMILY ACADEMY
Fanfiction~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...