PART 36

13.3K 532 16
                                    

Setibanya mereka di rumah ,Raffael memandang Hanania yang sudah terlena tidur.Dia melihat luka yang terbalut di kepala Nia.

Dia tak nak sesiapa cederakan atau lukakan Nia tapi pada akhirnya dia sendiri yang menyampaikan luka itu pada Hanania.

Raffael mendekatkan wajahnya di wajah Nia.Dia mengusap lembut kepala Nia dan memandang Hanania yang sedang tidur.

"I'm sorry my girl...I make you hurt like this.I'm sorry..".Kata Raff lalu mengucup dahi Hanania sedikit lama sehingga Hanania tersedar.

Terkejut Nia sebaik sahaja dia membuka matanya , dia melihat wajah Raff sangat hampir dengannya dan Raff sedang mengucup dahinya.

Satu perasaan ganjil mengalir dalam darahnya.Sebuah perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Dia terkejut namun tiada niat untuk menolak Raffael dan dia ingin berada seketika di moment ini.Saat ini dia merasakan seperti dirinya benar-benar disayangi.

Raff melepaskan kucupannya dan sedikit tersentak melihat Nia sudah bangun dan sedang memandangnya.

"A-aku...". Raff tak tahu nak cakap apa.

"Awak..". Panggil Nia sambil menatap mata kuyu Raff itu.

"Hm..".

"Do you love me ?".Entah kenapa soalan itu terpancul dengan sendirinya di bibir Nia.

Raff terkejut mendengar persoalan Nia.Raff baru sahaja ingin menjauhi wajahnya dari wajah Nia namun Hanania dengan beraninya merangkul leher Raff.Raff tak mampu bergerak.

Saat ini wajah mereka hanya beberapa centimeter sahaja.

"Kau..bu-buat apa ni.".Tanya Raff agak cuak.

Sebelum ini dia yang selalu mengusik Nia dengan cara macam ni ,tapi sekarang terbalik pulak.

"Awak tak jawab lagi..Do you love me ? ". Tanya Nia lagi.

"Perlu ke aku jawab ?". Tanya Raff .

"Awak rasa ?". Soalan dibalas soalan.

"Kalau aku tak nak jawab ?".

"Kalau awak tak jawab saya akan anggap jawapan awak Tak. Saya akan fikir yang awak tak sayang saya...". Kata Nia.

"Nia..kita masuk dulu.Kau pun kena berehat sebab luka ni." Kata Raff lalu menyentuh lembut luka yang terbalut di kepala Nia.

"Awak yang buat saya tercedera macam ni.".Kata Nia.

Raff menunduk.Ye..memang salahnya.Wajar kalau Hanania marahkannya kerana dirinya yang tak dapat mengawal amarahnya.

"I'm sorry..Aku tak tahu kenapa aku hilang kawalan.I'm so sorry.".Kata Raff mengenggam tangan Nia.

"Hm..entah lah.Saya takut tengok awak marah mcam tu lepas tu bawak kereta laju sangat.".Kata Nia.

Raff terus merangkul tubuh Nia.Hanania tersentak.

"Sorry sayang..I can't control my temper.Sorry sebab buat kau sakit macam ni. Aku tak suka kau dekat dengan lelaki tu.Lelaki tu boleh cederakan kau ,tahu tak?".Luah Raff.

"Awak kenal ke lelaki tadi ?". Tanya Nia.

Raff melepaskan pelukannya.

"Aku kenal dia tapi aku tak boleh bagitahu sape dia.Cuma just nak ingatkan kau ,kalau kau nampak dia lagi terus call aku and aku akan datang secepat yang mungkin.And one more thing, kalau nak keluar jangan pernah jalan sorang –sorang.Ajak Mak som ke sape ke.Faham ?!!".Kata Raff serius.

"Yelaa.Faham."

**************

Raff melabuhkan punggungnya ke kerusi dalam biliknya.Dia membuka komputer di hadapannya dan melihat beberapa fail tentang bisnesnya. Kali ini Raff memastikan dengan lebih teliti tentang latar belakang kliennya sebelum dia pergi berjumpa.

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now