Sofea mendail nombor Hanania berkali-kali. Dia lupa nak bagitahu Nia yang dia balik rumah parents nya.
"Mana Nia ni?? Banyak kali aku call ,tak angkat-angkat pun. Suka sangat buat aku risau dia ni." Bebel Sofea.
"Sofea..kenapa macam risau je ni ?Ada masalah ke ??". Tanya Datin Maria.
"Ni haa.. puas Fea call Nia tapi dia tak angkat-angkat pun. Tadi dia kata ada benda nak diuruskan tapi sampai sekarang tak call Fea. " Jelas Sofea.
"Bateri dia habis kot. Dah la tak yah risau sangat. Jom kita makan. Makanan bibik dah siapkan dah."
Sofea mengangguk dan melangkah ke dapur.
-----------
Nia terpisat-pisat membuka matanya. Membuntang matanya melihat rumah mewah di hadapan nya ni.
"Mak aihh.. Besar gila rumah ni. Rumah sape ni??". Kata Nia.
"Rumah aku." Kata Raff menyentakkan Hanania.Hanania berpaling memandang Raff. Lupa pula dia duduk dalam kereta dengan lelaki bad boy ni.
Cakap pasal bad boy , Hanania terus sedar dan mengingati kejadian dalam kereta tadi.
"Awak buat apa kat saya??". Tanya Nia dan menilik tubuhnya.
Raff memandang Nia hairan dan mula faham apa yang difikirkan gadis ini. Raff tersenyum.
"Kenapa?? Kalau aku ada buat apa-apa kat kau...kau nak buat apa?". Tanya Raff dan mendekatkan wajahnya pada wajah Hanania.
Tangan kanannya diletakkan di cermin dan tangan satu lagi disandarkan di kerusi Nia.
Nia sekarang tersepit di tengah-tengah.
Hanania memejamkan matanya. Tak sanggup nak menatap mata lelaki tu. Silap hari bulan ada jugak yang kena serangan jantung.
Raff mendekatkan bibirnya ke bibir Nia. Nia dapat rasakan nafas Raff menghembus wajahnya. Jantung nya berdegup kencang.
Klik
Raff membuka tali pinggang Nia. Nia membuka matanya kembali.
"Dah turun. Kau nak tidur dalam kereta ke??". Kata Raff dan keluar dari keretanya.
Hanania juga turut turun.
"Kenapa awak bawa saya ke sini? Saya nak balik rumah kawan saya." Kata Hanania tak puas hati.
Walaupun rumah ni mewah gila tapi dia tak sanggup nak duduk serumah dengan lelaki yang tak dikenalinya.
Raff tak menjawab pertanyaan Nia dan terus melangkah masuk ke rumah agam itu.
"Awaakk!!". Jerit Nia. Geram rasanya lelaki itu tidak mengendahkannya.
"Kau nak masuk ke tak nak?? Kalau tak nak kau tidur la kat luar tu." Kata Raff yang sudah berdiri di hadapan pintu.
Hanania serba salah nak masuk dengan tak nak masuk. Akhirnya dia buat keputusan untuk masuk juga.
Dia yakin lelaki ni takkan hantar dia balik rumah Sofea malam ni. Tapi dia akan pastikan esok lelaki ni menghantarnya.
Hanania melihat dekorasi rumah itu. Seolah-olah bermimpi yang dia sedang berada di rumah semewah ini.
"Ni rumah ke istana tho?". Desisnya dalam hati.
Seorang wanita yang sedikit berusia menyapa Hanania yang masih asyik melihat ruangan tamu itu.
"Cik Hanania." Sapa Mak Som. Hanania terus memandang wanita itu dan mengukirkan senyuman.
"Ni mak dia ke??". Monolognya dalam hati.
"Mak Som , tunjukkan dia mana bilik dia. ." Arah Raff dan terus naik ke biliknya.
"Baik. Hanania jom ikut Mak Som. Mak Som tunjukkan bilik Hanania." Kata Mak Som dengan ramah.
Hanania mengangguk. Nak tak nak dia terpaksa la bermalam kat sini. Kehadiran Mak Som melegakan hatinya.
Sekurang-kurangnya dia bukanlah berdua-duaan dengan lelaki tu dalam rumah ni.
Hanania mengikuti Mak Som dari belakang dan tiba di sebuah bilik. Mak Som membuka pintu bilik itu.
Hanania terkesima. Tak pernah dia lihat bilik sebesar alam dan secantik ni dalam hidupnya.
"Ni bilik Hanania ke Mak Som? " Tanya Nia seperti tidak percaya.
"Ye. Ni bilik Hanania. Tuan Raff arahkan Mak Som untuk kemaskan bilik ni tadi untuk Hanania." Jawab Mak Som.
Hanania melangkah masuk ke bilik mewah itu. Ni bilik ke ruang tamu weh..luas gila.
Hanania melangkah ke katil bak raja itu dan membaringkan dirinya.
"Empuk nya katil ni." Kata Nia.
"Hanania rehat la dulu ye..Mak Som keluar dulu." Kata Mak Som.
"Baik Mak Som. Terima kasih. Selamat malam." Hanania mengukirkan senyuman pada Mak Som.
"Dia ni kerja apa sampai ada rumah macam istana ni?". Monolog Hanania.
Hanania melihat ruangan bilik itu. Dalam mimpi pun dia tak pernah terbayang kan bilik seumpama ini.
Hanania melangkah ke ruangan meja makeup. Macam-macam jenis makeup ada di atas meja itu.
Untung orang yang dapat kahwin dengan lelaki ni. Dah la handsome , kaya nak mampus pulak tu.
Tapi dia kerja apa sampai kaya macam ni. And dia duduk sorang je ke dalam rumah ni.
Semasa dia masuk rumah ni tadi , dia tak nampak pun gambar keluarga lelaki ni.
Hanania malas memikirkan perkara ini. Lebih baik dia nikmati kemewahan sementara ni dulu. Esok dia nak balik rumah Sofea dah.
Tak nak duduk lama-lama kat sini. Kang nanti jadi lain pulak. Hanania membaringkan tubuhnya ke tilam empuk itu.
Tidurnya pasti lena bila tidur atas katil seempuk ni.
TBC
SORRY PENDEK SANGAT BAB NI.AUTHOR BUSY SIAPKAN HW AND IDEA PUN JADI TERSANGKUT.
#VOTE
#COMMENT
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Bad Boy
Misterio / SuspensoHanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam...