Hanania berasa sedikit sakit kepalanya. Dia cuba untuk bergerak namun dia baru menyedari bahawa tangannya diikat di kerusi.
Bukan setakat tangan namun kakinya juga diikat.
Dia melihat suasana sekelilingnya. Kelihatan seperti sebuah bangunan lama dan terbiar.
Hanania meronta untuk meleraikan ikatan di tangannya namun ianya terlalu ketat.
Dalam asyik Nia meleraikan ikatan di tangannya , dia mendengar tapak kasut yang menghampirinya.
Hanania melihat susuk tubuh yang tidak asing di ingatannya.
Imran. Nama itu terlintas di benak otaknya.
"Hey our lady girl dah bangun. Lena tidur ?". Tanya Imran dan mengampiri Nia.
Nia menjeling tajam Imran.
"Auch..jelingan maut. Hampir membunuh I ". Ejek Imran.
"Kau nak apa ha?? Nak burukkan suami aku lagi ke ??". Marah Nia.
"Uii garangnyaa...Ermm Aku tak nak apa ii dari kau cuma...". Imran menggantungkan ayatnya.
Dia menghampiri Hanania dan menyelak rambut Hanania dengan jarinya.
Hanania memalingkan mukanya tanda tidak suka akan perlakuan Imran.
Imran tersenyum sinis.
"Aku cuma nak..Aydan Raffael.". Bisik Imran.
Mendengar nama suaminya dipetik , Hanania memandang Imran dengan penuh tanda tanya.
"Apa maksud kau?? Kau nak apa dari dia ??". Tanya Nia.
"HAHA!! Naif betullah kau ni. Macam mana la Raff boleh kahwin dengan perempuan macam kau ni.". Kata Imran.
Panas hati Nia mendengar ejekan dari Imran.
"Aku tanya apa yang kau nak dari dia?!! Kenapa kau culik aku ha???!". Tengking Nia.
"Aku nak hancurkan hidup dia. Oopss bukan hancurkan tapi aku nak hapuskan dia terus. Biar lesap dari dunia ni. Sorry lah sebab kau terpaksa jadi janda di usia yang muda. Tapi takpe , aku kan ada. HAHAHA!!". Kata Imran.
Dada Nia turun naik menahan marah di hatinya.
Sekarang dia faham niat Imran menculik nya.
Imran tak nak apa-apa dari dia tapi Imran hanya menjadikan dirinya umpan untuk memancing Raff datang ke sini.
Dia tak boleh biarkan rancangan Imran berjaya. Dia kena lepaskan dirinya.
Namun , ikatan di tangan dan kakinya terlalu kuat.
Imran menghantar pesanan kepada Raff.
"Sabar yee kakak ipar..Abang akan datang tak lama lagi ok. Tunggu jee.". Kata Imran.
"Apa yang kau benci sangat dekat Raff hah?? Dia abang kau !". Kata Nia.
"HAHAHA!!! Apa dia ?? Abang ?? Raff abang aku?? HAHAHA!! Lawak karut apalah yang kau cakap ni. Dia cuma abang TIRI sahaja...". Sengaja dia menekankan perkataan tiri.
"He still your brother..".
"Huh..kenapa pulak aku nak anggap dia abang aku. Untuk pengetahuan kau , mak aku kahwin dengan bapak dia hanya untuk harta sahaja..Orang tua tu yang bodoh sangat sebab percayakan mak aku". Kata Imran sambil ketawa.
Apa yang lawak pun tak tahu lah.
"Sanggup kan kau hancurkan kebahagiaan keluarga orang semata-mata untuk harta..".
"Bukak mata kau perempuan..Kau hidup di zaman mana ni ha?? Zaman sekarang semua benda kena guna duit. Kalau kau takde duit , tempat kau tepi jalan. Kau faham tak?!!". Kata Imran.
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Bad Boy
Mystery / ThrillerHanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam...