PART 16

12.9K 576 9
                                    

Imran melangkah masuk ke Syarikat Ghaz' Holding. Akhirnya impian dia dan mamanya tercapai juga.

Papanya melantiknya menjadi CEO syarikat itu.

"Tahniah Imran. Mulai sekarang kamu yang akan menguruskan syarikat Papa. " Kata Dato' Ghazali.

"Thanks pa..Imran janji akan uruskan sebaik mungkin Syarikat ni." Kata Imran.

Dalam hatinya terasa puas sangat sebab salah satu impiannya sudah tercapai. Dia sudah merampas hak Raffael di Syarikat ini.

Namun dia masih perlu membunuh Raffael supaya semua harta jatuh  ke tangannya.

Takkan ada satu sen pun yang tinggal untuk Raffael.

Kalau Raff masih hidup , harta tu tetap akan jadi milik Raff. Dan itu yang dia tak nak.

Jadi dengan apa cara sekalipun , dia kena hapuskan Raffael. Syarikat ini hanya sebahagian sahaja , sebahagian lagi seluruh harta Dato'Ghazali tak lama lagi akan jadi milik nya.

Imran menandatangani beberapa dokumen penting untuk mengesahkan dia ialah CEO di syarikat ni.

"Pelik.. sepatutnya Tuan Raff yang pegang jawatan ni kenapa Tuan Imran pula? Dia kan cuma anak tiri je." Bisik pekerja di syarikat itu.

Walaupun mereka bercakap dengar tak dengar je namun telinganya boleh menangkap kata-kata itu.

Imran mengepal tangannya di bawah meja. Kalau takde ayah tirinya dah lama dia tumbuk dua orang perempuan ni.

"Aku dengar Tuan Raff lari dari rumah sebab tak suka dengan Tuan Imran dan Datin Salina." Bisik mereka lagi.

Imran sedaya upaya menahan amarahnya dari meletus.

Tengok lah nasib korang nanti bila aku dah berkuasa di syarikat ini nanti.

Imran melangkah masuk ke bilik pejabat nya a.k.a bilik CEO. Imran tersenyum puas.

"Akhirnya bilik ni jadi milik aku jugak. "Monolog Imran.

"Tahniah anak mama." Suara Datin Salina menerjah ke telinga Imran.

Imran berpaling. Dia melihat mamanya menghampiri nya dan terus memeluk tubuh mamanya.

"Mama..Imran ingat mama tak datang." Kata Imran.

"Takkan la mama tak datang. Impian anak mama ni akhirnya jadi kenyataan. Rancangan kita akhirnya berjaya." Kata Datin Salina.

"Belum lagi. Sebahagian rancangan kita dah berjaya dan masih ada sebahagian lagi rancangan kita yang belum berjaya." Kata Imran.

"Ayden Raffael?". Tanya Datin Salina.

Imran mengangguk.

"Bukan senang nak hapuskan kucing kurap tu. " Kata Imran.

"Bukan kamu kata , kamu dah jumpa titik kelemahan dia?". Tanya Datin Salina.

"Memang la.. tapi nak sampai ke titik kelemahan dia bukan senang maa.." kata Imran.

Tiba-tiba Dato' Ghazali masuk.

Mereka berdua terkejut Dan berpandangan satu sama lain.

Dato'Ghazali dengar ke?

"Imran , Salina."panggil Dato' Ghazali.

"Ye.." Jawab Imran gugup.

"Papa nak kamu ikut papa dinner dekat hotel malam ni. You pun boleh ikut juga." Kata Dato'Ghazali pada Imran dan Datin Salina.

Mereka berdua menarik nafas lega. Nyaris-nyaris je tembelang mereka pecah tadi.

"Untuk apa pa?". Tanya Imran.

"For celebrate. Kita akan raikan untuk berita gembira ni." Kata Dato Ghazali.

Imran mengangguk.

----

"Raff." Panggil Harris.

