PART 10

15.4K 703 27
                                    

Imran melihat beberapa helai kertas yang diberikan anak buahnya sebentar tadi.

Kertas itu mempunyai semua maklumat tentang Hanania. Dia membelek satu persatu.

"Hanania Qistina..lawa . Boleh tahan jugak taste mamat ni." Kata Imran.

"Budak perempuan tu sekarang masih study dan 3 bulan lagi dia akan tamatkan pengajiannya." Terang anak buahnya.

"I see. Kalau macam tu kita tunggu 3 bulan lagi." Kata Imran.

"Tapi bos..bukan ke 3 bulan tu lama sangat." Tanya anak buahnya.

"Takpe..biar diorang bermanja-manja dulu. Lepas tu baru kita serang. Kita tunggu perempuan tu habis belajar dulu. Aku boleh tunggu untuk 3 bulan tu".

Sekarang dia nak fokus untuk meraih kepercayaan ayah tirinya dulu.

Sebaik sahaja dia dapat sepenuhnya kepercayaan dari papanya disitulah papanya akan menyerahkan syarikat international tu.

Dan pada masa yang sama , dia akan hapuskan Raffael. Musuh terbesarnya.

Kalau Raffael mati dulu sebelum dia raih kepercayaan ayah tirinya , tumpuan papanya mungkin terganggu sedikit dan dia mungkin akan disyaki.

Dia perlu atur rancangan dengan penuh teliti supaya rancangan nya tak memakan dirinya sendiri nanti.

*******

Raffael membahagikan duit yang diperoleh dari bisnes di Istanbul itu pada anak buahnya.

"Terima kasih Tuan. " Kata anak buahnya.

Raff mengangguk dan menyuruh mereka beredar dari situ.

"Tuan. Kita ada maklumat baru pasal Imran." Tiba-tiba salah seorang anak buahnya bersuara.

"Shit!! Korang boleh tak jangan spoilkan mood aku dengan sebut nama tak guna tu!!!". Marah Raff dan mengacukan pistol ke arah anak buahnya.

Anak buahnya terus melutut dan mengangkat tangannya.

"Ma-maaf Tuan.. to-tolong ja-jangan bunuh saya Tuan.." rayu anak buahnya itu.

"Raff..calm down. Letak pistol tu. Dia orang kau takkan kau nak bunuh dia. Bagi dia cakap dulu. Mana tahu maklumat penting." Pujuk Harris.

Raff ni bila marah habis semua benda depan dia ,dia tembak. Tak kira sape. Silap hari bulan dengan dia-dia kena tembak. Desis Harris.

Raff meletakkan pistolnya dan menenangkan dirinya. Dia memang tak suka dengar nama tu , automatik marahnya membuak.

"Bagitahu aku apa maklumat tu. Tapi make sure maklumat tu betul-betul penting. Kalau tak berapa penting , peluru ni akan tembus kau punya kepala. Faham!!". Tengking Raff.

Anak buahnya itu mengangguk dan menarik nafas. Cuba mengumpul keberanian untuk bercakap.

"Se-semalam Im..eh bu-budak tu ada siasat pasal seorang perempuan bernama Hanania Qistina.". Kata anak buahnya.

Dia tahu bosnya tak suka dengar nama tu jadi dia ganti dengan budak.

Raff bingkas bangun sebaik sahaja mendengar nama perempuan tu.

"Asal dia siasat pasal perempuan tu?? Dia nak apa dari perempuan tu?". Tanya Raff.

Dia tak faham kenapa Imran menyiasat tentang gadis itu.

"Dia syak yang gadis tu ialah girlfriend Tuan."

Mata Raff terus terbeliak.

"Girlfriend??!! Apa yang buat si gila tu fikir perempuan tu girlfriend aku?? HAHAHA!!!". Raff tergelak besar.

Boleh tahan bodoh jugak si Imran ni. Langsung tak de kena mengena tak pasal-pasal dikaitkannya.

