27 - Pilih Aliran

133 13 3
                                    

Selepas 6 bulan kejadian tersebut berlaku, tahun 2022 beralih tahun kepada tahun 2023. Nul? Alhamdulillah dia masih berpeluang untuk hidup walaupun sudah banyak tumpah darah.

Mungkin tahun ini mencabar sedikit bagi kebanyakkan ejen muda. Masuk form 4 bukan perkara yang mudah. Nak kenal format baru, subjek baru lagi. Aliran pun lain-lain.

Kafe HQ,

"Kenapa kita lepak dekat HQ jugak? Takda tempat lain?" tanya Chris. Banyak-banyak tempat, dekat kafe HQ juga Ali pilih.

"Bukan selalu kita datang. Apa salahnya sekali sekala,". Khai bersetuju dengan Ali. Berbulan-bulan mereka tidak jejak ke HQ.

"Kau pun tahu dekat sini menu sedap-sedap," kata Khai. Khai masih ingat lagi cerita Chris tentang Aliza dan Afik. Ketika itu, Chris pernah makan di kafe HQ ini. Chris sendiri yang kata kafe HQ menu-menu kat sini sedap.

"Iya. Belum tentu dekat Cyberaya ada menu ni. Ha! Nasi goreng chicken chop! Ada ke dekat Cyberaya? Takda. Kita ni kira beruntung tau!" Bulat berkata dengan penuh teruju untuk memenuhkan perutnya yang sedang kosong itu.

Chris bersenyum. Hmm. Ada betul juga. Kalau bukan sebab HQ, mungkin dia tak akan mengenali sesorang yang telah berjaya merompak hatinya.

"Yang korang senyap daripada tadi ni kenapa?" Rudy perasan dengan mood ejen muda perempuan hari ini. Fokus betul mereka makan. Selalunya mesti membawang setiap masa. Takanlah azam tahun baru tak nak membawang tengah makan kut.

"Korang ada masalah ke? Tak nak share dengan kitorang?" soal Mike. Mike nak juga tahu apa punca mereka senyap macam bateri habis. Biasanya bising betul mereka.

"Err takda apa-apa pun," jawab Roza. Semua ejen muda lelaki memandang Roza. Ingat mereka akan tertipu? Penafian Roza tadi jelas kelihatan.

"Bagitahu jelah kenapa. Ingat kitorang tak boleh baca ke korang ada masalah," kata Afik yang bosan dengan perangai ejen muda perempuan. Ada masalah je nak berahsia, ada masalah je nak berahsia. Inilah perempuan. Kata satu keluarga lah konon. Bukan keluarga saling bantu sesama yang lain? Berkongsi masalah antara satu sama lain?

"Haih ..." Ira mengeluh. "Kami masih tak tahu nak ambik aliran apa," kata Ira dengan jujur. Tangannya yang memegang grafu bermain dengan spegheti di pingannya.

Tercengang ejen muda lelaki mendengar. "Itu je sebab korang murung?" Jet tak percaya. Perkara macam tu pun boleh buat mood perempuan rosak? Power betul.

Mika dan Moon mengangguk. "Tapi iyalah, kita pun tak pilih lagi kan?" kata Bulat. Ejen muda lelaki tersengih. Mereka lupa pulak nak pilih aliran untuk form 4 ni.

"Tapi bukan aku dengan Alicia,". Ali memandang Alicia. Ini saat yang mereka perlu beritahu bahawa mereka dah lama merancang. Alicia memandang Ali dengan pandangan bersetuju.

"Aku dan Ali dah bersepakat untuk masuk kelas sains tulen,".

"Dalam akta ke 4 dalam ejen tekno sepatutnya perlu mengambil aliran sains tulen. Ejen tekno adalah ejen yang berkerja sebagai doktor di MATA. Kena ingat tu." terang Ali. Semua ejen tekno sudah cemas. Mereka tidak lah sepandai Ali dan Alicia mampu masuk sains tulen. Markah exam pun ciput je.

"Tapi tak diwajibkan pun. Bukan semua ejen tekno kena jadi doktor. Dah tu, siapa pulak nak upgrade gadjet kalau semua tekno jadi doktor?" Lega ejen tekno dengar penjelasan Alicia.

"Aku dan Iman pun akan stay kelas anggerik,". Iman tersenyum. Iya. Iman dan Rudy juga cadang nak duduk kelas sains tulen. Rasa macam tertarik nak belajar biologi, kimia dengan fizik walaupun mereka bukan ejen tekno.

"Hmm aku dah fikir masak-masak. Aku turut stay dalam kelas anggerik." Semua memandang Mike.

"Kau betul nak join kitorang?" tanya Ali. Mike mengangguk yakin sambil tersenyum. "Cun!" kata Ali sambil buat penumbuk. Mike melagakan penumbuknya kepada penumbuk Ali.

Check! Kelas Anggerik, sains tulen : Ali, Alicia, Mike, Rudy dan Iman

"Jadi, sekarang kita nak ambik aliran apa?" Ika stres. Kepalanya diletakkan di atas meja. Jangan risau semua orang sekarang dah habis makan. Kepala Ika tu atas meja bukan atas pinggan.

"Dalam Cyberaya High School ada empat kelas." Bulat.

"Kelas Anggerik, sains tulen. Kelas Teratai, account. Kelas Dahlia, perniagaan. Kelas Mawar, seni." Jet

"Kita semua pulak tak nak ambik sains tulen. Jadi hanya tinggal tiga aliran." Khai.

Moon mengusap dagunya. Dia bukanlah kreatif. Menghafal power tapi... Zass pulak? "Hmm ... okay aku dah tahu." Zass memandang Moon. Jangan cakap Moon nak ambik perniagaan. Moon pun tahu Zass paling tak suka menghafal.

"Zass pandang mata Moon." 2 minit eye contact, Zass faham.

"Kami cadang nak ambik aliran..." Moon.

"Account" Zass dan Moon.

"Account? Kenapa account?" soal Ika. Cyberaya High School ni ada empat kelas. Dan, mereka pilih untuk stay duduk dalam kelas Teratai? Tak bosan ke? Dari form 1 sampai form 5 kelas Teratai.

"Aku yang jenis menghafal tapi Zass jenis mengira. Aku pun dulu bercita-cita nak jadi accountant. Jadi apa salahnya kalau, aku dengan Zass pilih aliran account walaupun kelas yang sama waktu lowerform". Zass mengangguk setuju.

Ika memetik jari. "Betul juga. Aku pun macam Zass tak suka sangat menghafal ni. Aku join korang jelah."

"Aku pun!" kata Ira sehingga mengangkat tangannya.

Check! Kelas Teratai, account : Moon, Zass, Ira dan Ika.

Mika fikir sejenak. 'Hmm, mengira? Menghafal? Tapi aku lebih kepada ...' . "Hah, dah dapat! Aku tahu apa yang sesuai untuk aku, kau, kau dengan kau." kata Roza sambil menunjuk Jet, Bulat dan Mika.

"Aliran apa?" tanya Mika. Mana lah tahu suggestion dia nak suruh Mika masuk kelah Dahlia pulak ke.

"Seni."

Jet tersenyum. "Baik, aku faham. Memandangkan kita berempat mempunyai otak yang agak kreatif. Kita akan terus kekal kelas Mawar."

"Setuju!" Bulat dan Mika.

Check! Kelas Mawar, seni : Bulat, Mika, Jet dan Roza.

"Aku, Afik dan Khai akan terus ke perniagaan." kata Chris. Kelas perniagaan antara kelas yang susah selepas sains tulen dan account disebabkan kerja khususnya. Tapi mereka ini suka cabaran.

Afik mengangguk. "Kami akan duduk kelas Dahlia dengan alasan kami mahir menghafal tapi tak nak masuk sains tulen." Afik ketawa kecil. Diorang takut nak ambik aliran famous tu sebenarnya. Fizik orang kata lagi susah daripada add math. Math pun belum tentu diorang lepas apa pulak nak jadi dengan add math dan fizik nanti?

Check! Kelas Dahlia, perniagaan : Afik, Khai dan Chris.

"Kau ada kan link pendaftaran aliran kelas untuk tingkatan 4?" tanya Aliza kepada Chris.

"Eh? Kau pulak yang sibuk? Kau baru form 2 kan? Duduk je diam diam." Sakit pula hati Chris jawab macam tu dekat Aliza.

Chris sengih nampak gigi. "Sebenarnya tak ada." Aliza buat roll eyes. Menyampah. Poyo je lebih.

Aliza membuka iPadnya lalu menghantar satu link pada Chris.

To Be Continued🌺

LOVE FAMILY ACADEMYWhere stories live. Discover now