Sofea melangkah ke dalam rumah nya setelah sekian lama tidak jejakkan kakinya ke rumah ini.
"Mummy !! Mummy !! Fea dah balik !! ". Panggil Fea.
Namun tiada sahutan.
"Aik..takde orang ke ?". Katanya.
Dia melilau mencari mummynya namun sunyi sepi.
Mummy dia keluar kot.
Fea menghempaskan dirinya atas sofa.
"Haih penatnyaaa....". Kata Fea lalu memejamkan mata nya seketika.
"Welcome back anak mummy...". Suara Datin Maria membuatkan Fea terus membuka matanya dan melihat mummy nya bersama dengan kek ditangan.
"Mummy...wow buat surprise ekk..". Katanya dan ingin memeluk mummy nya namun mummynya menghalang.
"Aipp...kek ni tiup dulu. " Kata Datin Maria.
"Hehe sorry ii...". Kata Fea.
Sofea meniup lilin itu hingga terpadam.
Setelah selesai , Datin Maria meletakkan kek di atas meja.
Maka bermulalah babak anak dan mak. Mereke berdua saling berpelukan untuk melepaskan rindu antara ibu dan anak.
"Rindunyaa dekat Mummy. Setahun tak jumpa mummy dengan Nia. ". Kata Fea.
"Mummy pun rindu jugak dekat anak dara mummy sorang ni."
"Eh mummy cakap pasal Nia , Nia ada datang ke ?". Tanya Fea.
"Entahlah... mummy dah lama tak jumpa Nia sejak dia balik kampung hari tu. Dia pun tak de datang sini. " Kata Datin Maria.
"Ehh...kenapa macam tu ? Mummy tak try call dia ke ?".
"Tak de. Mummy sejak setahun ni sibuk sangat dengan butik mummy. Hari ni pun mummy ingat nak cuti tapi tak boleh , kejap lagi kena pergi butik pulak." Kata Datin Maria.
"Kenapa ek dengan Hanania...kee dia ada masalah ?". Duga Fea merisaukan sahabatnya itu.
"Takpe lah...try Fea call Nia lepas ni. " Kata Datin Maria.
"Fea memang bercadang nak call dia pun lepas ni. Dah lama tak jumpa dia. "
"Baguslah macam tu. Nanti ajak dia datang rumah okay. Mummy nak pergi butik pulak ni. Jumpa nanti okay. " Kata Datin Maria.
"Alaaa...Fea baru je balik mummy nak pergi kerja jugak ke ? ". Tanya Fea dengan manja.
"Sorry Fea..butik mummy memang sibuk akhir-akhir ni. Banyak benda nak settle. Mummy pergi dulu eah. "
"Ye laa.." .
Sebaik sahaja Datin Maria menghilang , Sofea terus mendail nombor Nia.
Berdering namun tak diangkat.
"Haih...kenapa susah sangat nak angkat call ni. Tak rindu aku ke ??". Monolognya.
Sofea meneruskan mendail nombor Nia.
Akhirnya diangkat juga.
"Hello. ". - Nia
"Hello my baby sayang...". - Fea
"Sofea !! Oh my god !! Ya Allah rindu nyaa dekat kau...". - Nia
"Huhu... aku pun.. weii jom la jumpa. Aku rindu nak peluk kau. Banyak citer yang aku nak share dengan kau. " - Fea
"Boleh ii...bila and kat mana ? ". - Nia
"Hrmm... tempat favourite kita dulu boleh. Ingat lagi kan ? Sekarang laa..takkan nak tunggu tahun depan pulak.". - Fea.
"Owh ingat ii. Ok deal. Jumpa kau kat sana." - Nia.
"Ok. See you. " - Fea
Talian dimatikan.
Hanania terus bersiap untuk berjumpa sahabatnya yang sudah lama tak berjumpa.
"Haa ni nak pergi mana pulak ni ?". Tanya Raff melihat Nia bersiap-siap.
"Nak keluar. Sofea dah balik Malaysia. Saya nak pergi jumpa dia la..". Kata Nia sambil mencalitkan lipstik di bibirnya.
"Tak minta dengan aku pun. Dah lupa ke ada suami ?". Kata Raff acah merajuk.
Hanania memandang muka Raff yang buat-buat merajuk. Comel betul laki aku ni.
"Elele...my hubby yang handsome lagi sweet...boleh tak sayang nak keluar jumpa Sofea." Kata Nia sambil menyilangkan tangannya di leher Raff.
"Hrm...".
"Boleh la ek ?". Sengaja Nia menyengetkan kepalanya ke kiri. Sengaja berlagak comel.
"Eii..kenapa comel sangat ni hm ? Ye la ii.. tapi jumpa Sofea je. No lelaki faham !!". Tegas Raff.
"Iyee hubby. Jumpa Sofea je. Saya mana ada kawan laki. Awak sorang je lelaki yang ada dalam hidup saya. " Kata Nia.
"Naughty girl.". Kata Raff dan mencuit hidung Nia.
Nia tersenyum malu.
"Ok dah la. Nanti lama pulak Fea tunggu. Bye hubby. " Kata Nia dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
Nia menyalami tangan suaminya dan Raff macam biasa memang penyakit sweet dia tak boleh control.
Raffael mengusap lembut kepala Nia. Yang single tu jangan jeles yee..korang takde suami lagi jadi terima la kenyataan ye. Gurau ii hehe.
---------------
Hanania melilau mencari susuk tubuh yang sudah lama dia tak jumpa.
Beberapa meter darinya , dia melihat seseorang melambai tangan ke arahnya. Hanania tersenyum dan menghampiri orang itu.
Sofea , sahabat yang setahun dia tak jumpa dan hari ni dia bertemu kembali. Mereka berpelukan erat.
"Huhuhu...rindu gila kat kau babe.. lama tho tak jumpa ngan kau. Dekat setahun. " Kata Nia.
"Kann...aku pun rindu gila kat kau. Wow...kau nampak lain la sekarang. " Kata Fea.
"Apa yang lainnya. Sama je aku rasa. Kau tu betul laa.. tengok macam perempuan berkerjaya dah sekarang.". Kata Nia.
"Tak de lah. Kau nampak makin berseri-seri. Like dah macam isteri orang pun ada. " Kata Fea.
Hanania terkedu.
Sofea masih belum tahu yang dia dah pun berkahwin setahun yang lalu.
Dia bukan tak nak bagitahu but tu lah..macam tak tahu nak mula dari mana.
Dia tak nak Fea fikir yang dia mengasingkan dirinya dan Datin Faridah.
Keluarga Sofea dah banyak membantunya namun dia tak memberitahu sepatah pun tentang perkahwinannya.
"Woii menung apa. Penyakit termenung kau tak sembuh ii lagi ek.". Kata Fea.
"Tak de lah. Eh order la makan. Hari ni kita boleh share story each other. Hari panjang lagi. " Kata Nia.
Mereka berdua menikmati makanan dan saling berkongsi cerita.
Faham-faham laa bila perempuan dah lama tak jumpa pastu bergosip pula. Memang panjang la kan alamatnya.
Hanania memang berniat nak memberitahu Fea tentang statusnya sekarang tapi bukan hari ini.
Dia tak nak rosakkan suasana yang bahagia ini.
Dia akan beritahu apabila tiba masanha nanti.
TBC
#VOTE
#COMMENT
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Bad Boy
Mystery / ThrillerHanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam...