PART 50

17.3K 586 101
                                    

Hanania membuka sebuah pintu yang pernah dilarang oleh Raff untuk masuk ke bilik itu.

Hanania melangkah masuk ke bilik yang ruangnya agak kecil. Dia melilau sekeliling bilik itu.

Ruangan bilik itu agak gelap. Dia mencari suis lampu dengan menggunakan lampu handphone nya.

Akhirnya dia menjumpai suis lampu lalu membuka suis tersebut.

Sebaik sahaja dia membuka , dia agak terkejut melihat ruangan di bilik itu.

Ruangan bilik itu dipenuhi oleh senjata-senjata api tergantung di dinding.

Sekarang dia faham mengapa Raff begitu marah apabila dia ingin masuk ke sini.

"So inilah job awak yang sebenarnya..". Monolognya.

Sehingga ke akhir , dia tidak mengetahui tentang pekerjaan Raff.

Walaupun dia terkejut apabila mengetahui tentang identiti sebenar Aydan namun mengahwini Aydan adalah sesuatu yang tidak pernah dia kesali.

Dia mencintai Aydan dengan setulus hatinya walau apa pekerjaan Raff sekali pun.

Hanania keluar dari bilik itu. Dia harus bersiap untuk ke sesuatu tempat.

"Are you okay babe?". Tanya Sofea sebaik sahaja Nia turun ke ruang tamu.

Nia tersenyum dan mengangguk.

"Jom..Takut Dato' tunggu lama pulak kat sana.". Kata Nia.

Sofea mengangguk.

Kereta Sofea meninggalkan perkarangan rumah Raffael.

Hanania melihat rumah itu buat kali terakhirnya dan menghembuskan nafas yang berat.

Rumah ini banyak memori dia dan Raffael.

Masih segar di ingatannya dimana kali pertama Aydan membawanya ke rumah ini.

Bagaimana dia datang ke rumah ini sebagai tetamu pada mulanya dan datang kali kedua dengan bergelar isteri Aydan Raffael.

Air mata Hanania menitik apabila satu persatu memorinya tentang Aydan datang menerpa di ingatannya.

"Saya rindu awak Hubby...Rindu sangat.". Bisiknya dalam hati.

Air matanya terus mengalir.

Sofea menepuk bahu Nia. Nia berpaling dan memandang Sofea sebelum dia memeluk tubuh Sofea.

Tangisannya terhambur setelah dari tadi dia menahan daripada menangis.

Dia fikir dia mampu menerima kenyataan tetapi ternyata tidak.

Cintanya terhadap Raff terlalu dalam dan sukar untuk menerima kenyataan itu.

"Sshh...jangan macam ni please. Aku yakin dia tak nak tengok baby girl dia menangis macam ni. Don't cry okay..". Pujuk Fea.

"Aku tak kuat Sofea.. Sumpah aku tak kuat..Aku rindu dia. Berat rasa yang aku tanggung sekarang ni Fea..". Luah Nia.

Sofea mengusap belakang Nia.

"Aku faham.. Please jangan nangis. Macam mana kau nak jumpa Dato'Ghazali macam ni hah?.". Tanya Fea.

Nia mengesat air matanya. Yee dia kena kuat.

Kereta Sofea tiba di perkarangan rumah Dato'Ghazali.

Hanania melangkah masuk untuk kali pertama ke rumah ayah mertuanya.

"Assalamualaikum Dato '. Ucap Nia pada Dato'Ghazali yang sudah siap berada di ruang tamu itu.

Dato' Ghazali memandang Hanania dengan pandangan sayu.

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now