PART 12

14.3K 701 11
                                    

Hanania terus masuk ke biliknya. Dia masih lagi terkejut dengan kejadian sebentar tadi.

Lelaki itu berani betul tiup wajahnya. Laki itu ingat dia ni apa ??

"Kau pun satu Nia...bukan ke sebelum ni kau tahu dia bad boy camtu , yang kau berani masuk kereta dia kenapa??". Hanania mengetuk kepalanya sendiri.

Rasa bodoh pulak dekat diri sendiri. Hanania memukul bantal semahunya.

Hanania menyentuh wajahnya. Masih terasa hembusan nafas lelaki itu  sebentar tadi.

Tak dinafikan yang dia terbuai dengan perlakuan lelaki itu. Pandai betul lelaki itu membuatnya terbuai tanpa dipinta.

Sah dia dah angau dengan lelaki bad boy itu. Lelaki itu betul-betul menarik perhatian nya.

Dia tak tahu ini cinta atau tak tapi dia betul-betul rasakan yang dia selesa dengan lelaki itu.

"Tapi apa nama laki tu ek.. adoii aku lupa la pulak. Hari tu dia ada cakap time dalam lif. "Monolognya.

Hanania cuba mengingat kembali nama lelaki itu.

"Ermm...Aayy...eh bukan Raa.. Haihs apa ye nama laki tu.". Hanania mengetuk kepalanya kembali supaya otaknya berjalan tapi takde beza pun.

Kenapa la susah sangat nak ingat nama laki tu. Tu lah time dia cakap kau jual mahal. Kan sekarang dah menyesal.

Apa nama laki tu??!!

Pintu bilik Nia diketuk. Pasti Sofea.

"Kacau betul lah minah ni." Desis Nia.

Nia bingkas bangun dan membuka pintu.

Sebaik sahaja dia membuka pintu,dia melihat seorang lelaki memakai mask. Hanania cuba menutup kembali pintu itu dengan segala kudratnya.

Tapi apakan daya tenaga seorang perempuan melawan tenaga seorang lelaki.

Hanania menjerit dan berundur ke belakang.

"Kau sape??!! Kau nak apa hah?!!". Tanya Nia. Dia mencampakkan semua barang yang mampu dicapainya kearah lelaki itu.

Lelaki itu tak menjawab dan mengeluarkan pistol. Hanania terkejut melihat pistol ditangan lelaki itu.

"Tolong jangan bunuh aku..". Rayu Nia.

"Kalau kau nak duit aku boleh bagi.. tapi tolong jangan bunuh aku.." Katanya lagi.

"Diam!! Aku tak nak duit kau!". Lelaki itu semakin menghampiri Hanania.

Hanania cuba untuk lari dari situ ,namun lelaki itu terus mengugutnya.

"Jangan lari!! Kalau kau gerak sikit pun , aku akan tembak kau faham tak!!". Ugut lelaki itu.

Langkahnya terhenti. Air matanya laju mengalir. Sungguh dia takut sekarang. Lelaki ni nak apa darinya? Dia bukan lah anak orang kaya kalau nak duit pun.

Tiba-tiba Hanania melihat lelaki bad boy tadi berada di belakang lelaki yang memegang pistol itu.

Raff mengisyaratkan supaya diam dan jangan melihat dirinya. Hanania yang faham akan isyarat itu memandang lelaki itu.

"Kau nak apa hah??". Tanya Hanania lagi.

Raff perlahan-lahan mendekati lelaki yang memegang pistol itu.

Silap langkah ,lelaki itu pasti akan melepaskan peluru pada Hanania dan dia tak nak itu terjadi.

Semasa dia tinggalkan Hanania tadi ,dia rasa tak sedap hati untuk biarkan Hanania balik sorang-sorang.

Jadi dia buat keputusan untuk mengawasi Hanania sampai Nia tiba di rumah sewa.

Baru sahaja dia nak beredar , dia nampak seorang lelaki mencerobohi  rumah Nia. Raff terus mendail nombor anak-anak buahnya.

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now