Hanania berjalan-jalan di taman bunga di belakang rumah Raff. Cantik bunga-bunga yang ditanam.
Nia menghampiri bunga matahari besar yang menarik perhatiannya.
"Wah..cantiknya.". Puji Nia.
Hanania memang suka tengok bunga matahari.
Dalam asyik Nia menilik bunga itu , dia merasakan satu lingkaran hangat yang memeluknya dari belakang.
Hanania ingin berpaling walaupun dia tahu siapa yang memeluknya.
Dari haruman badan lelaki ini sudah cukup dia yakin bahawa ini suaminya.
"Jangan la... aku nak kita stay macam ni sekejap. Ok sayang ?". Kata Raff dan mengucup pipi Nia.
Lemah jantung Nia diperlakukan begitu. Entah kenapa tiba-tiba lelaki ni sweet semacam je dengannya lately.
Tapi dia suka. Siapa tak suka dilayan begini dengan suami sendiri.
"Cantiknya bunga matahari ni. Mak Som jaga ke ?". Tanya Nia.
"Kau suka ?". Soalan dibalas soalan.
"Suka sangat. Cantik pulak tu.". Kata Nia sambil tersenyum.
"Aku pun suka. Suka sangat. And cantik dia , takde sape boleh lawan." Kata Raff dan memandang Nia dari tepi.
"Bunga ke ?". Tanya Nia pula.
"Tak. Aku maksudkan kau sayang..". Kata Raff.
Hanania berpaling memandang Raff. Apa lagi kerja Nia selain memblushing.
Dia tersenyum malu.
Ni memang nak cairkan hati aku yang sememangnya sudah cair ke cane ni.
"Haha comel betul bila kau blushing. Rasa nak gigit je. " Kata Raff.
"Eii...ingat orang ni makanan ke nak gigit ii. " Kata Nia.
"Kalau kau makanan aku bukan gigit je. Aku makan sekali. Mesti sedap kan." Kata Raff dengan nada nakal.
"Eii gatal kan. " Kata Nia lalu mencubit lengan Raff.
"Ehh bila masa pulak aku gatal. Aku tak maksudkan apa-apa pun. Keee , kau yang fikir lain hm ?". Tanya Raff.
"Mana ada. Saya tak fikir apa pun. " Jawab Nia.
"Ye ke ?". Kata Raff dan mengangkat keningnya sebelah.
"Ye laa...".
"Hm...tak meyakinkan tapi takpe. Aku percaya. Btw , bunga matahari ni arwah mama aku yang jaga. Lepas mama aku meninggal , Mak Som pula yang jaga. " Kata Raff.
"Owh... Pandai dia jaga. Tumbuh elok. " Kata Nia.
"Sayang...". Panggil Raff.
"Erm..".
"Kau tahu tak apa beza bunga Matahari ni dengan kau ? ". Tanya Raff.
"Eii.. macam budak-budak la awak ni. Main pickup-pickup line pulak. " Kata Nia.
"Hish..jawab je la. Tahu ke tak ?". Kata Raff.
"Mestilah tahu. Hambar sangat. Bezanya bunga matahari menyerlah kalau kat taman , saya menyerlah kat hati awak. Senang sangat. " Kata Nia dengan yakin.
"Saalaahh..Haha." Ejek Raff.
Hanania mengerutkan keningnya.
"Dahtu ?".
"Bezanya... Bunga matahari ni dijaga dua orang tapi kau cuma dijaga aku sorang je. ". Kata Raff.
(Sorry cliche hehe.. author tak pandai pickup line. Takpe la kalau tak cair dekat hati korang pun , atleast di hati Hanania cair 😝😌 )
Hanania terkedu seketika.
Mungkin di telinga orang lain , kedengaran biasa namun di telinga nya ia kedengaran sangat istimewa.
"Faham tak ? Maksudnya , kau tu aku sorang je punya. You're mine my girl and only mine. " Kata Raff dan mencuit hidung Nia.
Hanania saat ini benar-benar terharu. Entah kenapa , dia berasa sangat dicintai oleh Raffael.
Dia bukan syok sendiri namun dia yakin bahawa Raff dan dirinya berkongsi rasa yang sama.
"Hey..dengar tak aku cakap ni. " Tanya Raff dan mencubit pipi Nia.
Nia tersentak.
"De-dengar...". Jawab Nia.
"So kalau kau pulak ? Kalau satu hari nanti kau tahu siapa aku , kau akan pergi tinggalkan aku ke ?". Tanya Raff.
Hanania sekali lagi tersentak mendengar soalan Raff.
"Kenapa cakap macam tu ? Awak suami saya , siapa pun diri awak saya tak kisah. Sebab awak adalah awak. Aydan Raffael is Aydan Raffael. Awak tetap suami saya yang sah. Tak de apa yang boleh ubah. "
Kata Nia dan mengusap lembut wajah Raff sambil melemparkan senyuman manis.
"Janji ?".
"Yee hubby sayang...". Kata Nia.
"Eyy...sejak bila panggil aku macam ni hm?". Tanya Raff.
"Hmm..awak tak suka ke ?".
"Suka. Lepas ni panggil aku hubby ok. "Kata Raff.
"Tengok la dulu. Kalau rasa nak panggil , saya panggil. Kalau tak , taklah. ". Kata Nia.
Raff menarik pinggang Nia.
"Nak panggil ke tak nak ?" . Tanya Raff
"Eii apa ni..Suka hati la saya nak panggil ke tak nak..". Kata Nia tak nak mengalah.
Raff mengetatkan pelukannya hingga mereka serapat-rapatnya.
"Tak tahu...".
Raff mendekati wajah Nia. Nia yang tahu apa yang Raff ingin lakukan cepat ii mengalah.
"Ok..ok..saya panggil awak hubby. Ok Hubby...". Sengaja Nia menekankan perkataan hubby.
Raff tersenyum.
"That's my girl. " Kata Raff dan mendaratkan sebuah kucupan di bibir Nia lalu meninggalkan Nia yang terpinga-pinga di taman itu.
"Dasar suamiku Mr.Bad Boy. " Kata Nia.
-----------
Seorang perempuan berjalan sambil membawa beg bagasi yang baru sahaja tiba di KLIA.
"Finally , my home Malaysia...I baaackkk !!! Hanania , aku dah balik. Tak sabar nak jumpa kau. " Monolognya.
Gadis itu berjalan menuju ke pintu keluar utama dan mencari kereta yang akan menjemputnya di airport.
Seorang lelaki dalam lingkungan 40 an menghampiri nya.
"Selamat kembali Cik Sofea. Mari saya bawakkan beg Cik Sofea. ". Kata driver itu.
"Thank you. Kita terus pergi rumah mama eah..Tak sabar nak jumpa Nia. " Kata sofea.
"Baik Cik.".
Dalam perjalanan , Sofea tersenyum. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan kawan baiknya itu.
Macam mana la hidup Nia sekarang. Ke dah berjaya dah.
Jika Hanania berjaya , dia turut bangga.
Dia tahu Nia sudah lama ingin mempunyai kerja sendiri supaya dia boleh berdikari tanpa membebankan sesiapa lagi.
Memikirkan tentang itu , membuat Sofea semakin excited untuk jumpa Nia. Banyak story nak dicerita pada Nia.
TBC
SORRY LAMBAT UPDATE HEHE ><
#VOTE
#COMMENT
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Bad Boy
Mystery / ThrillerHanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam...