°01•

581 40 28
                                    


______________꧁☘︎꧂______________

______________꧁☘︎꧂______________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

______________꧁☘︎꧂______________


"Tera! Tolong eomma kejap!"

"Buat apa?!"

"Hantar bungkusan ni dekat kedai FM"

"FM?"

"Yelah, FM pun dah tak tahu ke? Family Mart"

"Oohhh...cakap la Family Mark. Mana la Tera tahu"

"Hey hey, Family Mart... bukannya Mark. Tulah, asyik melayan Nct kamu tu je la. Dalam otak tu asyik ingat ke Mark ajelah"

"Biarlah, dia hensem tau"

"Pape je la. Dah cepat, eomma nak kene pergi kerja lagi ni. Nanti kamu nak keluar tu jangan lupa bawak kunci. Rumah kita ni bukannya jenis berkunci automatik"

"Ye eomma ye. Tera tahu. Tera bukannya baru duduk sini. Dari Tera lahir lagi dah duduk sini, so Tera dah tahu semua benda dah pasal rumah ni. Eomma jangan la risau sangat"

"Hm, eomma percayakan kamu. Eomma pergi kerja dulu ye, bai!"

"Bai eomma! Hati-hati!"

Selepas ibuku mengunci pintu rumah, aku masuk semula ke dalam bilik untuk meneruskan perbuatan aku yang terbantut tadi.

"Argh! Hensem siot Jaehyun! Nak nangis!"

"Taeil hyper gila!"

"Omo omo neomu kiyowo uri Taeyongie"

"Haechan ni asal comel sangat sia? Dia ni betul ke lahir 2000? Dah macam lahir 2010"

"MARK!!!! OTTOKHAE!!! COMEL GILA SIA DIA SENYUM MACAM TU!! ARGH MELEYOT AGAIN!!"

Petang itu penuh dengan jeritan fangirl aku je, maaf la jiran tetangga. Harap jiran aku semuanya pekak belaka, tak payah la aku nak cover je suara ni.

"Argh, sakit tekak aku asyik jerit je" aku keluar daripada bilik lalu meluru masuk ke dalam dapur untuk membasahkan tekak.

Kerusi ditarik dan aku minum dengan rakus. Mata aku melilau melihat sekeliling dan akhirnya mata aku berhenti pada satu bungkusan sederhana yang berada di atas meja makan.

Tersembur aku selepas baru teringat tentang bungkusan ini. Macam mana aku boleh lupa sia?! Okay tak!?

Semua salah Nct...

Aku bergegas masuk ke dalam bilik untuk ambil cardigan lalu disarung pada badan aku dan tak lupa juga bawa sekali bungkusan sederhana itu.

Kelam kabut berlari keluar rumah, selamat otak aku berfungsi lagi suruh kunci rumah. Kalau tak, memang rumah aku kene pecah masuk. Ceh, bila fikir balik pencuri tu nak curi apa kan, aku ni bukannya kaya pun.

ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿWhere stories live. Discover now