PART 20

13.7K 620 9
                                    

Raffael melihat Hanania diam tanpa bicara.

"Apa yang difikirkan perempuan ni ?". Desis Raff.

Wajah Hanania seperti ingin menangis. Mungkin memikirkan kenapa hidupnya begini setelah jumpa Raffael.

"Hey look at me." Raffael mendongakkan dagu Hanania untuk melihat wajahnya.

Hanania memandang mata yang mempunyai seribu rahsia dan misteri milik Raffael.

Raffael mendekati wajahnya ke wajah Hanania. Dia melagakan pipinya ke pipi Hanania. Hanania memejamkan matanya , cuba mengawal rentak jantung nya yang menggila sekarang.

"You don't have any choice my dear...marry me or died. Choose." Kata Raffael.

"Kenapa awak buat saya macam ni...salah saya apa?". Kata Hanania sambil menangis.

"Takdir. Takdir kau yang buat kau jadi macam ni sayang. So just terima hakikat yang takdir kau macam ni , ok sayang.."

Tangisan Hanania semakin laju. Dia benar-benar menyesal jumpa dengan lelaki ni.

Kalau dia tahu semua ni akan jadi macam ni , dia takkan pergi mall hari tu so takdelah dia jumpa dengan mamat bad boy ni.

"Sa-saya..." Hanania tak tahu nak cakap apa. Dia betul-betul tak nak kahwin dengan lelaki ni.

Lagi-lagi bila dia kenal lelaki ini dengan perangai bad boy. Memang tak lah dia nak kahwin.

Itu namanya menempah maut.

"Hanania Qistina...answer me." Bisik Raff. Suaranya memang membuat perempuan gila bayang betul.

Meremang bulu roma Hanania mendengar bisikan Raffael dengan suara serak garau itu.

Raffael mengelus lembut rambut Hanania .

"Kau tak nak kahwin dengan aku ke , hm ". Kata Raff dengan suara menggoda.

"Dah kenapa pulak dia buat suara menggoda macam ni.". Getus Nia.

"Sayanggg..". Panggil Raff dengan lembut.

Kali ni bagai nak luruh jantungnya dengar suara macam tu. Sah lelaki ni tak betul. Kena hantar ke tanjung rambutan.

"Bagi la saya masa..jangan la paksa macam ni. Kalau awak perangai camni macam mana saya nak fikir." Kata Hanania.

Memang tak boleh nak fikir kalau kena ugut macam ni. Dengan pandangan mata yang kuyu , suara yang serak garau gitu camna nak fikir.

Belum pandang muka lagi. Kenapalah hidup aku terseksa macam ni. Desis Nia.

"Ok aku boleh bagi kau masa. "

Hanania mengeluh lega dan tersenyum. Atleast bad boy ni boleh juga bekerjasama.

"3 saat." Sambung Raff. Senyuman Hanania terus mati.

Baru je puji. Tarik balik lah pujian tadi.

"Not fair!! Macam mana saya nak fikir dalam masa 3 saat. Bagi la 3 minggu." Kata Nia memuncungkan mulutnya.

"Just jawab yes or no sayang. 1 saat pun boleh jawab. And one more thing , muncung-muncung ni nak kena cium ke." Kata Raff dan mendekatkan wajahnya pada bibir Hanania.

Hanania terus menutup mulutnya. Tak nak bibir comelnya diragut lelaki ini.

"Ok masa bermula sekarang. One..". Raffael mula mengira.

"Wait what...mana acii.." kata Hanania

"Two...yes or no."

"Kalau macam tu jawapan saya NO!!". Kata Nia dengan yakin.

"Are you sure ??". Raffael mengangkat sebelah keningnya.

Hanania mengangguk laju dan menyembunyikan wajahnya dengan kedua belah tangannya.

Tak sanggup nak tengok wajah Raffael yang mampu mencairkan hatinya.

"Hanania..". Panggil Raff.

"No!! Awak suh saya jawab so saya jawab lah. Jawapan saya No!". Kata Nia.

Raffael terus mencempung tubuh Nia. Hanania tersentak.

"Apa awak nii..lepas laa.". Hanania meronta-ronta.

"Kalau kau cakap yes kau kena kahwin dengan aku and kalau kau jawab no maknanya aku kena kahwin dengan kau. So kau nak yang mana?". Kata Raffael.

"Macam takde beza je yes dengan no.". Kata Nia.

"Tahu pun. So kau takde pilihan selain kahwin dengan aku."

"Kalau saya tak nak kahwin dengan awak??". Tanya Nia.

"Well terpaksa la kita kahwin free kalau camtu. " Kata Raff.

Raffael menurunkan Nia. Namun tangan Hanania dipegang kemas. Mana la tahu perempuan ni lari ke.

"Kahwin free??". Tanya Nia hairan.

"Kau tak sedar ke kalau sekarang ni dalam rumah ni cuma ada kau dengan aku je. So kalau orang dari jabatan agama datang kau rasa ??".

Hanania tersentak. Lantas itu Hanania terus menolak  tubuh Raff.

"Keluar sekarang..saya tak nak kahwin free dengan awak. Keluar dari rumah saya sekarang." Kata Nia.

Namun Raff langsung tak bergerak.

"Tak nak. Jawab dulu." Raffael terus berkeras.

"Awak nak saya jawab apa. Dua ii tu jawapan sama je. Takde beza." Kata Nia.

"So kalau macam tu kau setuju la ni kahwin dengan aku?". Tanya Raff.

"Tak setuju." Jawab Nia.

"So aku takkan keluar." Raffael menyilangkan kedua tangannya tanda tak mahu keluar dari rumah tu.

"Hish ye lah yelah." Akhirnya Nia mengalah juga. Dia tak nak orang kampung tahu kalau ada lelaki masuk rumahnya.

Boleh timbul fitnah. Dia tak nak rosakkan nama arwah mak ayahnya kerana lelaki gila ni.

"Yelah yelah apa??". Tanya Raff.

"Ye lah. Saya setuju kahwin dengan awak. Dah sekarang keluar.". Kata Nia.

"Really??". Tanya Raff untuk kepastian.

"Ye!! Sekarang keluar dari rumah saya sebelum ada orang kampung cakap bukan-bukan pasal saya. " Kata Nia.

"Esok aku datang lagi. See you tomorrow my love." Kata Raff sebelum melangkah keluar dari rumah Nia.

"Apa-apa jelah. " Hanania terus menutup pintu.

Stress betul dia malam ni. Mana lah laki ni sesat. Tiba-tiba muncul dalam rumah dia.

Dah la penat kemas rumah tadi. Ingat boleh rest tapi datang pula bala.

"Eh mana mamat tu nak tidur malam ni?? Kampung ni mana ada hotel ,rumah sewa pun takde. Ahh pandai-pandai la dia hidup." Monolog Nia.

Hanania melangkah ke biliknya dan menghempaskan badannya ke atas katil.

Dia nak tidur. Lupakan apa yang jadi malam ni. Harap esok harinya lebih baik dan takde lagi bayang Raffael itu.

TBC

MACAM BIASA JANGAN LUPA VOTE AND KOMEN 🌹

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now