PART 23

13.1K 595 29
                                    

Seperti yang disuruh pagi itu Hanania bersiap. Hanania mengenakan baju warna baby blue dan seluar slack.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya , dia mencapai beg dan menutup semua pintu rumahnya.

Kereta Raff sudah siap berada di hadapan rumahnya menunggu nya.

"Good morning sayang." Ucap Raff.

Raff kelihatan sangat bergaya. Dia mengenakan baju T warna hitam , seluar hitam dan juga kaca mata hitam. Begitu sempurna dan bergaya dimata Hanania.

"Morning. Erm kita nak gi mana ni?". Tanya Nia.

"Ikut je lah. Dah naik. Ke nak aku tolong bukak kan pintu?". Raff menjungkitkan keningnya.

Itu lah kelemahan Hanania. Entah kenapa dia suka lelaki itu menjungkitkan keningnya. Jantungnya memang susah nak bekerjasama dengannya.

"No thank you. Saya boleh bukak sendiri.". Hanania membuka pintu dan terus masuk ke dalam kereta.

Raff juga masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar.

"Pakai tali pinggang tu sayang. " Tegur Raff sekali lagi.

Suka sangat panggil sayang. Sape sayang kau ntah. Omel Nia dalam hati.

Dia menarik tali pinggang itu dengan kasar tanpa sedar. Tali pinggang tu macam biasa memang susah nak bekerjasama time ii berdua duaan macam ni.

Raff memerhati gelagat Nia. Comel pun ada juga tengok minah ni sentap.

Dia tahu Nia geram kerana dia memanggilnya sayang. Sengaja dipanggil begitu. Nak juga tengok jauh mana perempuan ni Jual mahal.

Hanania masih lagi menarik tali pinggang itu. Masih lagi tak dapat ii.

Tanpa dipinta , Raff mendekati Nia dan memakaikan Nia tali pinggang. Hanania tersentak dan tersandar di seat itu.

Peliknya , dia tak menolak dan marah. Jarak wajahnya dengan wajah Raff sangatlah hampir.

Dia dapat rasakan hembusan nafas Raff menampar halus wajahnya. Raff memandang tepat ke anak mata Nia . Bagai tak nak mengalihkannya walau sesaat.

Saat itu satu perasaan aneh mengalir dalam tubuh Nia. Perasaan yang tak mampu diluahkan melalui kata kata.

Mata Raff seperti mempunyai sesuatu. Pandangan mata kuyu itu benar benar melemahkan gelora Nia.

Akhirnya Hanania tersedar dan menolak tubuh Raff yang hampir dengannya.

Nia berdehem banyak kali untuk menghilang kan rasa gugup dalam dirinya.

Raff pula hanya tersenyum nakal.

"Kita tengok sejauh mana dia boleh tahan godaan aku. " Desis Raff dalam hati.

Kereta Raff meninggal kan perkarangan rumah nya. Hanania masih diam membisu.

Mungkin segan dengan keadaan tadi. Raff mengerling sekilas ke arah Nia.

"Kenapa diam ?". Tanya Raff.

Hanania berpaling ke arah Raff dan memandang ke hadapan semula.

"Takde benda nak cakap. Diam je lah. " Kata Nia.

"Hm i see. So tahu tak kita nak pergi mana ni ?" Tanya Raff.

"Tak tahu. Kita nak gi mana?". Tanya Nia pula.

"Pergi jumpa tok kadi. " Jawab Raff selamba.

Mata Nia terus membulat.

"Pergi jumpa tok kadi dengan pakaian macam ni??". Tanya Nia dan dia melihat pakaian nya.

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now