Hanania pun menceritakan semuanya dari A sampai Z. Nia menceritakan macam mana dia boleh jumpa dengan Raff, kenapa dia kahwin dengan Raff dan semuanya.
Sofea tekun mendengar cerita yang disampaikan Hanania.
"Hmm so macam tu lah citer dia. So aku harap kau faham laa kenapa aku kahwin tiba-tiba and tak bagitahu kau..". Jelas Nia.
"Haihs..yee aku faham citer kau tapi...tetap jugak aku marah. Tak kisah apa pun masalah yang kau hadap kau sepatutnya bagitahu aku. Bukan simpan sorang-sorang..Ni tak , dah setahun lebih kau kahwin baru nak bagitahu aku. Aku ni apa ?? Kau tak anggap aku sahabat kau ke ?? Ke aku memang tak penting untuk kau??".
Bebel Sofea panjang lebar meluahkan ketidakpuasan hatinya
Hanania terus memeluk sahabatnya itu untuk memujuk sahabat kesayangannya.
"Sorry babe..Aku takde niat nak rahsiakan. Kau sahabat dunia akhirat aku , kau lah keluarga aku and aku sayang sangat kat kau babe..Aku tahu kau sibuk study kat luar negara so aku tak nak bebankan kau dengan masalah aku..". Pujuk Nia.
"Haihs..ye lah. But aku tak cakap aku maafkan kau lagi. Kau kena belanja aku shopping. Baru aku maafkan kau. ". Kata Fea.
Hanania tersenyum dan memeluk erat Sofea.
"Kau cakap je kau nak apa?? Aku belanja kau..". Kata Nia dengan yakin.
"Amboii..mentang ii la laki kau kaya , yakin je kau cakap kan..".
Hanania tersengih-sengih.
Mereka berdua pergi berbeli belah setelah sudah lama tidak meluangkan masa bersama.
Hanania bersyukur kerana Sofea memahami keadaannya.
Sungguh tak terucap rasa syukurnya dikelilingi oleh orang-orang yang menyayanginya.
"Babe..aku gi ambil kereta dulu tau. Kau tunggu kat sini sebab aku parking jauh tadi.". Kata Fea.
Mereka berdua telah selesai shopping.
"Ha ye lah..Cepat sikit.".
Hanania melihat Sofea semakin jauh dari pandangan nya.
Sementara menunggu Sofea , Hanania duduk di atas kerusi yang telah disediakan sambil membelek handphone nya.
Namun , handphone nya mati kerana kehabisan bateri.
"Laahh.. habis bateri dah. Aduii lupa nak caj fon tadi.". Keluh Nia.
Sebuah kereta hitam berhenti di hadapan Nia.
Hanania memandang kereta itu. Dalam hatinya berfikir kereta itu adalah kereta Sofea.
Hanania bingkas bangun dan menghampiri kereta tersebut.
Sebaik sahaja Hanania menghampiri kereta itu , pintu tiba-tiba terbuka.
Dua orang lelaki yang memakai mask hitam terus menutup mulut Nia dan menarik Nia masuk dalam kereta.
Kereta hitam itu terus meluncur laju meninggalkan tempat itu.
Handbag dan telefon Hanania terjatuh di atas lantai.
Sofea yang baru sahaja sampai di tempat itu , terus turun dari kereta dan melihat barang-barang Hanania terjatuh atas lantai.
Sofea memandang sekelilingnya mencari kelibat Nia.
Dalam hatinya, gelisah teruk apabila dia tidak menjumpai kelibat Nia.
"Hanania...Nia..". Panggil Sofea.
Sofea memandang di tiang yang berdekatan dengannya dan terdapat CCTV.
Sofea terus bergegas ke tempat pegawai keselamatan untuk melihat rakaman cctv.
Dalam bilik pegawai keselamatan itu , Sofea melihat rakaman cctv tersebut.
Jelas di rakaman itu menunjukkan kejadian yang menimpa Nia.
