Hanania berjalan seorang diri dalam gelap. Tadi dia nak pergi beli makanan ringan kat kedai runcit yang berhampiran dengan rumah sewanya.
Dia ingat nak ajak Sofea teman dia tadi , tapi kesian pula kalau kacau Fea buat assignment.
Lagipun rumah dengan kedai bukannya jauh sangat. Tapi tiba-tiba pula dia rasa seram sejuk jalan sorang ii macam ni.
Jalan pula lenggang je and tak de orang pula malam ni.
Hanania menepis perasaan takutnya itu dan meneruskan langkahnya. Namun tiba-tiba muncul sebuah van hitam berhenti di hadapannya.
Nia terkejut. "Ni apa kes berhenti tengah-tengah jalan ni". Desis nya dalam hati.
"Hai cik adik..sorang ke. "Tegur seorang lelaki yang berada dalam van itu.
Hanania tidak menghiraukan nya dan cuba beredar dari situ. Namun lelaki itu lantas turun dan menarik Nia. Hanania menjerit namun hampa , takde orang.
"Tolong!!!". Jeritnya sekuat hati. Dia berharap sangat ada orang dengar jeritannya.
"Diam!!". Marah lelaki itu.
Hanania meronta dan cuba meleraikan dari cengkaman lelaki itu.
Lelaki itu mengemaskan lagi cengkamannya agar Nia tidak terlepas darinya.
Lelaki itu menolak kasar tubuh Nia dan baru sahaja tubuh nya hampir jatuh atas jalan , seorang lelaki lantas menghalang tubuh Nia dari terhempas atas jalan itu.
(Korang boleh bayang tak?? Author tak tahu nak jelaskan camna tapi haa camtulah. Hope korang faham la ye)
Tangannya menghalang kepala Hanania dari terhantuk dekat jalan tu dan menyebabkan tangannya terluka.
Hanania terkejut dengan keadaan itu. Haruman ni..dia macam pernah bau. Sekarang dirinya dalam dakapan lelaki itu.
Lelaki yang cuba menyerang Hanania tadi terus masuk dalam van dan beredar dari situ.
Hanania cuba bangun dan ingin melihat lelaki yang telah menyelamatkannya.
Lelaki itu menolong nya untuk bangun.
"Kau ok?". Tanya lelaki itu.
Hanania mendongak dan jantungnya terus berdegup laju.
Lelaki yang sejak kebelakangan ini sering menerpa di fikirannya dan membuatnya macam berada di alam lain.
Lelaki yang buat tidurnya tak lena. Lelaki yang membuat nya seolah-olah gila bayang.
"Hello! Kau pekak ke apa? Aku tanya kau ok tak?". Raff memetik jarinya di hadapan muka Nia membuat kan Nia tersentak.
"Hah?? Oh yeah..sa-saya ok. Thanks sebab selamatkan saya. ". Kata Nia.
"Ye..ni kau ni dah tak de kerja ke apa jalan sorang-sorang macam ni. Dah la tempat gelap pulak tu. Memang cari bahaya ke apa?". Tanya Raff.
"Mana ada..saya nak beli barang. Mana la tahu nak jadi camni.". Kata Nia.
"Apa-apa je lah Cik Takde Nama.". Sengaja dia tekankan Cik Takde Nama itu.
Cik Takde Nama?? Oh yeah, Nia lupa yang dia bagitahu yang dia takde nama hari tu time dalam lif.
"Nama saya Hanania , bukan Cik Takde Nama." Kata Nia.
"Tahu..dah pergi balik. Kalau jadi apa-apa nanti aku dah malas nak tolong." Kata Raff dan ingin beredar dari situ.
"Ehh jap. Tangan awak luka la.." Nia baru perasan tangan lelaki itu luka. Pasti sebab halang kepalanya dari kena jalan tar tadi.
Raff memandang tangannya.
"Sikit je. Dah pergi balik.". Kata Raff.
"Tapi tangan awak luka sebab selamatkan saya tadi." Kata Nia bersalah.
