______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
A FEW DAYS LATER
"Kau balik dengan sape Renjun?" soal Haechan selepas mereka berempat mengambil beg masing-masing.
"Driver aku sebab aku tak bawak kereta datang sini. Kau?"
"Aku balik dengan Jeno. Aku tumpang dia" Renjun mengangguk kepalanya, memahami akan kenyataan rakannya itu.
"Kau Jaemin? Balik dengan sape?" Jaemin membalas dengan menjuihkan bibirnya kepada Jeno bagi menjawab persoalan Renjun.
"Dia balik dengan aku sekali" ujar Jeno dan lagi sekali Renjun mengangguk kepalanya.
"Okay ah...aku balik dulu...jumpa esok dekat sekolah" Renjun melambai tangan ke arah mereka bertiga sebelum dia meluru masuk ke dalam keretanya.
"Jom ah Jeno, aku ngantuk ni. Balik ni memang aku nak tido" ajak Haechan sambil menekan matanya.
"Jom" maka, mereka bertiga juga masuk ke dalam kereta Jeno dan bergerak pergi ke rumah masing-masing.
±±±±±±±±᯽±±±±±±±±
"Eomma, Tera nak pergi sekolah dah ni"
"Kejap! Kejap! Tunggu eomma!"
Selepas aku menyarung kasut, aku bangun dari duduk dan menunggu eomma aku keluar dari rumah dengan keadaan kelam kabutnya.
"Eomma nak pergi kerja ke? Bukan eomma kerja pukul 10 ke?" aku pelik? Kenapa eomma kelam kabut macam dia je nak pergi sekolah?
"Eomma nak hantar kamu pergi sekolah baru. Tak salahkan, esok kamu pergi la sendiri... hari ni eomma hantarkan. Okay?"
"Okay, kkaja" kami berdua masuk ke dalam kereta yang tidaklah semewah mana dan ia masih boleh diguna pakai lagi. Eomma tak sanggup nak buang kereta ni kerana kereta ini banyak kenangan dirinya bersama arwah appa.
"Okay dah sampai" ujar eomma dan aku lantas membuka tali pinggang keledar lalu aku menyium pipinya sebelum aku keluar dari kereta.
"Bye eomma! Jumpa petang nanti!" selepas kereta eomma hilang dari pandangan aku. Aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah elit itu.
Tergamam? Mesti lah! Ini kali kedua aku jejak kaki masuk sekolah ni. Gila gempak! Suka gila sia sekitar sekolah dia ni. Nampak gila kemewahan dia.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Não Ficção❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