PART 18

12.6K 561 16
                                    

3 bulan kemudian..

Hanania sudah tamat pengajiannya. Dia terfikir untuk mencari kerja kerana itulah impian nya. Berjaya dalam hidupnya dan mempunyai duit sendiri.

Dia dah tak nak susah kan sesiapa lagi lagi ii Sofea. Sofea dan keluarga nya dah banyak bersusah payah  untuk menampung dirinya belajar.

Hanania mengemaskan pakaian nya. Dia bercadang nak balik kampung oleh kerana dia sudah menamatkan pengajiannya.

"Hanania.." Sofea menerjah masuk ke bilik Nia.

"Iye."

"Kau nak balik kampung esok ke?". Tanya Fea.

" Haah. Aku bertolak pagi esok. Takut tengah hari nanti jalan sesak pulak." Kata Nia.

"Kau sure ni tak nak papa aku hantar kau balik? " Tanya Sofea.

"Sure. Aku tak nak susahkan papa kau. Lagipun dia kerja kan esok. Tak nak lah bebankan papa kau pulak."

"Mana ada. Papa aku ok je. Lagipun dia yang offer nak hantar kau balik. Risau kau balik sorang." Kata Sofea.

" Takpelah. Aku naik grab je. Lagipun kampung aku bukannya jauh sangat. 2 jam dah sampai." Kata Nia.

" Yelah..aku nak hantar pun tak leh. Kau tahu kan aku kena fly Chicago lusa. Nak prepare barang lagi. "

Sofea kena belajar tentang selok belok syarikat Papa nya itu dengan uncle nya di Chicago. Jadi kenalah dia fly ke Chicago lusa.

"Yee..aku tahu. Takpelah, aku ok je. Kau tu duduk tempat orang jangan lupa aku pulak nanti. Kang balik tak kenal dah aku." Usik Nia.

" Apa kau cakap camtu. Gila ke aku nak lupakan sayang aku yang comel ni. " Sofea terus memeluk Nia.

Hanania tergelak dengan sikap manja Sofea.

"Ye ye..aku tahu kau takkan lupakan aku. Kau dekat Chicago tu jaga diri elok-elok tau. Kalau boleh bawak la balik abang ipar untuk aku. "Sakat Nia lagi.

"Amboi..tengok-tengok kau yang kahwin dulu dari aku. " Kata Sofea.

"Aku lambat lagi. Nak fokus kerjaya aku dulu."

"Elehh..hari tu time belajar cakap nak fokus belajar sekarang dah habis belajar nak fokus kerjaya pulak. Dah tu bila kau nak fikir pasal kahwin nya?".

Dah start dah mulut murai dia ni.

"Dah-dah...tak payah membebel dengan aku. Sakit telinga aku ni."

"Nanti bila aku dah jauh ngan kau..bebelan aku ni la yang kau akan rindu nanti tau. Waktu tu aku malas dah nak membebel dekat kau lagi."

"Ye la mak cik...".

"Mak cik kau panggil aku. Dasar."

Maka bermulalah sesi pukul memukul bantal. Yang terbang-terbang kapas dalam bantal tu.

-----

Hanania membaca surah Yaasin di hadapan pusara ibu bapanya.

"Ibu...ayah.. Hanania dah habis belajar dah. Sekarang Hanania tengah cari kerja. Nanti bila Hanania dah dapat kerja Hanania dapat tanggung diri sendiri. Waktu ibu ngan ayah mesti bangga kan dengan anak ibu ayah ni kan." Monolog Hanania dan menyeka air matanya yang mengalir.

Sungguh dia rindu akan kedua ibu bapanya itu. Oleh itu Hanania belajar bersungguh-sungguh supaya ibu bapanya bangga dengan dirinya.

Namun tanpa Hanania sedar ada seseorang yang memerhati nya dari jauh.

Seusai membaca Yaasin dan menyiram air bunga di pusara ibu bapanya , Hanania bingkas bangun untuk beredar dari situ.

Grab yang membawanya ke kampung tiba di sebuah rumah yang sudah lama ditinggalkan.

Banyak daun-daun kering gugur di halaman rumah itu.

Hanania berjalan melihat halaman rumah nya yang dahulu nya penuh dengan zaman kanak-kanak nya.

Banyak kenangannya di kampung ini terlebih lagi rumah dimana dia tinggal dari kecil lagi.

"Assalamualaikum." Sapa seseorang dari belakang. Hanania berpaling.

"Waalaikumsalam. Eh kak Nora." Hanania terus menyalami wanita yang berusia 30 an itu.

Kak Nora ialah jiran arwah ibu dan ayah nya. Kak Nora memang baik dan rapat dengan keluarganya.

"Ni Hanania kan?". Tanya Kak Nora.

"Ye Kak. Ni Hanania." Kata Nia.

"Ya Allah..lamanya Nia tak balik sini. Kak Nora rindu sangat dengan Hanania." Kata Kak Nora.

"Hehe..Nia sibuk belajar dekat KL tu akak.. Tu yang tak sempat nak balik. Ni Hanania dah habis belajar tu yang ingat nak balik lawat kubur ibu dan ayah pastu nak jenguk rumah ni. Lama dah tinggal." Jelas Nia.

"Alhamdulillah.. Hanania dah habis belajar lah ni. Dah ada kerja ke ?".

"Belum kak..Nia balik sini dulu. Nanti balik Kl nanti baru ingat nak cari kerja." Kata Nia.

"Owh baguslah macam tu. Eh meh la datang rumah akak. Akak pun bercadang nak masak untuk suami akak nanti. Boleh la Nia makan sekali. Kita makan sama-sama tengah hari ni."

"Erm boleh jugak. Tapi Nia nak bersihkan rumah ni dulu , nanti jap lagi Nia pergi rumah akak." Kata Nia.

"Haa ok lah kalau macam tu. Ingat jangan lupa datang ye. Kita makan tengah hari sama-sama nanti." Kata Kak Nora.

"Insya Allah kak. Nia masuk dulu ye."

Hanania membuka jendela-jendela pintu rumah orang tuanya. Membiarkan cahaya matahari menyinari rumah nya.

Rumah ini agak usang setelah lama ditinggalkan dan agak suram.

Selepas selesai mengemaskan rumah , Hanania ingin membersihkan dirinya. Lepas ni dia nak pergi rumah Kak Nora pula.

Di hadapan rumah Hanania , sebuah kereta BMW hitam berada tidak jauh dari rumah itu.

Seorang lelaki berkaca mata hitam memerhati rumah Hanania dari jauh.

Tiba-tiba seseorang mengetuk cermin kereta nya. Lelaki itu menurunkan tingkap keretanya.

"Assalamualaikum. Encik ni cari sape ye ?" . Kata orang kampung di situ.

"Waalaikumsalam." Jawab lelaki itu.

"Saya Ismail. Panggil je Pak Mail. Ada yang saya boleh bantu Encik ke?". Tanya Pak Mail.

"Err takpe takde. Saya cuma nak tengok kampung ni je." Jawab lelaki itu.

"Kalau macam tu takpelah. Kalau ada apa-apa pergi je rumah depan tu. Tu rumah saya. " Kata Pak Mail.

"Baiklah. Terima kasih Encik."

"Sama-sama." Pak Mail pun beredar dari situ.

Lelaki itu kembali memandang rumah Hanania.

"You're such a pure girl , Hanania. You really driving me crazy in this 3 months." Monolog lelaki itu.

TBC

JANGAN LUPA VOTE AND KOMEN READERS 🤗🌹

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now