Tidur Hanania lena sangat. Ye laa dapat tidur atas katil bak puteri beradu ni , mana tak lenanya.
Hanania terpisat-pisat membuka matanya , dia membetulkan urat-urat tubuhnya. Tiba-tiba pintu bilik nya diketuk dan dibuka.
Hanania terus melemparkan senyuman apabila melihat Mak Som.
"Selamat pagi Cik Hanania.". Sapa Mak Som.
"Selamat pagi. Tak yah la panggil Cik , panggil Nia je. " Kata Hanania.
"Ye lah. Jom turun breakfast. Mak Som ada buat nasi lemak pagi ni. Boleh la Hanania makan." Kata Mak Som.
"Ye ke?? Mesti sedap. Ok nanti Nia turun. Nia nak mandi dulu." Kata Nia dan terus turun dari katil itu.
"Ha ye lah." Baru sahaja Mak Som ingin keluar dari bilik itu , Hanania memanggil Mak Som.
"Err Mak Som." Serba salah Nia nak tanya.
"Ye Nia?".
"Lelaki bad boy tu dah bangun ke?". Tanya Nia.
Mak Som mengerutkan dahinya.
"Lelaki bad boy??". Soalan dibalas dengan soalan.
"Haah..laki yang bawa Nia ke sini semalam." Jelas Nia.
"Owhh..Tuan Raff. Cakap la awal-awal. Tuan Raff ada dekat bilik , dia biasanya belum bangun lagi kalau time ni." Kata Mak Som.
Hanania mengangguk. Baru dia ingat nama lelaki tu Aydan Raffael.
"Kenapa?? Nia nak apa-apa ke?". Tanya Mak Som
"Eh tak de lah. Tak pelah Nia pergi mandi dulu.".
Mak Som mengangguk dan meninggalkan Nia dalam bilik itu.
Hanania turun dan melangkah ke meja makan.
"Dah siap dah mandi?". Tanya Mak Som.
"Dah..ermm sedapnya bau nasi lemak Mak Som ni. Ni belum makan lagi. Kalau dah makan konfem lagi sedap." Kata Nia dan menghidu bau nasi lemak di atas meja itu.
"Tak delah. Nia ni ada-ada je kan. "
Hanania tersengih. Dia mencapai pinggan dan mencedok dua sendok nasi.
"Ehh tunggu la Tuan Raff dulu. Kejap lagi Tuan Raff turun la tu nak breakfast. Boleh la breakfast sekali." Kata Mak Som.
"Oh kena tunggu dia dulu eah. Hehe sorry." Kata Hanania dan meletakkan kembali sendok.
Tidak lama kemudian , Raffael turun dan menarik kerusi di tengah.
"Selamat pagi Tuan Raff." Sapa Mak Som.
"Pagi. Hari ni Mak Som masak nasi lemak ye?". Tanya Raff.
"Aii..nampak macam chicken chop ke ni? Takkan la tak boleh beza nasi lemak dengan makanan lain." Laju je mulut Nia mengujarkan kata.
Mak Som tersentak. Haihs nampaknya Nia ni belum kenal Raffael lagi sebab tu berani je dia cakap macam tu dengan Raffael.
"Err..Tuan nak makan sekarang ke atau nak makan roti dengan jem dulu." Sengaja Mak Som menukar topik.
"No thank you. Tiba-tiba tak de selera nak breakfast." Raff bingkas bangun dan meninggalkan Mak Som dengan Hanania.
"Laa takkan sentap kot. Orang perli sikit pun dah merajuk." Kata Nia.
"Nia kenapa cakap camtu dekat Tuan. Tak baik tau." Tegur Mak Som.
"Nia gurau je. Tak sangka pulak dia tu mudah sentap." Kata Nia. Niatnya hanya nak bergurau.
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Bad Boy
Mystery / ThrillerHanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam...