Part 15

14.6K 644 8
                                    

Hanania mencari kelibat Raffael. Dah la rumah ni sebesar alam. Mana la mamat ni pergi. Dia lupa ke yang dia ada simpan pompuan dalam rumah ni.

Dia kena balik rumah Sofea. Dia yakin yang  Sofea mesti risaukan dia.

"Mana mamat bad boy ni. Penat aku cari tak jumpa-jumpa." Bebel Nia.

Setelah sekian lama mencari Nia tiba di sebuah bilik yang agak jauh dari ruang utama rumah itu.

"Bilik apa ni?". Monolognya.

Hanania tak dapat membuka pintu bilik tu sebab ada password.

"Canggihnya. Pintu pun ada password. Ingat phone je yang ada password." Kata Nia.

"Kau buat apa kat sini?!!". Suara Raff yang sedikit tegas mengejutkan Nia hingga terangkat bahunya.

Nia berpaling dan dia melihat wajah tegang Raff. Kecut perutnya lihat wajah garang macam tu.

"Sa-saya..".

"Aku tanya kau buat apa kat sini?!!". Tengking Raff.

Hanania tersentak. Tiba-tiba rasa nak nangis kena tengking macam tu.

"Saya..saya cari awak..". Kata Nia dan menunduk. Tak berani nak pandang wajah garang Raff.

Raff menarik kasar tangan Nia dan menuruni tangga.

"Awaak..sakitlah. ". Nia mengaduh

Raff menolak kasar tubuh Nia hingga belakang nya terlanggar dinding.

"Aku paling pantang orang ceroboh kawasan aku!!" Marah Raff.

"Saya tak tahu tu kawasan larangan. Saya cari awak sebab nak suruh hantar saya balik. Tu jee." Kata Nia dengan suara menahan tangis.

Raff menahan badan Nia hingga jarak mereka hanya satu jengkal sahaja.

"This is first and last warning. Jangan sesekali dekat dengan bilik tu faham!! Kau tak kenal aku sape and kau tak tahu apa yang aku boleh buat kalau kau langgar arahan aku!." Kata Raff.

Hanania mengangguk laju.

"A-awak..sa-sakit". Bahunya terasa sakit kerana dicengkam kuat oleh Raff.

Raff melepaskan Hanania. Baru sahaja Raff ingin berlalu dari situ Hanania memanggil nya.

"Awaak.. hantar saya balik please." Kata Nia lembut.

"No. Aku nak kau stay sini." Kata Raff.

Hanania tercengang. Tadi kata tak suka orang ceroboh kawasan dia sekarang ni bila dia minta dihantar balik tak boleh pulak.

"Tapi.. saya nak balik. Kawan saya mesti tengah risaukan saya. Tolong lah hantar saya balik. Lagipun buat apa saya nak duduk lama-lama kat sini." Jelas Nia.

"I said No. Pasal kawan kau tu nah phone kau. Bagitahu dia yang kau balik kampung ke apa benda ke lantak kau lah. But jangan bagitahu dia yang kau stay ngan aku." Terang Raff.

"Tapi kenapa?? Saya tak nak duduk sini dengan awak. Saya nak balik." Sekarang Nia menegaskan suaranya. Tak puas hati.

Lelaki ni ingat dia sape nak atur hidup orang sesuka hati dia je.

"Jangan banyak tanya boleh tak. Ikut je la apa aku cakap." Kata Raff.

"Tak nak!! Awak takde hak nak arahkan saya. And saya tak nak duduk sini dengan awak faham tak?!". Marah Nia. Dia betul-betul tak puas hati.

"Kau patut bersyukur tau yang aku ni tengah selamatkan kau. Kalau kau balik orang ii yang serang kau hari tu akan datang balik nak culik kau. " Jelas Raff

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now