PART 21

14.5K 647 14
                                    

Pagi itu , Hanania bingkas bangun dari tidur.Dia membetulkan segala uratnya.Hanania mengemas tempat tidurnya , seusai mengemas Hanania membuka semua tingkap-tingkap di rumah itu.Sebaik sahaja dia buka tingkap di ruang tamu ,matanya membulat.

Dia terus membuka pintu dan melangkah ke kereta hitam yang pastinya milik Raff.Nia mengintai disebalik cermin gelap itu dan melihat Raff yang lena tidur dalam kereta itu.Hanania mengetuk cermin gelap itu beberapa kali menyedarkan lelaki itu.

Raff tersedar dari tidur dan melihat Hanania sedang mengetuk cermin keretanya.Raff terus menurunkan cermin keretanya.

"Good morning sayang..". Kata Raff.

Dah kena sampuk dengan jin apa pulak bersayang-sayang pagi ni.Memang sah 100% lelaki ni gila.

"Awak buat apa pagi-pagi dekat rumah saya ni.Nanti kalau ada orang nampak macam mana?".Tanya Nia.

"Tidur la.Dekat kampung ni miskin sangat sampaikan hotel pun takde.Jauh kan hotel rumah sewa ke homestay ke langsung takde.So aku tidur la dalam kereta."Kata Raff selamba.

"Awak nak tidur dalam kereta ke dalam lori ke itu awak punya masalah.Yang awak tidur dalam kereta depan rumah saya ni kenapa ?" .Tanya Nia.

"Ok apa aku tidur dalam kereta depan rumah kau dari aku tidur dengan kau dalam bilik kau.Which one you prefer?". Tanya Raff.

Bercakap dengan lelaki ni memang takde guna.Hanania terus beredar dari situ.

"Hey..aku nak pinjam toilet kau boleh?". Tanya Raff.

"Tak boleh!!".Jawab Nia tegas.Nia terus menutup pintu rumahnya dan mengunci.

"Hidup lagi mamat ni.Ingat dah kena makan dengan hantu dah semalam." Bebel Nia.

Baru dia ingat nak mulakan pagi dengan mood yang happy dan ceria tapi hancur.Moodnya hancur bila pagi-pagi dah nampak lelaki gila depan rumah.

Hanania malas nak fikir , dia terus melangkah ke bilik air untuk mandi.

Manakal Raff pula berjalan-jalan menikmati embun pagi di kampung itu.Fikirannya terasa lapang je.Hilang semua tekanan yang dialaminya 2 bulan lalu.

Imran betul-betul melampaui batas.Pada mulanya dia memang malas nak kisah tentang lelaki itu , namun dia tak boleh berdiam diri bila Imran ingin mengganggu Hanania. Entah kenapa hatinya risau dan ambil berat tentang gadis itu.

FLASHBACK...

Harris menghampiri Raffael yang sedang menganalisis butiran senjata api yang akan dijual pada pelanggannya nanti.

"Raff..kau dah hantar perempuan tu balik kan?". Tanya Harris.

"Haah.Dah.Kenapa?". Matanya masih tidak memandang Harris.

"Budak –budak Imran dah mula bergerak.Aku dah agak diorang tunggu masa kau takde dengan perempuan tu je." Kata Harris.

"Apa maksud kau?".Raff mula fokus pada Harris.

"Diorang follow Hanania dan kawannya dari kolej sampai ke rumah.24 jam.Diorang tengah tunggu Hanania berseorangan je.Setakat ni ,Hanania masih belum berseorangan dan selalu berada tempat terbuka so susah untuk diorang culik Hanania." Terang Harris.

"Shit!! Aku dah agak diorang nak guna perempuan tu untuk ugut aku.Huh..orang tua tu pulak bodoh sanjung tinggi-tinggi dekat anak haram tu.Dia dah tunjuk tanduk dia.Tinggal nak dedahkan aje perangai setan dia dekat orang tua tu.".Kata Raff dan mengukirkan senyuman sinis.

"Apa maksud kau Raff?Kau ada plan ke??". Tanya Harris.

"Budak perempuan tu habis study 2 bulan lagi kan ?". Tanya Raff.

Suamiku Mr.Bad BoyWhere stories live. Discover now