"Mungkin orang-orang dia pernah nampak kau dengan perempuan tu kot." Sampuk Harris.

"Maybe. Eh wait.. nampaknya nyawa perempuan tu dalam bahaya la kan maknanya?".

Raff baru sedar secara tak langsung dia dah heret perempuan tu dan buat nyawa Hanania dalam bahaya.

"Nampaknya macam tu lah. Habis tu macam mana ni? Perempuan tu tak de kena mengena pun dalam hal ni. Kita tak boleh libatkan dia dan buat dia dalam bahaya." Kata Harris.

"Aku nak korang cari perempuan tu kat mana sekarang! Pastu informkan aku. Dah pergi!!". Arah Raff.

Tanpa Raff sedar ,Harris tersenyum penuh makna.

"Perempuan tu penting untuk kau bro.". Getus Harris.

Dia tahu Raff tak pernah kisah pasal Orang sekelilingnya terutama lagi perempuan yang baru dikenalinya .

Tak kira sama ada orang tu dalam bahaya ataupun tak , baginya itu bukan masalahnya.

Tapi kenapa Raff tiba-tiba kisahkan pasal perempuan bernama Hanania. Pasti perempuan tu ada sesuatu yang Raff nampak pada diri Hanania.

"Kau pandang aku macam tu kenapa?". Tanya Raff dan menyentakkan lamunan Harris.

"Tak de apa. Aku cuma fikir sesuatu je." Jawab Harris.

"Kau fikir apa?".

"Secret." Kata Harris dan terus beredar dari situ. Lama-lama duduk situ kang tak pasal-pasal kena tembak ngan Raff. Bukan boleh percaya sangat.

Telefon Raff bergetar menandakan ada seseorang chat. Raff membuka chat itu.

"Perempuan tu sekarang ada dekat kolej. Kejap lagi kelasnya habis." -Anak buahnya.

"Korang perhatikan perempuan tu baik-baik sampai aku datang. Jangan terlepas walau sesaat pun. Faham!!". -Raff.

"Baik Tuan."

Raff terus mencapai kunci keretanya dan menuju ke kolej Hanania. Dia tak tahu kenapa tapi dia tak nak perempuan tu dalam bahaya ataupun cedera.

Entah kenapa dia risau akan perempuan tu dan dia sendiri tak faham akan dirinya.

Raff akhirnya tiba di hadapan kolej Hanania. Dia melihat Hanania keluar dari kolej itu dengan Sahabat nya.

"Beb..lepas ni jom kita pergi makan dekat cafe baru bukak. " Kata Nia.

"Cafe baru bukak? Kat mana??". Tanya Sofea.

"Alaa..tak jauh pun dari rumah sewa Kita. Sekarang kita tunggu grab dulu. Aku dah call tadi sebelum keluar kelas." Kata Nia.

Dari jauh Raff memerhati Hanania dan kawannya. Entah apa yang diborakkan dua orang tu.

"Tak pasal-pasal kau terlibat sekali dalam masalah aku."Monolog Raff.

Jatuh kesian pulak dia dekat gadis itu. Kerana pertemuan yang tak disengajakan gadis itu dalam bahaya kerananya.

Dia takkan benarkan gadis itu dalam bahaya walau apa pun jadi. Dia akan melindungi gadis itu.

"Aku akan lindungi kau ,Hanania Qistina." Kata Raff.

Tiba-tiba Hanania terbatuk.

"Kau kenapa beb?". Tanya Sofea

"Tak tahu tiba-tiba je terbatuk.". Kata Nia.

"Nah ambik air ni.". Sofea menghulurkan air kosong dalam botol pada Nia.

Nia meneguknya dan masuk dalam grab yang dah sampai.

Tanpa mereka sedar , Raff mengekori mereka dari belakang.

TBC

MACAM BIASA JANGAN LUPA VOTE AND KOMEN READES SEKALIAN 🥰❤️



Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now