Imran menandatangani semua dokumen itu dengan tidak berminat.
Walaupun dia ialah Ceo syarikat itu namun langsung tiada ciri ii CEO yang layak.
Pekerja di Syarikat itu juga kurang senang dengan dirinya. Hal ii syarikat langsung Imran tidak mengambil tahu.
Namun wang-wang syarikat semua dia gunakan untuk membeli kepentingan dia dan mamanya.
"Tuan..tengah hari ni Tuan ada meeting dengan klien dari Istanbul..". Kata lelaki yang bekerja disyarikatnya.
"Tengah hari ni aku nak keluar..Kau suruh la sape ii gantikan aku." Kata Imran.
"Tapi meeting ni penting Tuan..Dia pelabur penting dalam syarikat kita. Saya takut kalau Tuan tak pergi , syarikat kita akan...". Belum sempat menyambung Imran sudah memarahinya.
"Ehh..kau tak faham bahasa ke ?!! Aku cakap aku nak keluar tengah hari ni kan..kau susah nak faham ke ?!!". Marah Imran.
Staf itu terus menunduk apabila dimarahi Imran.
"Tapi Tuan...Tuan kena pergi meeting tu..".
Imran pantas membaling pen di atas meja itu hingga terkena dahi lelaki itu. Lelaki itu mengaduh sakit.
Disisi tepinya , dia telah mengepal tangannya.
"Mulai sekarang , kau dah dipecat. Kemas semua barang ii kau dan keluar dari syarikat ni. Jangan pernah tunjuk muka kau lagi." Kata Imran.
Lelaki itu terus keluar dari bilik Imran.
"Kau ingat aku hadap sangat nak kerja dengan kau. Huh..dasar lelaki tak sedar diri.". Makinya dalam hati.
Lelaki itu terus mengemas semua barang ii nya.
Tak ingin dia nak kerja dekat sini lagi.
"Ehh..kamal. kau kemas ii ni nak ke mana??". Tanya syuhada yang bekerja disitu juga.
"Aku kena pecat. "
"Hah?!!! Kenapa pulak ??".
"Aku takut dia dengar nanti..takpe lah aku pun tak ingin dah nak kerja dengan lelaki tak sedar diri tu. Good luck lah untuk korang eah dapat bos gila macam tu..". Kata Kamal.
Dia terus melangkah keluar dari Pejabat itu.
Selepas beberapa minit kemudian , Imran keluar dari bilik nya.
"Haa..yang korang pandang aku macam tu kenapa ?? Nak kena pecat jugak ke ?". Tanya Imran mencerlung tajam kepada semua pekerjanya.
Semua staf disitu terus menyambung kerjanya.
Imran terus keluar untuk pergi ke sesuatu tempat.
Begitulah Syarikat Dato'Ghazali setelah diuruskan oleh Imran.
Imran langsung tak layak untuk menjadi CEO di syarikat itu.
"Tuan Imran tu langsung tak layak jadi bos kita. Bukan pandai uruskan syarikat pun..". Kata Syuhada.
"Tula..entah kenapa laa Dato' bagi dekat Tuan Imran tu..".
"Aku dengar yang Tuan Imran tu anak tiri je..Bukan Dato' ada anak kandung lelaki ke ? Kenapa tak dia je yang ambil alih ?". Kata staff yang lain pula.
"Aku dengar ii la kan..tak tahu la ye ke tak , aku dengar anak kandung Dato' kena buang dari keluarga tu. Tak tahu la kenapa...". Kata Syuhada.
Tiba-tiba Johan yang sudah lama kerja di Syarikat Dato'Ghazali berdehem.
"Amboii.. korang ni takde kerja ke selain nak mengumpat je ? Dah sambung kerja korang. Kang Tuan Imran balik nanti , kena marah..". Kata Johan.
---------------
Sofea memandang Hanania yang tersenyum sorang ii.
"Babe..kau ok ke ? Aku nampak kau macam ada masalah mental je , senyum sorang ii ni...". Kata Sofea.
"Aku ok je. Nampak macam aku tak okay ke ?". Tanya Nia pula.
"Dah tu yang kau sengih sorang ii tu apa citer ? Tak nak share ke apa yang buat kau happy sangat tu ?". Tanya Fea .
"Nak senyum pun tak leh ke ? Kang kalau aku nangis kau jugak yang kalut ribut."
"Tak de laa..aku tengok kau macam orang yang baru bermanja dengan suami jee..". Kata Fea selamba.
Hanania yang sedang menghirup air terus tersedak apabila mendengar sahabatnya menyebut tentang suami.
Sampai bila dia nak sembunyikan status dirinya yang sudah bergelar isteri orang dekat Sofea ni.
Dia yakin Sofea pasti marahkan dia jika mengetahui yang dia berkahwin tanpa menjemputnya.
Bukan tak nak jemput tapi masalahnya sekarang waktu tu , dia berkahwin lain dari orang lain.
Kahwin paksa rela. Nak cakap kahwin paksa dia rela berkahwin dengan Raff.
Bagaimana dia ingin menjelaskan pada Sofea.
"Oiiii !! Kau kenapa termenung jee.. Tadi senyum sorang ii sekarang termenung pulak. Hish risau la aku dengan penyakit kau ni. Teruk benar penyakit kau ni babe...". Kata Sofea dan menyentuh dahi Nia.
"Hehe...Err Fea..". Kata Nia seperti ingin memberitahu sesuatu.
"Ha ye ?".
"Sebenarnya aku nak bagitahu kau sesuatu ni...". Kata Nia teragak-agak.
"Apa dia ?? Nak tahu ii..". Kata Sofea bersungguh-sungguh.
Hanania menarik nafasnya. Ada jugak sekejap lagi , melayang pinggan mangkuk yang duk atas meja ni.
"Sebenarnya kan..Err..aku.. sebenarnya..".
"Hish..tak yah buat citer Indon dekat sini boleh tak!! Bagitahu je lah!!". Kata Sofea tak sabar.
"Sabar lahh..Aku sebenarnya nak bagitahu yang aku err dah..".
"Straight to the point boleh tak ?!!!". Bentak Fea yang sudah tak sabar.
Hanania yang geram Sofea asyik memotong ayatnya terus mengungkapkan ayat yang ingin diberitahunya.
"Sebenarnya aku dah kahwin !!". Kata Nia dengan laju tapi jelas di pendengaran Fea.
"Haa kan senang cakap terus macam ni..cakap lah yang kau dah..HAA??!!! APA DIA ?? KAHWIN?!! Kau kahwin dengan siapa ??? Bila masa kau kahwin?? Tak jemput aku pun?? Siapa lelaki...".
Hanania yang melihat Sofea bertanya bertalu-talu itu terus menenangkan Fea.
Sudah dapat agak dah perangai minah ni. Memang tak pernah rilex.
"Hishh..jangan la jerit. Malu laa orang pandang tu..". Kata Nia.
Hanania terus menarik Sofea keluar dari kafe itu.
Dia tak boleh cerita dekat dalam ni. Kang ada jugak pecah pinggan mangkuk dekat kafe ni.
Hanania menarik tangan Sofea masuk dalam kereta.
Apa pun reaksi Sofea dia kena tetap hadap. Hanania bersedia dengan segala kesan yang akan dia hadap apabila menceritakan pada Sofea.
TBC
#VOTE
#COMMENT
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Bad Boy
Misteri / ThrillerHanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam...