PART 27

14.3K 609 6
                                    

Seusai mandi , Hanania membuka pintu bilik air perlahan-lahan. Hanania melilau mencari kelibat Raff.

Dia lupa nak ambik baju nya disebabkan lari dari Raff tadi.

Dirinya sekarang hanya bersalutkan tuala putih je yang menutupi badannya.

Hanania menjengketkan kakinya. Matanya memerhati sekeliling bilik itu , mana la tahu kot ii Raff tiba-tiba muncul dalam keadaan macam ni.

Malu tadi pun tak hilang lagi. Hanania membuka almari mencari baju yang sesuai dipakai lalu mencapai baju tidur yang tersangkut di almari itu.

Sebaik sahaja Hanania memusingkan badannya , Nia terjerit kecil.

Terkejut melihat susuk tubuh Raffael yang tercegat di belakang nya.

"Awak!!! Terkejut saya!!". Marah Nia

"Kenapa nak terkejut..aku bukan hantu. Sebaliknya aku jejaka handsome lagi tau. " Kata Raff.

"Awak lagi menakutkan dari hantu." Kata Nia perlahan namun dapat didengar oleh Raff.

"Kenapa kau takut dengan aku? Muka handsome macam ni kau boleh takut tsktsk..." Kata Raff menggelengkan kepalanya.

"Perasan. " Kata Nia.

Raffael memandang Nia atas bawah.

"Kau memang sengaja nak goda aku ke apa??". Tanya Raffael.

Hanania baru teringat yang dirinya sekarang hanya bersalutkan tuala je. Muka Hanania terus merona merah.

Raffael tergelak kecil.

"Comel la kau blushing.". Kata Raff.

"Eee..dah la keluar. Keluar..". Hanania menolak tubuh Raff dengan sekuat tenaganya keluar dari bilik itu.

Hanania terus menutup pintu bilik itu.

"Hey...lepas pakai baju bukak pintu ni..". Jerit Raff dari luar.

"Tak nak!! Rumah ni kan banyak bilik. Pergila tidur dalam bilik awak." Jawab Nia.

Baru sahaja Raff ingin menjawab , Harris tiba-tiba muncul dan membisikkan sesuatu.

"What the...ugh. Ok jom pergi sekarang.' kata Raff selepas mendengar sesuatu dari Harris.

Hanania telah selesai memakai baju.

"Aii senyap dah. Dia dah pergi ke bilik dia ke?". Monolog Nia.

Nia terus membuka pintu dan melihat Raff sudah tiada di depan biliknya.

Nia melihat sekeliling nya. Mana la tahu laki tu menyorok kat mana-mana ke.

Tapi bila dia dapati senyap je , rasanya Raff dah masuk bilik dia kot.

"Hm lantak lah. Sekarang aku lapar. Jom cari makanan. " Kata Nia.

Dia menuruni tangga untuk ke dapur. Biliknya di tingkat atas. Rumah ni memang besar gila.

Patutlah dinamakan rumah agam. Memang bak istana.

Rumah besar tapi sunyi. Sedihnya hidup mamat ni.

Akhirnya dia tiba di ruang dapur. Hanania membuka peti untuk melihat makanan apa yang ada.

"Wow...banyaknya stok makanan. Rumah je sunyi tapi makanan macam housefull. Boleh tahan kuat juga mamat ni makan kan." Kata Nia.

Tapi baru dia perasan yang makanan tu semua makanan ringan.

Dalam peti tu semua penuh dengan makanan ringan macam fries , dairy milk , KitKat and air berkarbonat and...

"Air apa ni??". Hanania mencapai sebotol air yang dalam botol kaca besar.

Tak pernah dia tengok air macam ni.

Baru saja dia ingin melihat nama air itu , seorang wanita menegurnya.

"Cik Nia..". Tegur Mak Som. Hanania berpaling memandang Mak Som yang dibelakangnya.

Hanania terus meletakkan kembali botol itu dan menutup peti.

"Ingat lagi tak Mak Som ni?". Tanya Mak Som.

"Ingat hehe. Mak Som ni pembantu rumah Raff kan?". Tanya Nia pula.

Mak Som mengangguk.

"Nia cari apa kat dapur ni?". Tanya Mak Som.

"Err..cari makanan. Nia lapar so ingat ada makanan kat dapur. Tapi bukak peti , semua makanan ringan." Kata Nia.

"Owhh..tuan Aydan memang suka makan makanan macam tu malam malam.". Kata Mak Som.

Nia hanya mengangguk.

"Nia nak makan apa? Biar Mak Som masakkan." Tanya Mak Som.

"Ermm..apa-apa je. Nasi goreng pun ok. Cuma nak alas perut je." Kata Nia.

"Haa kalau macam tu Nia duduk la dulu. Biar Mak Som masak.".

"Ehh takpe. Meh Nia tolong Mak Som masak. " Kata Nia.

"Takpe lah..Nia kan pengantin baru. Inai kat tangan pun merah lagi. Biar Mak Som je buat."

"Takde ii. Mana ada undang ii cakap pengantin baru tak boleh masak. Alaa..bagi la Nia tolong. Potong sayur ke , tumbuk bawang ke..boleh laaa please..". Kata Nia dan beriak comel.

"Haih..macam budak budak. Patutlah Tuan Aydan boleh jatuh cinta kat Nia." Usik Mak Som.

"Ishh Mak som ni. Mana ada." Kata Nia. Padahal dalam hati dah berbunga bunga.

Mak Som hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Eh bercakap pasal Raff. Mak Som ada nampak Raff tak? Ke dia dah tidur? Awalnya dia tidur.". Tanya Nia.

"Err tadi Mak Som nampak dia keluar dengan kawan dia. Tak tahu la pergi mana. Lepak dengan kawan dia kot.". Kata Mak som.

"Owh..Erm Raff memang selalu keluar malam ke Mak Som?". Tanya Nia.

"Haah.. setiap malam.". Kata Mak Som.

"Dia pergi mana biasanya?". Tanya Nia lagi.

"Kerja." Kata Mak Som.

"Kerja?? Dia kerja apa Mak Som?".

"Err... kerja err alaa yang dekat pejabat tu. Bisnes bisnes macam tu." Kata Mak Som.

"Owhh... businessman?".

"Haa yang tu lah..eh dah la tolong Mak Som potong bawang tu.". Kata Mak Som.

Hanania menyambung kerja nya. Namun dalam sudut hatinya , dia merasakan Mak Som seperti menyembunyikan sesuatu tentang pekerjaan Raff.

Setiap kali dia bertanya tentang kerja Raff , entah kenapa seperti ada sesuatu.

And kalau ditengokkan dari rumah ini , rumah ni seperti rumah agam. Bukan calang-calang orang boleh ada rumah macam ni.

"Hm perasaan aku je kot." Desis Nia menyedapkan hatinya.

TBC

#VOTE
#COMMENT
#SORRY TYPO

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now