Pada masa yang sama juga bertubi-tubi tembakan ke arah Raffael.Hanania tergamam melihat Raff ditembak berkali-kali di depan matanya.
Raffael terjelopok jatuh di atas lantai.
"Ja..jangan..bi..biar jantan...ni..tangkap..kau..".Kata Raff dalam kesakitan.
Air mata Nia bercucuran jatuh.
"Aydan...".Panggil Nia dalam esakan tangisan.
"Aku...tak..pernah..bagitahu..kau...benda ni..Dengar baik-baik sebab...lepas ni kau takkan..ugh..dapat dengar lagi...Hanania Qistina...I...Love...You...so...Much...My angel...baby..".Kata Raff dan terus memejamkan matanya.
"Aydan!!!".Jerit Nia dalam tangisan.Tangisannya tersedu-sedu.
Entah kenapa hatinya bagai dihiris pisau saat ini.
Dia tak nak kehilangan suaminya lagi.Dia tak kuat.
Mungkin mereka berkahwin secara tiba—tiba namun Nia dah mulai jatuh cinta pada lelaki bernama Aydan Raffael.
Serentak itu , Hanania terus terjaga dari mimpinya.Dadanya turun naik kerana mimpi itu.Hanania memegang pipinya yang basah.Dia menangis.Dahinya juga sudah berpeluh walaupun suhu biliknya agak sejuk.
Terus otaknya ligat teringatkan mimpi itu tentang Raff.Hanania terus bingkas bangun berlari kearah bilik Raffael dengan mukanya yang masih lagi menangis.
Pintu bilik Raff diketuk berkali-kali dan Nia memanggil Raff berkali-kali.
"Awak!!Awakk!! Aydan!! Awak!!".Panggil Nia berkali-kali dan bertubi-tubi dia mengetuk pintu bilik Raff.Macam nak pecah pintu itu diketuknya.
Raffael yang masih menyemak tentang bisnesnya terus membuka pintu apabila mendengar suara Nia memanggilnya berkali-kali.
"Apa benda yang bising ma..."Raffael tak sempat nak membebel pada Nia kerana sebaik saja dia membuka pintu Hanania terus memeluknya erat dalam keadaan menangis teresak-esak.
Raff terkaku sebentar.Tak pernah dia melihat Hanania menangis sebegini rupa.
"Kau kenapa ??". Tanya Raff.
Hanania tak menjawab dan masih menangis di bidang dada Raff.
Dia takut.Takut kalau mimpi itu jadi kenyataan.Dia tak bersedia untuk kehilangan lelaki yang baru dia cintai ini.Hanania memeluk Raff lebih erat.
Raff membalas pelukan Hanania walaupun dia tak faham kenapa Hanania menangis macam ni.Dia mengusap belakang Nia dengan lembut dan mengusap rambut Hanania untuk menenangkan Nia.
Akhirnya , Hanania sudah tenang dan perasaannya juga sudah reda.
Raff memimpin Hanania masuk ke biliknya.Mereka berdua duduk di atas sofa yang sudah sedia ada dalam bilik Raff.
Raff memandang wajah Nia yang sembap kerana menangis.
"Now tell me.Kenapa kau nangis macam ni hm..". Tanya Raff lembut dan mengusap pipi Nia.
"Sa-saya mimpi buruk..".Jawab Nia.
"Kan tu Cuma mimpi je.Kenapa nak serious sangat ?".Kata Raff pula.
"Tapi mimpi tu seolah-olah real.Lagi-lagi bila awak di...".Hanania baru tersedar yang dia hampir memberitahu Raff jika dia bermimpi tentang lelaki ini.
Kalau dia bagitahu Raff yang dia mimpi pasal lelaki ini ,mesti Raff akan fikir dia mengarut.
"Aku ?? Kau mimpi pasal aku ke ?". Duga Raff.
Hanania menggeleng laju.
"Bukan!! Saya mimpi...erm...saya mimpi...".Hanania tak nak bagitahu Raff tentang mimpinya.
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Bad Boy
Misterio / SuspensoHanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam...