PART 5

17.9K 731 36
                                    

Kereta BMW hitam milik Raff tiba di tempat rahsia nya. Disini lah dia membincangkan tentang projeknya.

Raff melangkah masuk dalam gudang itu sambil membawa sebuah beg besi.

"Bos..". Kata pengawal yang diupah menjaga gudang itu.

"Diorang tak sampai lagi ke ?". Tanya Raff

"Diorang baru je sampai tadi bos. Tengah tunggu bos kat dalam." Kata pengawal itu.

Raff mengangguk dan meneruskan langkah nya.

Dia melihat rakan-rakannya yang lain dah sedia menantinya.

"So.. good news apa yang korang nak share? ". Tanya Raff.

"We have a new project bro. A big project." Kata Harris.

Raff mengukirkan senyuman smirk.

"Berapa untung yang kita dapat untuk project ni ?". Tanya Raff lagi.

"5 juta. " Kata Naim pula.

"Big amount. Nice". Kata Raff.

"Tapi diorang nak tengok barang dulu Raff. Diorang takut kita tipu. " Kata Harris.

"Kau tak bagitahu dia ke barang ada ??".

"Dah tapi aku rasa diorang tak yakin dengan kita.". Kata Harris.

"So kali ni mana kita kena fly pula." Tanya Raff.

"Istanbul." Kata Naim.

Raff mengangguk.

"Sediakan barang malam ni. Esok malam kita fly ke Istanbul." Arah Raff dan meletakkan beg besi diatas meja bulat.

Raff membuka beg besi itu dan terdapat Pelbagai jenis senjata api. Raff menjual senjata api pada pelanggan luar negara.

Tapi bukan secara haram la , disebabkan pengaruh Papa Raff besar jadi Raff menggunakan kuasanya untuk meluluskan bisnesnya ni.

*********************************
Dato'Ghazali menanda tangani beberapa helai dokumen penting. Tiba-tiba pintu bilik nya diketuk.

"Masuk." Kata Dato' Ghazali.

Imran membuka pintu dan berjalan menuju ke meja Papanya.

"Ada apa Imran?". Tanya Dato'Ghazali.

"Papa.. sebenarnya Imran nak cakap sesuatu dengan papa." Kata Imran.

"Apa dia?".

"Imran rasa bersalah dengan Raffael dan papa." Kata Imran.

"Rasa bersalah kenapa?". Dato Ghazali meletakkan pennya dan fokus pada Imran.

"Ye la..Raff keluar dari rumah ni sebab Imran kan. Lepas tu Imran punca Papa dan Raff bergaduh. Raff tak nak papa dan Raff bergaduh sebab Imran.". Ujar Imran.

"Kenapa kamu nak rasa bersalah. Bukan salah kamu pun. Budak tu yang buat masalah bukan kamu. Lagipun kalau kamu tak bagitahu papa , papa tak tahu pasal dia curi duit papa." Terang Dato'Ghazali.

"Tapi..." Belum sempat Imran meneruskan ayatnya Dato'Ghazali memotong.

"Dah.. tak yah sebut lagi nama budak tak guna tu. Papa tak nak dengar lagi nama dia dalam rumah ni. Faham!!". Kata Dato'Ghazali tegas.

"Baik papa. Imran keluar dulu lah kalau macam tu.".

Imran melangkah keluar dari bilik papanya. Imran tersenyum puas. Nampaknya dia dah berjaya singkirkan Raff dalam rumah ni.

Lepas ni semua harta ayah tirinya akan jadi milik dia. Dia kena bagitahu mamanya tentang berita baik ni.

Imran mengetuk bilik mamanya.

"Mama.." panggil Imran.

"Eh anak kesayangan mama..buat apa kat sini. "Kata Datin Salina.

"Nampaknya rancangan Kita dah berjaya. Kita dah berjaya buat papa singkirkan Raff ,anak yang dulu dibanggakannya." Kata Imran.

"Baguslah. Itu lah tujuan utama Kita masuk keluarga ni. Ghaz Holding tak lama lagi akan jatuh ditangan kita." Kata Datin Salina.

"Betul tu maa...dah lama kita tunggu saat ni. Tapi singkirkan Raff dalam rumah ni tak menjanjikan apa-apa". Kata Imran.

"Apa maksud kamu?". Tanya Datin Salina.

"Kalau orang tua tu mati nanti , pewaris syarikat akan jatuh pada Raff sebab dia anak kandung Papa. ". Kata Imran.

"Ye tak ye jugak.. nampaknya kita kena bunuh budak tak guna tu dulu. " Kata Datin Salina.

Imran mengangguk. " Tapi bukan senang nak singkirkan dia ma..dia ada geng ramai." Kata Imran.

"Kita kena atur plan yang baik punya. Kita kena cari kelemahan dia. "Kata Datin Salina.

Imran mengangguk.

********************************
Hanania dah keluar dari hospital. Oleh kerana tiada implikasi yang serius dia dibebaskan awal dari hospital.

"Hari ni kau dah boleh balik." Kata Sofea.

"Yeah... aku dah bosan duduk hospital lama-lama. Rasa rindu nak baring atas katil rumah sewa Kita.". Kata Nia.

"Amboi...macam setahun duduk hospital. Kau duduk hospital 2 hari je. Tak yah berangan sangat. " Kata Fea sambil menggelengkan kepalanya.

"Biarlah...lagipun dah 2 hari aku tak datang kolej. Lecturer ada tanya tak?". Tanya Nia.

"Ada.. aku cakap kau masuk hospital. "

"Nasib baik kau ada. Sayang kau.."kata Nia dan memeluk sahabatnya itu.

"Dah buang tabiat ke apa kau ni. Nanti orang nampak orang ingat Kita lesbian pulak.". Kata Sofea.

Hanania tergelak mendengar kata-kata Sahabat nya itu. Jauh betul fikiran Fea melayang.

"Wehh..mamat handsome tu tak datang lawat kau ke?". Tanya Fea.

"Dah kenapa pulak dia nak datang lawat aku. Aku bukannya bini dia pun." Kata Nia. Logik mana la Fea pakai ni.

"Mana tahu kau betul-betul jadi bini dia nanti. Untung beb..."kata Fea teruja.

"Eh..eh.. yang kau terlebih teruja ni kenapa?".

"Ye la..nanti aku ada abang ipar yang handsome sangat. Ala mat saleh gitu." Kata Fea lagi.

"Kau ni kan kalau tak mengarut memang bukan kau namanya. Dah la jom gerak. Layan kau ni bukannya betul pun." Bebel Nia. Sofea pula dah mengekek ketawa.

"Apa salahnya kalau betul. Kalau jodoh memang tak ke mana.". Sakat Fea lagi.

"Kau cakap lagi pasal ni , aku suruh hospital jiwa datang ambik kau. " Ugut Nia. Tak habis-habis si Fea ni mengarut.

"Sampai hati kau nak masukkan aku dalam hospital gila." Kata Fea acah merajuk.

"Adoii kau ni kan.. ada jugak aku campak dalam sungai satgi. " Kata Nia lalu meninggalkan Fea begitu.

Kalau layan sahabatnya ni memang sampai tahun depan pun still kat sini.

"Jangan la tinggal aku. " Jerit Fea dan berlari ke arah Hanania yang sudah kedepan.

TBC

HYE GUYS..SORRY KALAU BAB NI BANYAK MENGARUT.TANGAN AUTHOR NI LAJU JE MENAIP. ENTAH APA YANG DITAIP PUN TAK TAHU.BTW HOPE KORANG SUKA.

JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT SAYANG II SEMUA 🥰🥰

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now