PART 7

15K 671 74
                                    

Hanania berjalan dengan anggun dalam pakaian pengantin sambil diiringi Sofea sebelahnya.

Hanania tersenyum bahagia. Akhirnya dia dah jumpa lelaki yang sempurna dalam hidupnya.

"Cantiknya isteri hubby ni.." Puji Raff.

Hanania tersenyum malu.

"Handsomenya suami sayang hari ni. "Nia memuji kembali suaminya.

"Pengantin dah sedia ke?". Kata Tok Kadi.

"Dah tok.." kata Raff.

"Kalau macam tu kita mulakan la ye. Aydan Raffael bin Ghazali , aku nikahkan dikau dengan Hanania Qistina binti Rahman dengan mas kahwin seutas gelang. " Kata Tok Kadi.

Raff menarik nafas sebelum mengungkapkan lafaz.

"Aku terima nikahnya Hanania Qistina binti Rahman dengan mas kahwin seutas gelang." Dengan sekali nafas mereka sah bergelar suami isteri.

"Alhamdulillah. Sah??". Tanya Tok kadi pada beberapa orang saksi.

"Sah."

"Haa pergi salam isteri kamu."

Raff menghampiri Hanania yang tertunduk malu.

"Sayang.." Panggil Raff.

Hanania mendongak memandang suaminya lalu menyalam tangan Raff.

"Sayang ni seksi la..geram. " bisik Raff. Pipi Hanania merona merah.

Raff mendekatkan wajahnya pada wajah Hanania tanpa menghiraukan manusia yang disekelilingnya.

Bibir Raff lembut menyentuh bibir Hanania. Dan baru sahaja Hanania terbuai dengan lumatan bibir Raff tiba-tiba...

Bedebuk.

"Aduh...". Kata Nia. Hanania tersedar dari mimpi.

Hanania melihat dia di bawah.

"Laa...mimpi rupanya. Asal aku mimpi camtu. Adoii , sampai dalam mimpi kau ikut aku. " Bebel Nia.

Hanania menampar mukanya sendiri.

"Hanania..Hanania.. what's wrong with you." Monolognya.

Hanania menyentuh bibirnya. Ciuman tu seolah-olah real. Kan best kalau real. Hanania menggelengkan kepalanya laju.

"Sah otak aku tak betul. Or...ke aku dah angau dengan mamat misteri tu. " Katanya.

Sekali lagi dia menggelengkan kepalanya dan mengetuk kepalanya.

Tiba-tiba dia teringat akan kelasnya pagi ni. Alamak..dia lewat lagi.

Hanania bergegas bangun dan menyiapkan dirinya.

"Weh..Nia. kau kenapa kalut ribut camni." Tegur Sofea.

"Aku dah lambat nak pergi kelas ni. Habislah aku kena sound." Kata Nia dan menyikat rambutnya.

"Kelas?? Bukan ke hari ni hari Ahad. Mana ada kelas hari ni. " Kata Sofea.

Tangan Hanania terhenti.

"Eh ye ke??". Tanya Nia.

Sofea menghampiri Hanania dan menyentuh dahi Hanania.

"Kau kenapa beb?? Demam ke??". Tanya Sofea.

"Hish..mana ada." Kata Nia.

"Dah tu, kau tak pernah macam ni sebelum ni. Perangai kau ni kan macam..." Fea sengaja menggantung ayatnya.

"Macam apa??". Tanya Nia.

"Macam orang angau cinta." Kata Sofea dan tergelak.

Hanania menampar lengan Sofea.

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now