"Ye."  Jawabnya sepatah. Raff sedang kusyuk meneliti senjata api nya yang baru je tiba dari Kazakhstan tadi.

"Kau dah tahu ke berita pasal family kau?". Tanya Harris.

Raff memandang Harris.

"Family apa kau cakap ni. Aku tak pernah ada family." Kata Raff dingin.

Harris mengeluh.

"Raff please...". Pujuk Harris.

"Apa dia?? Dah pergi. Aku sibuk." Kata Raff dan menyambung kerjanya.

"Papa kau dah berikan jawatan CEO dekat Imran." Kata Harris namun Raff buat-buat tak dengar.

"Raff. Aku cakap dengan kau ni." Harris mengalihkan senjata-senjata itu ke tepi.

"So?? Apa kena mengena dengan aku?". Tanya Raff tak kisah.

"Apa kena mengena dengan kau?? Kau tahu kan lelaki gila tu nak rampas harta papa kau. Takkan kau nak duduk diam je Raff." Kata Harris.

"Orang tua tu dah tak de kena mengena dengan aku dah. Lantak dia lah nak bagi harta ke emas ke dekat lelaki tu. " Kata Raff.

"Orang tua tu Papa kau Raff. Ayah kandung kau. Kau sanggup ke tengok syarikat Papa kau yang dia usahakan susah-susah dulu tiba-tiba  jatuh ke tangan orang macam Imran tu. Lingkup habis." Nasihat Harris.

"Dia yang buat keputusan untuk percaya kan anak haram tu dengan betina sund*l tu bulat-bulat!! Biarlah dia tanggung akibatnya!! Sape suruh jadi bodoh sangat!!!". Marah Raff.

Harris mengeluh panjang. Hati Raff sudah diselubungi dengan dendam sehingga dia sudah tidak mengenal rasa cinta dan belas kasihan lagi.

"Raff..".

"Enough!!! Aku dah cakap yang aku malas ambik tahu pasal keluarga tu lagi. Diorang nak bankrup ke nak mampus ke lantak diorang lah! Kau jangan sebut pasal family tu lagi." Raff terus beredar dari situ.

Harris masih berdiri di situ. Kerasnya hati Ayden Raffael ni. Sape lah yang boleh lembutkan hati lelaki bad boy itu.

Raff melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Dia melilau mencari kelibat Hanania.

"Cari saya ke?!!". Sergah Hanania dari belakang.

Raffael terkejut tapi bukan terkejut beruk la. Kena la control macho dia kan.

"Tak yah perasan." Nafi Raff.

"Elele..ye ke. Habis tu awak cari sape? Mak Som ke?". Tanya Nia.

"Kau ni mesin soalan ke apa? Suka betul banyak tanya.." kata Raff.

"Lebih kurang macam tu la.. sebab saya ni jenis ingin tahu. Kenapa awak tak suka ke?". Tanya Nia lagi.

"Tak." Kata Raff sepatah dan berlalu pergi.

"Bila awak nak hantar saya balik rumah?"

Langkah Raff terhenti. Dia berpaling memandang Nia.

"Kau tak suka duduk sini ke?". Tanya Raff.

"Bukan macam tu. Cuma saya bosan je. Rumah ni terlalu besar sampai saya tak tahu nak buat apa." Ujar Nia.

Raff berfikir sejenak. Sampai bila dia nak sorok Hanania dalam rumah ni.

Tapi keputusan untuk biarkan Hanania balik ke rumah bukan idea yang selamat.

Dia yakin Imran hanya menunggu masa untuk menyerang Hanania.

"Let me think about this. I will tell you later. " Kata Raff dan terus berlalu pergi.

Hanania terpinga-pinga. Otaknya sedang loading hadam apa yang Raffael katakan.

"Dia blah camtu je. Huh..tahu la dia bos besar kat sini. " Bebel Hanania.

TBC

#VOTE
#COMMENT

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now