PART 17

12.7K 526 3
                                    

Hanania berjalan-jalan di sekeliling rumah agam Raffael. Rumah Raffael memang cantik gila.

Kadang-kadang dia tertanya juga , Raffael ni kerja apa sampai ada rumah besar macam ni.

Nak cakap CEO dekat pejabat , takde pulak dia nampak Raff pakai baju pejabat pagi-pagi. Pakai baju macam nak pergi bunuh orang ada la.

Lagipun Papa Sofea pun pengarah Syarikat tapi takde pun rumah besar macam istana ni.

Dia kerja apa ek..

Dalam asyik dia berfikir tentang pekerjaan Raffael tanpa Hanania sedar Raffael memerhati nya , tidak jauh dari situ.

"Sampai bila aku nak simpan perempuan ni dalam rumah ni. " Kata Raff.

Lama-lama simpan Hanania dalam rumah ni boleh menjejaskan kerja nya. Dia tak nak Hanania tahu akan pekerjaannya.

Raffael menghampiri Hanania dan berdehem. Hanania berpaling.

"Awak.". Sapa Nia.

Raffael menyeluk kedua tangannya dalam poket persis lelaki macho gitu.

"Kau buat apa sorang-sorang kat sini?". Tanya Raff.

"Saja. Ambik angin." Jawab Nia.

"Kau nak balik ke?". Tanya Raff lagi.

Hanania mendongak memandang Raff.

"Boleh ke?". Soalan dibalas soalan.

"Well..boleh tu boleh cuma aku tak sure keselamatan kau terjamin ke tidak. " Jawab Raff.

" Kenapa diorang buru saya?? Saya ni bukan anak raja pun nak kena buru-buru ni. " Keluh Nia.

Entah bagaimana dia tiba-tiba kena buru dengan orang yang tidak dikenalinya.

Lepastu terjebak pulak dengan lelaki bad boy ni. Yang pasti sejak dia berjumpa lelaki ni, dia kerap ditimpa masalah.

"Sebab kau jumpa aku. Sebab kau kenal dengan aku." Kata Raff namun hanya bergema di ruang hatinya.

Dia tak boleh memberitahu Hanania kenapa dirinya diburu. Banyak pula soalan ditanya gadis ni.

"Kalau kau nak balik , aku boleh hantar kau balik. Tapi bukan rumah sewa tu lagi. Rumah tu aku dah uruskan. " Kata Raff.

Hanania langsung tak faham apa yang dikatakan Raffael namun apa yang dia faham akhirnya lelaki ni membenarkan dia balik ke rumah.

Dia yakin yang Sofea pasti risaukannya.

"Ye ke?? Kalau macam tu jom lah hantar saya balik sekarang." Kata Nia.

Raffael mengangguk.

---------

Raffael dan Hanania tiba di rumah Sofea.

Hanania menekan butang loceng dan tidak lama kemudian , pintu pagar terbuka.

"Nia!!!". Jerit Sofea lalu meluru kearah Hanania dan memeluk erat tubuh sahabatnya itu.

Hanania membalas pelukan itu. Dia tahu yang sahabatnya itu risaukannya.

"Kau pergi mana pompuan?!! Risau gila aku dekat kau!!". Marah Sofea.

"Alaa.. sorry la. Aku tak bermaksud nak buat kau risau. Sorry ok." Kata Nia.

"Kau pergi mana??". Tanya Sofea.

"Err..aku..aku ada hal sikit nak kena handle lately ni. Tapi hal aku dah settle maybe so aku takkan buat macam tu lagi ok." Pujuk Nia.

Raffael berdehem. Boleh pulak dua orang ni tak nampak dia macam tunggul kayu kat situ.

"Eh..awak dekat sini lagi ke? Ingat dah balik." Kata Nia. Dia terlupa pula pasal Raffael ni.

"Kau taknak ke barang-barang kau ni?". Tanya Raffael

Hanania memandang handbag nya dan baju yang dibeli oleh Raff sepanjang dia berada di rumah Raffael.

"Eh sorry. Saya terlupa." Hanania mengambil barangnya dari tangan Raff.

"Aku pergi dulu." Tanpa menunggu balasan dari Hanania mahupun Sofea, macam biasa Raffael terus berlalu pergi.

"Mana kau jumpa mamat sombong ni. Aku rasa aku pernah nampak muka dia. Kat mana ye?". Tanya Sofea.

"Takyah la cakap pasal dia. Kau tak nak ajak aku masuk ke?". Perli Nia.

Sofea tersengih dan menarik tangan Sofea. Hanania tidak menceritakan apa-apa pada Sofea.

Dia tak nak membebankan lagi sahabatnya itu. Cukuplah dia dah buat Sahabat nya risau beberapa hari ni.

Hanania menjalani hidupnya seperti sedia kala. Kadang kadang ada la jugak teringat kan lelaki tu.

"Nia...kau tahu tak Tuan rumah sewa kita tu kan dah tak bagi kita tinggal rumah tu lagi. Dia suruh Kita pindah tempat lain." Kata Sofea.

"Owh ye ke?". Tanya Nia sekadar tanya. Dia sudah mengetahui tentang itu daripada Raffael.

"Haah aku pelik la jugak. Kau rasa rumah tu ada hantu ke Sebab tu tuan rumah tu dah tak bagi kita duduk situ." Tanya Sofea membuat Nia tergelak.

"Asal kau ketawa?". Tanya Nia.

"Hahaha...kau ni mengarut la. Mana ada hantu dalam dunia ni. Mana la tahu tuan rumah tu nak pindah ke ada masalah ke apa ke kita mana tahu. Pandai-pandai je kau cakap hantu la." Kata Nia dalam gelak.

Sofea menampar lengan Hanania bertalu-talu. Geram kerana Hanania tertawakannya.

"Tak nak kawan dengan kau." Rajuk Sofea.

"Alolo...okk sorry ii. Jangan la merajuk. " Hanania memeluk Sofea tanda pujuk.

"Amboii..geli mummy tengok korang berdua ni. " Tiba ii Datin Maria menegur mereka.

Mereka serentak berpaling ke arah Datin Maria.

"Hanania ni gelakkan Fea mummy. Sampai hati dia." Kata Sofea.

Hanania tergelak kecil melihat telatah kawannya ni.

"Alaa..gurau sikit pun dah merajuk." Kata Nia.

"Dah dah...jom tolong mummy berkebun belakang rumah tu."

Mereka berdua lantas mengekori Datin Maria. Datin Maria memang suka berkebun.

Belakang rumahnya sangat cantik dengan landskap landskap. Penuh dengan tanaman bunga. Nyaman je duduk di situ.

TBC

#VOTEANDCOMMENT

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now