PART 6.

15.9K 710 8
                                    

Raff melangkah masuk dalam rumah bak istana itu , dengan diiringi beberapa pengawal nya untuk langkah keselamatan.

Raff mengenakan hood hitam  dan seluar hitam dan memakai topi berserta mask. Semuanya hitam. Hope korang boleh bayang la.

Dia takkan dedahkan wajahnya setiap kali berjumpa dengan pelanggan nya. Itu prosuder dia berniaga.

"selam kardeşim(hey bro)". Kata Pelanggan itu.

"Hye.Bu söz verilen öğe(hye , ini barang yang dijanjikan itu.". Kata Raff dan menunjukkan beg besi itu.

Pelanggan itu ingin mengambil beg itu dari tangan Raff tapi Raff berundur.

"önce bana paramı göster(tunjukkan duit aku dulu)." Kata Raff. Bukan boleh percaya sangat pelanggan nya ni. Penuh tipu helah.

"HAHAHA..tamam, sana paranı göstereceğim(Hahaha..baik ,aku akan tunjukkan duit kau)". Katanya dan mengarahkan orangnya untuk mengambil duit.

Pelanggan turki itu membuka beg hitam dan menunjukkan sejumlah duit Yang banyak.

Raff mengangguk.

Beg mereka bertukar tangan. Raff mengambil duitnya dan Pelanggan Turki itu mengambil beg besi itu.

"Teşekkürler. seninle uğraşmak güzel(Thank you. Senang berurusan dengan kau). " Kata Pelanggan Turki itu.

"Me too. Make sure this is our secret." Kata Raff.

"elbette.. don't worry".

Raff meninggalkan rumah agam itu. Urusannya dah selesai di Istanbul.

Keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

Dia kembali ke private suitenya. Dia ingin berehat untuk beberapa hari lagi sebelum pulang ke Malaysia.

Itulah pekerjaan sebenarnya selepas pemergian mamanya.

Dulu dia bekerja di syarikat Papanya namun dia menarik diri selepas kehadiran dua malapetaka itu datang.

Jadi dia menceburkan diri dalam kerja yang berisiko ni.

Tiba-tiba dia teringat gadis yang terperangkap dalam lif dengannya hari tu.

"Hanania..". Raff menyebut nama Nia. Dia dengar yang kawan perempuan memanggil nama Hanania itu.

"Nama pun dah cute , no wonder la tuan dia pun cute. "Monolognya.

Tak dinafikan gadis nama Hanania tu comel , muka bulat ,mata bulat , suara pun lunak je. Boleh terlena kalau dengar suara itu.

"Hish..yang aku tiba-tiba fikir pasal dia kenapa..". Rungut Raff. Malas nak peningkan kepala Raff memejam matanya.

Baru sahaja dia nak lena , phone nya berdering. Raff mengangkat panggilan itu.

"Hello." - Raff.

"Hello Raff , aku ada berita ni untuk kau. " - Harris.

"Berita apa pulak malam-malam buta macam ni. Bukan urusan kita dengan Pelanggan tu dah settle ke. " - Raff

"Bukan pasal tu.."- Harris.

"Dah tu pasal apa??". - Raff

"Imran dengan Datin Salina." - Harris

Dengar saja dua nama itu , marahnya tiba-tiba membuak. Nama yang dibencinya.

"Asal dengan dua ekor tu?". - Raff

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now