"Kau nak tolong rawat tangan aku ke. Jom la masuk kereta aku. Mana tahu kau boleh rawat benda lain jugak." Kata Raff seperti memaksudkan perkara lain.
Hanania tiba-tiba rasa cuak.
"Err.. tak pelah. Saya rasa luka awak kecik je. Awak boleh rawat sendiri rasanya. Btw thank you again sebab tolong saya. Bye." Kata Nia dan cepat-cepat pergi dari situ.
Kang tak pasal-pasal laki tu tarik dia masuk kereta nanti. Haihs seram beb.
Raff tersenyum. Senyuman dia tu boleh membunuh mana-mana perempuan yang memandang nya.
"Tahu takut..macam budak-budak. Nasib baik comel. "Kata Raff dan masuk ke keretanya kembali.
Raff baru sahaja balik dari Istanbul. Kebetulan jalan itu menuju ke rumah kondonya dan ternampak perempuan tu macam dalam kesusahan.
So Sebagai lelaki yang budiman lagi baik hati ,terpaksalah dia berlakon jadi hero yang selamatkan heroin.
Setibanya Nia di rumah sewanya , dia terus meletakkan barang yang dibelinya tadi atas meja.
Sofea yang baru turun hairan melihat Nia macam baru lepas kena kejar hantu tu. Dengan rambut yang serabai dan baju yang macam tak kemas.
"Beb!!". Sergah Sofea dari belakang.
"Oh mak kau meletup!!". Latah Nia.
Sofea tergelak besar mendengar Nia melatah.
"AHAHA!!!Bila masa mummy aku meletup ni." Kata Sofea dan diiringi gelak ketawa.
Nia menampar lengan Sofea bertalu-talu.
"Kau ni jahat la. Terkejut aku. Tak reti bagi salam ke apa?". Bebel Nia.
"Hahaha..kau tu yang macam lepas kena kejar hantu kenapa?". Tanya Nia.
"Bukan kena kejar hantu tapi kena serang dengan manusia yang macam hantu." Kata Nia.
"Hah?!!". Jerit Sofea. Nia menutup telinganya.
"Takyah la jerit. Macam la aku ni duduk berbatu ngan kau sampai nak kena jerit." Kata Nia dan menggelengkan kepalanya.
"Hehe sorry..kau kena rompak ke beb?? So kau ok tak ni?? Ada luka mana-mana tak?". Tanya Sofea gelabah.
Hanania tergelak lihat karenah sahabatnya yang tak betul ni.
"Aku ok je lah cuma...". Hanania kembali teringat akan lelaki yang selamatkan nya.
Lupa pula nak tanya nama laki tu apa. Tapi hari tu laki tu ada sebut namanya dalam lif.. apa ye??
"Weii!!! Aku tanya ni. Cuma apa?? Termenung pulak.". Tanya Fea dan membuatkan Nia tersedar dari lamunan.
"Tak de apalah. Aku ok je. Tak yah risau. "Kata Nia.
Dia bukan tak nak bagitahu Sofea tentang lelaki itu tapi dia faham benar perangai Sahabat nya ni. Suka sangat cakap benda mengarut.
"Betul ni?".
"Yee!! Dah la aku nak naik mandi dulu. Bersihkan badan.". Kata Nia dan terus naik ke biliknya.
"Ok..aku ambil tau air anggur yang kau beli ni!!". laung Fea.
"Ye..ambik laa." Jawab Nia dari atas.
TBC
SO SEPERTI DIJANJIKAN AUTHOR KATA NAK UPDATE 3 BAB HARI NI🥳. SO HERE YOU ARE🤗🤗.ENJOY YOUR READING☺️. BTW MACAM BIASA JANGAN LUPA VOTE AND KOMEN🌹🌹. KESIAN AUTHOR PENAT PERAH OTAK UNTUK KORANG EHEK🙁😂.LOVE YOU GUYS🥰🥰❤️
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Bad Boy
Mystery / ThrillerHanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam...