PART 31

13.9K 536 7
                                    

Dato'Ghazali menyelak beberapa dokumen yang diberikan oleh Imran , anak tirinya.

Saat dia asyik menyemak dokumen-dokumen itu , beliau tiba-tiba terpandang satu frame gambar.

Gambar itu lengkap dengan keluarganya dahulu. Dalam gambar itu, ianya seperti sebuah keluarga yang bahagia.

Raffael waktu itu masih berumur 6 tahun dan senyuman yang terukir di wajah Raff ketika itu membuat Dato' Ghazali tersentuh.

Sekarang susah nak tengok Raffael senyum macam tu. Selepas kematian isterinya , Raffael berubah menjadi anak yang kurang ajar terhadapnya.

"Syarikat papa sepatutnya kamu yang urus Raff. Kamu anak kandung Papa tapi sekarang Papa terpaksa serahkan syarikat ini dekat Imran. " Katanya.

Jauh dari sudut hatinya , dia ingin anak kandungnya itu yang mewarisi Syarikatnya kerana itulah yang seharusnya.

Namun sekarang dia kena berikan syarikat itu pada seseorang yang bukan darah daging nya.

Tok..tok..tok..

Pintu biliknya diketuk.

"Masuk.".

Seorang lelaki yang dalam lingkungan 50-an lengkap berpakaian peguam melangkah ke meja Dato'Ghazali.

"Selamat pagi Dato'". Ucap peguam itu.

"Pagi. Seat. "

Peguam itu menarik kerusi dan melabuhkan duduknya.

"Ni dokumen yang Dato ' nak saya siap kan." Kata peguam itu.

Dato' Ghazali mencapai fail itu dan melihat isi dokumen itu.

"Terima kasih. Nanti saya masukkan duit dalam akaun you. " Kata Dato'Ghazali.

"Baik. Err..Dato' yakin ke dengan keputusan Dato'. Mungkin ia akan menimbulkan masalah di depan hari nanti. "Nasihat peguam itu.

"Saya akan tanggung risiko itu. Jangan risau." Kata Dato'Ghazali dengan yakin.

Peguam itu sekadar mengangguk.

"Tak pe lah kalau Dato' cakap macam tu. Saya cuma takut bahaya untuk Dato ' je. Orang macam diorang bahaya and susah untuk kita jangka langkah mereka. Saya takut Dato ' jadi sasaran mereka je."

"Saya faham. Jangan risau. "

"Kalau macam tu saya minta diri dulu. Assalamualaikum Dato'."

"Waalaikumsalam."

-----------------

Raffael sedang meneliti senjata baru. Malam esok dia kena fly ke Bangkok untuk berniaga.

"Barang ni baik Raff. Clien kita nak barang ni malam esok. Diorang tunggu kat sempadan Thailand." Kata Harris.

"Faham. Malam line clear sikit. Lagipun sempadan Thailand ketat kawalan dia. Aku harap klien kita tu pandai la pilih tempat supaya tak tertangkap." Kata Raff.

"Nanti aku check balik kat mana dia nak jumpa. Yang penting barang ada dengan kita." Kata Harris.

Raffael mengangguk.

"Btw , bini kau tahu ke yang kau kena fly ke Bangkok esok. " Tanya Harris.

"Tak. Aku tak bagitahu apa-apa pun."

"Habis tu apa kau nak cakap dekat dia? " Tanya Harris.

Raffael mendiamkan diri.

Hanania belum tahu apa-apa tentang dirinya. Kalau Hanania tahu , sudi ke gadis tu menerima dirinya.

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now