PART 41

12.6K 517 6
                                    

Hanania terpisat-pisat bangun dari tidur namun dia merasa sedikit hangat.

Nia membuka matanya dan terbeliak melihat wajah Raff sangat hampir dengannya.

Lebih membuatnya terkejut , dia kini berada dalam pelukan Raff.

Otaknya serta merta teringat akan cerita semalam. Baru dia ingat , semalam dia akhirnya menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri secara sah.

Tidak ada perasaan menyesal walaupun sedikit dalam hatinya.

Nia memandang wajah Raff. Betapa cintanya dia pada lelaki ini.

Wajah Raff nampak tenang sangat bila dia tidur. Nia mengusap wajah Raff dengan belaian lembutnya.

Raff membuka matanya. Hanania tersentak.

"Good morning sayang...". Ucap Raff.

"Morning hubby..". Balas Nia.

"Lena tak tidur ? Ada sakit kat mana-mana ke ?". Tanya Raff dengan soalan yang mampu buat Nia malu.

"Apa punya soalan laa..".Kata Nia perlahan. Raff tersenyum melihat Nia malu.

"Betul laa..mana tahu ada sakit kat mana-mana ke ?? Boleh tolong ubatkan..". Kata Raff lagi.

Nia menutup mukanya dengan comforter. Dia menyembunyikan wajahnya dalam comforter itu.

"Alolo..sian dia malu..Ok lah ii.. aku nak pergi mandi ni. Nak ikut tak ?". Tanya Raff.

"Tak nak !!". Jawab Nia yang masih sembunyikan diri dalam selimut itu.

"Alaa..jom laa." Raff menarik selimut yang menutup wajah Nia namun Nia mengenggam erat selimut itu.

"Tak nak sudah. Rugi tauu. Betul ni tak nak..". Tanya Raff sekali lagi.

"Yee!!".

Raff menggelengkan kepalanya dengan sikap comel Nia.

Dia terus melangkah ke bilik air.

Nia membuka perlahan-lahan selimut itu dan mengintai Raff yang sedang melangkah ke bilik air.

Sebaik sahaja bayang Raff menghilang dalam bilik air dia menarik nafas lega.

Suka betul buat orang blushing pagi-pagi macam ni.

Bebelnya dalam hati.

Nia mengemaskan tempat tidurnya. Dia kemudiannya membuka tirai yang menghalang cahaya masuk ke bilik itu.

"Haa kan terang sikit. Ni tak , dah la bilik ni warna hitam , semua hitam pastu tak bukak langsir pulak macam bilik hantu. " Bebel Nia.

"Amboii..kutuk bilik orang nampak. " Hanania terus berpaling apabila mendengar suara Raff dari belakang.

Raff mengenakan bathrobe sahaja. Hanania terus memalingkan tubuhnya semula.

Raff memeluk Nia dari belakang.

Hanania terjerit kecil kerana terkejut.

"Awaakk..apa ni.. pergi la pakai baju. Habis baju saya basah.". Kata Nia.

"Semalam bukan main lagi. Tiba-tiba pulak pagi ni malu-malu kucing." Sakat Raff lagi.

"Aydan!!". Hanania mencubit lengan Raff. Raff tergelak. Suka benar dia buat gadis ni malu.

Raff mencium leher jinjang Nia. Nia mengeliat.

"Pergi laa pakai baju. Awak tak kerja ke ? Biasanya awak selalu keluar kan?". Tanya Nia.

Bukan niat nak halau Raff dari rumah nya sendiri tapi kalau lelaki ni duduk rumah seharian boleh lemah jantung dia dibuatnya.

"Tak suka aku duduk rumah ke?". Tanya Raff.

"Bukan macam tu. Saya cuma takut awak terlewat pergi kerja ke apa..". Terang Nia.

"Ye la.. aku nak keluar lepas ni. Lepas ni kau ada nak gi mana-mana ke ?". Tanya Raff.

"Boleh ke saya keluar ?". Tanya Nia dengan mata bersinar-sinar.

Kalau diizinkan Raff dia nak pergi rumah Sofea. Dah lama dia tak jumpa mak angkatnya itu.

"Boleh. Tapi... bagitahu aku kau nak keluar dengan siapa and pergi mana..". Kata Raff.

"Saya nak pergi rumah Sofea. Dah lama tak jenguk mummy." Kata Nia.

"Sofea datang ambik ke?".

"Haah. Kitorang janji nak jumpa tempat biasa lepas tu terus pergi rumah dia.".

"Okay. Tapi jangan balik lambat faham. Bila aku balik , jangan kau tak balik lagi sudah. Boleh?". Tanya Raff.

"Okay boss. Thank you." Kata Nia dengan happy.

"Amboi happy nya dia. Sayang sangat dekat Sofea tu.". Raff acah jealous.

"Takkan la dengan Sofea pun nak jealous.."

"Jealous la.. kau macam lagi suka jumpa dia lagi dari aku. Mestilah aku jealous." Kata Raff.

"Eii.. macam budak-budak. Saya jumpa awak 24 jam dah. Tak cukup lagi ke ?".

"Tak..".

Nia mengeluh. Penat cakap dengan lelaki ni. Ada je benda yang nak dibalasnya.

"Dah la..penat cakap dengan awak ni. Tak pernah menang. Pergi pakai baju.". Nia menolak Raff perlahan ke almari baju.

Namun saat dia menolak Raff , dia terlihat ada sesuatu di belakang leher Raff.

"Eh jap..". Kata Nia.

"Ha kenapa pulak. Tadi bukan main suruh orang cepat. " Kata Raff dan ingin berpaling ke belakang namun Nia menyekatnya.

Nia menjinjingkan kakinya untuk melihat dengan lebih jelas.

Nia menyentuh leher Raff yang mempunyai seperti tatu kecil berbentuk burung.

"Apa ni ?". Tanya Nia.

Raff tersentak apabila tangan Nia menyentuh tatunya.

Dia terus berpaling dan menepis tangan Nia.

Nia memandang Raff dengan seribu persoalan.

"Itu...tatu ke??". Tanya Nia teragak-agak.

"Tak penting. Dah la aku na keluar ni.". Raff berkira-kira nak pergi namun Nia mencapai lengan Raff.

"Jujur dengan saya please..Is that tattoo ??". Tanya Nia.

Raff mengeluh.

"If i say yes , kau marah ke ?". Tanya Raff pula.

"So betul la itu tatu kan ?".

"Yes. Itu tatu. It's called little phoenix." Jawab Raff.

Nia mengangguk.

"Are you mad ?". Tanya Raff dan mengenggam tangan Nia.

Nia menggelengkan kepalanya.

"Kenapa saya nak marah.. lagipun tatu tu dah lama awak buat. Sebelum jumpa saya lagi maybe. So it's okay." Jawab Nia dan memandang wajah Raff.

"Really ? Kau tak marah ?". Tanya Raff untuk kepastian.

Nia tersenyum dan mengangguk.

"Thank you." Raff terus meraih tubuh Nia ke dalam pelukannya.

Nia membalas pelukan itu.

Nia tahu yang Raff mempunyai banyak rahsia tentang dirinya sendiri.

Namun cukuplah dia kenal dan yakin bahawa lelaki yang dia peluk ini adalah diri lelaki ini  yang sebenar.

Sisi Raff yang lain biarlah dia tunggu Raff bersedia unuk memberitahu nya.

TBC

SORRY TAK BEST PART KALI NI. AUTHOR TAKDE IDEA DAH HUHU :(

#VOTE
#COMMENT

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now