Selepas 2 bulan kejadian tersebut berlaku, semuanya menjadi normal. Nul? Alhamdulillah dia masih berpeluang untuk hidup walaupun sudah banyak tumpah darah.
"SEBENATAR LAGI KAPAL TERBANG MH*** AKAN MENDARAT TIDAK LAMA LAGI." kata seseorang yang sedang bercakap menggunakan mikrofon itu. Tidak tahu dia sebagai apa tapi tetap seseorang. Tiada tertukar pada sebuah ye.
"Macam mana? Seronok duduk Jepun?" tanya Ali bilamana tiba disebelah Alicia yang sedang on point kan awning tudungnya. "Seronok lah jugak." balasnya dalam mood tidak betul. Pening betul kepalanya naik airplane tadi. Alicia dan ejen perempuan lain mengikut Ejen Dayang ke kereta.
°_____★_____°
Sudah penat bawa semula barang ke dorm, ejen perempuan ambil masa untuk rehat di ruang tamu. Rancangan mereka adalah hendak mendengar cerita menarik dari setiap mulut mereka. Uishh, lama tidak berkongsi cerita.
Lina hanya mengintai aktiviti mereka. Sejak dari kejadian itu, Lina langsung tidak bertegur sapa sudah dengan mereka. Dia tidak sombong melainkan malu dengan sikapnya dulu yang bersubahat dengan Diva Beauty.
"Lina? Kau ... tak nak join kitorang?" tanya Moon. Dia selalu perasan dengan Lina yang mengindap mereka. Kali ini baru ada keyakinan untuk mengajak Lina. Mika, Roza dan Ika memandang Moon semacam.
"Moon, yang kau ajak dia tu kenapa?" Roza dan Mika sekata dengan Ika. "Kau tahu kan disebabkan dia, korang semua hampir mati? Disebabkan dia aku join diorang dan disebabkan dia juga Emruze mati" kata Ika sambil menjeling kearah Lina yang tertunduk.
Lina malu sangat dengan dirinya yang dulu. "Entah. Bukan sikit dia dengan geng budak mentah tu buat dekat kita." kata Mika pula. Dia sudah banyak mengumpul dendam dengan Lina itu.
"Kalau korang boleh bagi peluang kedua pada Ika, kenapa tidak pada Lina?" terang Moon. Trio yang membantah dengan cadangan Moon tadi tersenyap. Betul apa yang Moon katakan. Mengapa mereka tidak boleh beri peluang kedua pada Lina seperti mana Ika dapat?
"Betul kata awak Moon. Walaupun siapa Lina dimata kita, dia tetap dormmate kita." Moon, Ira dan Aliza mengangguk. Aliza dengan beraninya bangun menarik tangan Lina. "Kak Lina, jom join kitorang." ujar Aliza walaupun tangannya sudah menarik Lina.
Trio yang mengumpat Lina tadi terselit rasa bersalah tapi tidak meminta maaf walaupun mereka tahu Lina terasa dengan kata mereka. Kalau boleh mahu sahaja minta maaf tapi disebabkan ego sudah melebihi 5 hektar, memang tidak boleh dan tidak akan jadi selagi ego setinggi itu.
"Hmm okay, ni adalah kisah kitorang bertiga masa kecik dulu." kata Ira yang ingin mulakan ceritanya. Ika seperti sudah dapat tangkap apa yang kembarnya hendak ceritakan.
°_____❀ :: _____°
Flashback
Januari sekitar tahun 2012 iaitu ketika Afik, Ika dan Ira berusia 6 tahun ... mereka bersama Ejen Dayang, suami Ejen Dayang dan Ejen Zain bawa mereka bertiga balik kampung. Setiap kali dapat cuti pasti ibu bapa mereka akan bawa balik kampung.
Teringin juga balik kampung ayah/bonda mereka. Tapi semuanya sudah tiada. Hanya tinggal kenangan sahaja. Rumah dan tanah itu pun sudah tiada. Dato' Othman beli kerana mahu bina projek.
"Hai Afik!!" kata Ika dan Ira apabila Afik turun daripada kereta. "Hai." balasnya. Selalunya dia tidak teruja semasa berjumpa dengan sepupu. Dia terus masuk ke dalam rumah sambil membawa beg pakaiannya.
Petang itu ....
°_____❀ :: _____°
YOU ARE READING
LOVE FAMILY ACADEMY
Fanfiction~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...