PART 49

11.3K 464 28
                                    

Perlahan-lahan Imran meleraikan tali yang diikat di tangan Nia.

Nia bangun dengan agak payah kerana sakit di bahagian abdomennya akibat ditumbuk oleh Imran.

Baru sahaja Raff ingin mencapai Hanania , Imran dengan pantas  mengeluarkan pistol nya dari poket dan mengacukan pistol itu di kepala Hanania.

Raffael terus mematikan langkahnya dan terkejut dengan tindakan Imran.

"IMRAN!! JANGAN KAU BERANI!!". Tengking Raff.

"Jatuhkan semua senjata kau dan anak buah kau kalau kau tak nak bini kau mati depan mata kau!!". Arah Imran tegas.

Raff terus menjatuhkan pistolnya.

"Jatuhkan senjata korang!!". Arah Raff pada anak buahnya.

"Tapi Raff kitorang boleh tembak terus si Imran ni!!".Kata Harris.

"JATUHKAN SENJATA KORANG BODOH!". Marah Raff.

Imran ketawa besar melihat ketakutan di wajah Raff.

Hanania pula sudah menangis kerana ketakutan.

Sungguh tidak sangka , dia akan mengalami pengalaman bengini dalam hidupnya.

"Lepaskan Hanania Imran..". Raff cuba bertutur dengan lembut agar Imran tidak mengapa-apakan Nia.

"Huh.. reti jugak kau cakap elok-elok eah. Tapi ini belum cukup untuk aku. Aku nak kau merayu lagi Raffael. ". Arah Imran.

Raff teragak-agak untuk menuruti perintah Imran.

Merayu dengan manusia yang paling dibencinya adalah perkara mustahil. Namun merisikokan nyawa Hanania juga adalah perkara yang lagi mustahil untuknya.

Imran mengacah untuk menekan picu pistol itu.

"Lepaskan dia please..Kau nak ambik nyawa aku silakan tapi bukan Hanania. Dia tak tahu apa-apa tentang ini.". Kata Raff dengan lembut.

"Aydan!! No!!". Halang Nia.

Hanania tahu yang Raff sangat benci Imran.

Dia tak nak Raff menjatuhkan egonya hanya disebabkan dia.

"Shut up!!". Marah Imran pada Nia.

"Belum cukup untuk aku lagi..Aku nak kau melutut depan aku.". Kali ini Imran lebih rancak untuk menjatuhkan Raff sebelum dia membunuh Raff.

Dia ingin Raff tunduk kepada nya. Selama ni Raff besar kepala dan sentiasa menindasnya.

Kali ini dia tak ingin kalah dengan Raffael lagi.

"Jangan!! Jangan jadi lemah depan dia hubby!!! Tolong lahh!! Saya tahu awak bencikan dia!! Jangan lemah sebab saya hubby..". Rayu Nia sambil menangis.

"Kau nak aku pecahkan kepala kau ke hah perempuan?!!!". Marah Imran dan menekankan dengan kuat pistol ditangannya di kepala Nia.

"No!! Aku..aku akan ikut kehendak kau. Please jangan bunuh dia.".

Kata Raff dan dalam keterpaksaan akhirnya Aydan Raffael yang selama ini pantang menunduk di hadapan sesiapa akhirnya jatuh di hadapan musuh ketatnya sendiri.

Raff semakin menghampiri Imran dengan menggunakan kedua lututnya.

"Please..lepaskan Hanania Imran...Dia tiada kena mengena dengan masalah kita berdua. Kau berdendam dengan aku so lunaskan dendam kau dekat aku. Bukan Hanania...". Rayu Raff sambil memegang kaki Imran.

Semua anak buah Raff terkejut dengan tindakan Raff.

Harris memejamkan matanya melihat sahabatnya tunduk di hadapan musuh ketatnya sendiri.

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now