Kelas tingkatan 3 di pandang sekolah. Semua kelas mereka membuat scuad untuk berlawan bola sepak ketika sedang waktu Pendidikan Jasmani.
Yang perempuan pula membuat scuad untuk berlawan bola jaring. Hehe...ejen muda Vs pelajar yang bukan ejen.
Buat pengetahuan semua...ejen muda tidak duduk di kelas yang sama. Kedudukan yang tepat adalah...
(3) Kelas Anggrik
Ali, Alicia, Rudy, Iman dan Mike(3) Kelas Teratai (DLP)
Zass, Moon, dan Ira
*memang Moon muda setahun dari mereka sebenarnya tapi dia sudah lompat tahun atas kebenaran Cikgu Bidin*(3) Kelas Daisy DLP
Chris, Khai, Ika dan Afik(3) Kelas Mawar
Roza, Jet, Mika dan BulatUntuk Aliza dan Nul mereka di kelas kan di kelas 1 Anggrik. Dimana sudah diterangkan pada chapter lepas.
1 jam 30 minit mereka beriadah. Pelajar perempuan sudah lama berhenti bermain. Hanya 1 jam sahaja.
Pelajar lelaki? Mereka memang tidak reti penat. Kalau boleh seharian nak main. Lagi-lagi permainan bola sepak.
Lebihan masa, pelajar perempuan hanya menonton perlawanan bola sepak pelajar lelaki.
*Serek serek serek*
Bunyi semak sangat pelajar perempuan dengar. Terutama sekali Ira yang tempat duduknya tidak jauh dengan semak berkenaan.
Mereka melihat...apa mereka lihat? Geng Diva Beauty yang sedang ponteng kelas mengambil gambar ejen lelaki sedang bermain bola sepak. Dengan peluh, posisi badan mereka.
Beberapa banyak kita tidak tahu mereka ambil.
"Tak boleh jadi. Aku tak kan biarkan mereka terlepas. Iman, Roza...jom." Alicia memang tidak akan duduk diam. Dia akan dapatkan pelajar yang membuat kesalahan sekolah.
Ini bukan soal cemburu tapi soal peraturan sekolah. Peraturan sekolah pasti diikut kalau tidak mahu berhadapan dengan GPK HEM sekolah.
Iman dan Roza hanya mengikut arahan Alicia yang merupakan assistant SU pengawas sekolah tingkatan 4. Kalau mereka membiarkan Geng Diva Beauty itu pasti mereka akan berluas-luasa.
"Apa kau orang cuba buat ni?" Roza mengeluarkan suara kerek, suara barannya. Ceh, c'mon lah ni Rozana Nabila.
Mana main lembut-lembut dengan budak. Lagi-lagi budak tu Geng Diva Beauty dan Geng Triangle L. Itu tidak campur lagi Geng Triangle H aka sepupu Geng Triangle L.
Julia memandang sebelah mata sahaja. Fikir mereka takut dengan pengawas sekolah?
Elok sikit! Mereka lah yang paling berani langgar peraturan sekolah termasuk lagi dua geng tak guna yang sebijik kepala macam mereka.
Siapa ek? Heh. Triangle L dan Triangle H lah.
"Kau siapa nak tanya kita orang macam tu?" Soalan yang entah apa dilontarkan. Makin bengang Roza dan Alicia. Ada juga mereka hempuk kepala Julia itu dekat pokok. Biar otak beku terus masuk wad.
"Kau boleh tanya lagi?" tenang Alicia bertanya. Tapi dari gaya pertanyaannya itu seperti mahu cari gaduh. Sangat mendatar sahaja.
Mereka bukan menjawab jawapan tapi menjeling pada dua pengawas yang mulut puaka itu. Eh engkau. Cakap orang mulut puaka pula. Kau orang lagi mulut puaka.
"Lebih baik kamu semua balik ke kelas sebelum saya report pada pengetua dan GPK HEM." Iman membuka mulut apabila makin lama makin tidak terurus.