"Saya rasa kawan cik kena culik. Cik kena buat laporan polis ni sebab ini sudah melibatkan kes jenayah.". Kata pegawai itu.
"Yee saya tahu. Tapi saya kena bagitahu suami dia dulu tentang perkara ni." Kata Fea.
Pegawai keselamatan itu mengangguk.
-----------
Handphone Raffael berdering. Raff melihat siapa yang menelefon nya.Melihat nama Hanania yang tertera dia terus mengukirkan senyuman.
"Assalamualaikum my baby girl...". Ucap Raff.
"Err waalaikumsalam. Ni bukan Hanania tapi Sofea , kawan baik Nia..I think you know me right ?". Kata Sofea.
Senyuman Raff terus mati apabila bukan isteri nya yang menjawab panggilan itu.
"Oh. Wait.. kenapa you yang jawab ? Wife I mana??". Tanya Raff.
Perasaan nya tiba ii gelisah tak tentu pasal.
"Ok..tenang dulu ok. Err boleh tak awak jumpa saya dekat parking lot City Mall sekarang jugak.". Kata Sofea.
"Kenapa ?? Ada apa ii yang jadi dekat Hanania ke??". Tanya Raff bernada risau.
"You datang dulu and then baru you tahu apa jadi.". Kata Sofea.
Banyak pula soalnya. Sebijik macam Hanania.
Raff terus mematikan panggilan dan terus bergegas ke City Mall.
Dalam beberapa puluh minit , Raff tiba di City Mall.
"Mana Hanania??". Setibanya Raff disana , dia terus bertanya tentang Hanania.
Dia tahu Hanania keluar dengan Sofea tadi. Hanania sudah memberitahu nya.
Namun melihat isteri nya tiada bersama Sofea , hatinya terus gelisah.
Sofea menyuruh Raff melihat rakaman CCTV.
Muka Raff terus merah menandakan dia sedang marah. Kecut perut Sofea melihat wajah serious lelaki itu.
Kau kahwin dengan mafia mana laa Hanania?? Takut gila aku tengok muka dia marah.. Desis Sofea.
Tanpa berkata apa-apa , Raff terus beredar dari situ meninggalkan Sofea yang terpinga-pinga.
"Ehh..awak..". Panggil Sofea namun kereta Raff sudah hilang dari pandangan nya.
"Dia blahh macam tu je. Siot betul laki Nia ni !!". Bebel Sofea.
Raffael telah mengumpul anak buahnya termasuk Harris.
"Aku nak kau cari Imran sekarang jugak!!! Aku tak kisah lubang cacing mana pun lelaki gila tu duduk , cari dia sampai jumpa !!! Kali ni aku takkan lepaskan dia !!". Arah Raff dengan tegas.
Anak buah Raff terus membuat kerja mereka dengan menjejak nombor plate kereta hitam yang telah menculik Hanania.
Raff sempat hafal nombor plate kereta itu semasa dia melihat rakaman cctv tadi.
"Bos.. nombor plate kereta tu palsu..".
Raff mencerlung tajam anak buahnya itu.
"Aku tak nak tahu that fuc*ing plate's number fake or real...I just want you find my wife!! ". Marah Raff.
Harris yang melihat wajah Raff seperti ingin menelan manusia yang ada kat situ cuba menenangkan Raff.
"Relax bro..Bukan senang kita nak jejak nombor plate kereta palsu. Sabar ok.". Kata Harris.
"Aku takkan lepaskan anak haram tu kali ni. Kali ni aku akan hantar dia ke neraka terus. Itu janji aku!!". Kata Raff dan memandang tepat ke arah Harris.
Harris menelan air liurnya apabila Raff memandang nya begitu.
Habislah kau Imran. Kali ni Aydan Raffael takkan lepaskan kau hidup-hidup.
Kau cari masalah dengan orang yang salah Imran. Getus Harris dalam hatinya.
TBC
#VOTE
#COMMENT
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Bad Boy
Gizem / GerilimHanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam...