Extra bab

158 12 3
                                    

Setahun telah berlalu sejak pertarungan antara puak iblis dan vampire. Setelah kematian Lexusin,dunia vampire menjadi semakin aman. Kerajaan Ruinous Vampire pun sudah ada raja yang baru menggantikan Lexusin. Rui'ryn Kingdom dan Ruinous Vampire pun berdamai setelah itu.


Kini ,keluarga Damien sudah mempunyai hala tuju hidup masing masing.Dylan dan Natasha mentadbir kerajaan mereka seperti biasa. Sementara itu,Olivia kini menjadi ratu ahli sihir yang baru kerana dia satu satunya ahli sihir berdarah bangsawan yang tinggal.


Manakala Asher kembali mengembara mencari pengalaman baru. Katanya



"Mana tahu dapat calon isteri".



Zayden pula kembali ke pangkuan isteri dan anaknya. Dia pula berkata ingin mencari jika ada warewolf lain yang terselamat dan ingin membangun kembali kampung warewolf seperti dulu.



Mereka semua kini telah mempunyai tujuan hidup masing masing.



Sementara,Adreana dan Damien ingin meneruskan perjalanan dan hidup di dunia manusia. Damien seperti biasa,risaukan Adreana seorang diri di sana dan ingin mengikut Adreana kemana saja gadis itu pergi.



"Pa..kitaorang pergi dulu!"



ujar lelaki itu.



"Ya! Jalan elok elok ya!"




lalu kedua ibu bapanya melambai dari tangga istana melihat kepergian anaknya itu. Adreana dan Damien pun bergegas ke dunia manusia.


"Mama..Adreana pergi dulu..harap harap mama baik baik je kat sini ya?"



bisik gadis itu di dalam hati. Pastinya dia akan pulang ke dunia vampire ini sekali sekala untuk melawat makam ibunya.




5 tahun telah berlalu. Hubungan Adreana dan Damien semakin lama semakin rapat.



"Kita pergi pantai dulu sebelum balik nak?"




Gadis itu hanya tersenyum dan mengangguk. Setibanya mereka di pantai pada senja hari itu,mereka berdua berlari ke arah persisiran pantai ingin melihat
matahari terbenam bersama.



Mata Adreana bersinar sinar kerana terpesona melihat pemandangan yang indah disitu.


Damien hanya tersenyum sinis melihat wajah buah hatinya yang jelita itu lalu dia menggenggam tangan Adreana.



"Teringat dulu kan? Kita pernah datang sini sama sama"



ujar lelaki itu. Adreana hanya mengangguk dan tersenyum.


Tiba tiba,Damien berlutut di hadapannya dan mengeluarkan sebuah kotak cincin dan berkata


"Kayra Adreana..sudi tak awak jadi isteri saya?"



Gadis itu terkejut dan menutup mulutnya kerana terharu.



Lalu airmatanya menitis menahan sebak. Dia hanya mengangguk tanda setuju. Damien tiba tiba bangun dan bersorak gembira. Adreana hanya melihat kelakuan lelaki itu. Tidak mampu berkata apa apa kerana terharu dan sangat gembira. Lalu Damien mendekati Adreana dan memeluknya sambil berkata perlahan




"Lets create our story after this,dear"







THE END







Thanks for reading halfblood!








Stay tune for our next story!!





Ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now