Dua kawannya itu sudahlah baran, ego juga boleh tahan. Lama-lama sakit mental pula mereka berdua itu.
"Heh. Kau fikir kita orang takut?" Sekali lagi 3 pengawas sekolah tersebut dapat jelingan. Tapi kali ini daripada Dilla.
"Atau...kamu nak saya report pada GPK KO?" soal Iman lagi. Bruhhh! GPK KO itu. Aka Ejen Ganz.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan sifatnya itu? Garang, egois, penuh dengan baran.
Diam membisu seperti tiada mulut pula Geng Diva Beauty apabila dengan GPK KO. Auristela mendengus kasar.
"Hishh... baiklah. Kau orang, jom bla."
Di Kelab Reka Bentuk...eh, jangan fikir di akademi pula. Ini betul-betul di Kelab Reka Bentuk. Pada setiap hari Rabu kan ada KOKO.
Walaupun mereka selalu pergi akademi melalui kelab tersebut, tidak bermakna kelab itu tidak berfungsi sama sekali. Hehe... setiap teras akan belajar Reka Bentuk.
Seperti mana yang sudah diterangkan pada chapter 7....
Tekno: Reka Bentuk Teknologi
Neuro: Reka Bentuk Fesyen
Inviso: Reka Bentuk Makanan
Kombat: Reka Bentuk LandskapMereka juga akan diajar oleh...
*Ketukan drum berbunyi 🥁*
Setiap mentor mereka sendiri 😆.
Sekarang mentor belum sampai lagi di kelab. Ejen lelaki biasa nya game online dulu boss kur. Ejen perempuan pula membawang lah. Macam tidak biasa pula dengan perangai perempuan.
"Kakak Moon. Boleh nanya gak? Kalau Kak Moon dan yang lain dilapangan, terus Nul melihat Kakak Auristela dan gerombolan mereka dari lapangan juga. Apa sih mereka buat disana?"Kawan Nul yang setia menemani nya mengangguk. Setuju dengan pertanyaan Nul.
Moon sebaliknya semua ejen perempuan tingkatan 3 memandang sesama sendiri sambil duduk rapat-rapat. Ejen lelaki dengar pula ini mampus. Mereka itu boleh tahan buaya.
Lagi-lagi Jet dan Afik. Mike pun boleh tahan. Dia tidak buaya tapi cepat sangat tergoda. Haihh... sabar jelah. Menahan nafsu itu sikit.
"Macam mana kau tahu?" soal Mika. Mereka mula berbisik-bisik dan rapat-rapat. Untuk menggelakkan ejen lelaki syak apa-apa.
Tidak mengapa, dia orang sedang leka main game online itu. Hehe...
"Tadi... kami nak ke tandas yang berdekatan dengan padang. Kami pergi tandas itu bersebab Cikgu Anita ajar kami di dewan terbuka." Nul mengangguk betul. Dia menyambung percakapan Aliza.
"Pas sekali kami lihat Kak Auristela dan gerombolan mereka."
Ejen perempuan terdiam seketika. Mahu beritahu atau tidak pada dua jurnior mereka ini? Ah! Mereka berhak tahu.
Alicia dan Ika menceritakan apa yang Geng Diva Beauty lakukan di padang sekolah sewaktu PDP sedang berlangsung.
"Pas, kakak-kakak akan biarkan mereka?" soal Nul. Takkan mereka mahu duduk berdiam sahaja?
"Hmm... aku tak pasti lagi,". Ira
"Yang pasti Feisya, Dilla, Julia, Wanna dan Amelia target utama kita." Ika
"Kak Dilla?"
"Kakak Wanna?"
Nul dan Aliza tidak percaya. Dilla dan Wanna sangat rapat dengan mereka berdua.
Dari mereka masuk sekolah, mereka tidak tahu pun bahawa Dilla dan Wanna adalah Geng Diva Beauty. Macam mana mereka boleh leka dengan itu?
Haish...tidak boleh jadi ini!
To Be Continued 🌺
YOU ARE READING
LOVE FAMILY ACADEMY
Fanfiction~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...