PART 25

14.1K 628 19
                                    

Hanania menyarungkan busana putih pengantin itu. Dia melihat dirinya di hadapan cermin.

Baju ni muat dengannya. Pandai pulak bad boy tu teka saiz badan dia. Dia melihat dirinya yang sekarang ini memakai pakaian pengantin.

Hari ni merupakan hari perkahwinan nya dengan lelaki yang baru beberapa bulan dia kenal. Yang awalnya bertemu di lif dan beberapa minit lagi lelaki yang sama akan bergelar suaminya.

Tak pernah terlintas di fikirannya untuk berkahwin secara tiba-tiba begini.

"Betul ke apa yang aku buat ni?" Hm kalau aku lari sekarang sempat lagi rasanya." Desisinya.

Tapi semua persiapan sudah disiapkan. Raffael pun menunggu nya dibawah. Takkan la nak lari pulak.

Lagipun kalau dia lari pun pasti dapat ditangkap balik. Macam la dia tak kenal Raffael tu orang macam mana.

"Cik..dah siap? Jom turun." Kata seorang gadis yang menguruskan persiapan kahwin ini.

Hanania menarik nafas panjang dan menghembusnya. Sedia atau tak , dia dah tak boleh patah balik.

Gadis itu meminpin tangannya manakala Hanania mengangkat sedikit gaun kahwinnya supaya tidak terpijak.

Hanania melihat hanya beberapa orang sahaja yang hadir. Dalam hatinya tertanya-tanya mana keluarga Raffael.

Dia hanya melihat kawan kawan Raffael je lepastu yang lain tok imam dan saksi saksi.

Raffael memandang tak berkelip Hanania.

"Ni perempuan ke bidadari ni? Asal cantik sangat bakal isteri aku ni?". Kata Raff dalam hatinya.

"Aii pengantin lelaki..macam nak terkeluar biji mata tengok. Sabar ye.. kita selesaikan yang mana patut dulu." Sakat Tok kadi.

Raffael berdehem dan membetulkan songkoknya.

Hanania duduk bersimpuh atas bantal.( Bantal ke?? Entah author tak tahu dia panggil apa. Hope korang faham ye. ^^)

"Pengantin perempuan pun dah sampai. Pengantin lelaki dah sedia ke?". Kata Tok Kadi.

"Dah tok.." kata Raff.

"Kalau macam tu kita mulakan la ye. Bismillahirrohmanirrohim... Aydan Raffael bin Ghazali , aku nikahkan akan  dikau dengan Hanania Qistina binti Rahman dengan mas kahwin seutas gelang. " Kata Tok Kadi.

Raff menarik nafas sebelum mengungkapkan lafaz.

"Aku terima nikahnya Hanania Qistina binti Rahman dengan mas kahwin seutas gelang." Dengan sekali nafas mereka sah bergelar suami isteri.

"Alhamdulillah. Sah??". Tanya Tok kadi pada beberapa orang saksi.

"Sah."

"Haa pergi salam isteri kamu."

Raff menghampiri Hanania yang tertunduk.

"Ehemm.." Panggil Raff.

Hanania mendongak memandang lelaki yang sudah bergelar suaminya.

"Handsome nya dia hari ni. Rasa tak menyesal pun ada kahwin dengan mamat ni." Getus Nia.

Hanania menghulurkan tangannya untuk menyalam tangan Raffael.

Raffael memegang dagu Nia dan mencium dahi Hanania dalam beberapa saat.

Ketika itu , ada sesuatu perasaan yang ganjil mengalir dalam tubuh Nia. Hatinya berdegup kencang daripada sebelum ni.

"Ya Allah.. perasaan apakah ini." Desis Nia.

Raffael menyarungkan gelang emas putih di tangan Nia.

"Pengantin.. tengok sini please. Nak ambik gambar ni." Kata photographer.

Hanania dan Raffael berdiri untuk mengambil gambar.

Raffael memaut pinggang Hanania. Hanania memandang Raff dan Raffael hanya mengenyitkan matanya.

Tiba-tiba pipi Hanania merona merah. Mereka berdua senyum apabila photographer mengira.

"Ok cantik. Pose lain." Kata photographer itu.

Raffael memusingkan badan Hanania menghadapnya. Hanania mendongak memandang Raff.

Raffael mendekatkan wajahnya pada wajah Hanania seperti ingin mencium Nia.

Kepala Hanania kebelakang sedikit untuk menjarakkan wajannya dengan wajah Raff.

Namun Raff menghalangnya.

"Awak nak buat apa ni?". Tanya Nia.

"Ssh..". Hanya itu yang dijawab Raff.

Raffael mendekatkan kembali wajahnya dan bibir Hanania dan Raffael hampir bersentuh namun belum lagi ok.

Suara-suara usikan yang menyakat mereka tidak dihiraukan Raffael.

Hanania pula mukanya memang merah terus menahan malu.

Photographer itu apa lagi. Pose yang cantik ni mestilah diambil.

"Nice. Ok kejap kejap. Ok.. ok..done." kata Photographer itu.

Raffael menjauhkan kembali wajahnya pada wajah Hanania.

Jantung Nia bagai nak melantun keluar dari badannya. Boleh mati dia kalau hari hari macam ni.

Kenapa la lelaki ni suka sangat buat jantung dia berdegup kencang.

Belum habis merah di muka Nia , Raffael memaut tangan Nia dengan erat.

"Awak.. jangan la. Segan la orang tengok." Kata Nia.

"Biarlah orang tengok. Aku bukannya buat dosa. Lupa ke kita dah kahwin." Tanya Raff.

"Memang la tak lupa. Tapi jangan lah kat sini. Malu la.." Kata Nia.

"Hm jangan kat sini ye..habis tu nak buat kat mana?? Bilik ke". Bisik Raff.

Hanania terkejut mendengar pertanyaan  yang keluar dari lelaki ini. Otak dia ni tak leh suci sikit ke.

"Hish ke situ pulak dia ni? Bukan lah."

Raffael tergelak. Pertama kali dia mendengar Raffael tergelak begini.

Sepanjang dia kenal Raffael , Raffael tak pernah gelak. Senyum tu ada tapi gelak rasanya takde. And..yang buat lelaki ini gelak...dia ke??

Pada mulanya dia rasa nervous dan ragu-ragu jika tindakannya betul atau salah dengan mengahwini lelaki ini.

Namun sekarang entah kenapa rasa itu sudah hilang. Sekarang dia rasa sedikit lega dan mungkin...selesa?

Entah lah tapi pada hari ini dia bukan rasa sedih tapi bahagia. Perasaan bahagia yang dia tak pernah rasa selama ini.

Seperti satu cahaya yang datang dalam hidupnya. Dan cahaya itu adalah Aydan Raffael.

Mungkin mengahwini lelaki ini bukanlah satu kesilapan. Tak salah jika dia mencintai lelaki ini walaupun pada hakikatnya dia tidak mengenali sepenuhnya diri sebenar Raffael.

Hanania tersenyum bahagia. Walau siapa pun Raffael dia akan cuba menerima diri lelaki ini seadanya.

Dia tahu bahawa lelaki ini agak misteri dari segi kehidupan peribadinya.

Mungkin lelaki yang dia sedang lihat ini bukanlah diri sebenar Raffael tapi someone yang direka oleh Raff sendiri.

TBC

HYE READERS SEMUA🌹 HM AYAT LAST TU MACAM BERBELIT SEDIKIT KAN AUTHOR PUN TAK TAHU APA DIA MAKSUD DIA. BUT HOPE KORANG ENJOY LA😍❤️







Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now