______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
"Aduh nak ketuk ke tak nak? ke nak serbu je?"
Aku buntu, dari tadi lagi jalan depan belakang tak berhenti.
"Macam mana ni....haih serbu je la. Eh tak boleh tak boleh...nanti Jung saem kata aku kurang ajar pulak. Bukannya boleh harap mulut cikgu zaman now ni"
Dengan beraninya, aku mengetuk pintu kelas itu sebanyak 3 kali. Kemudian, terpacul la muka Jung saem.
"Ha masuk la Tera...tunggu apa lagi tu" pelawa Jung saem dengan ramahnya dan aku masih teragak-agak ingin masuk ke dalam neraka ni.
"Sape tu saem?" soal Jeno sambil kepalanya kejap ke kiri kejap ke kanan, nak tengok gerangan siapa di sebalik pintu itu.
"Classmate baru kamu" ujar Jung saem setelah dia menarik Tera masuk ke dalam dengan penuh paksaan.
"Te-tera?"
"Ah kamu dah kenal ke dia ni Haechan?" Haechan tidak membalas pertanyaan Jung saem itu setelah Tera memberi jelingan maut padanya.
"Kamu boleh duduk belakang Renjun dengan Jaemin"
Tera mengeluh perlahan sebelum dia ingin melintas mereka berempat. Mukanya kekal dingin dan kelas itu terus jadi senyap.
"Okay Tera bukan muka surat 78 subjek Sains"
±±±±±±±±᯽±±±±±±±±
"Hah, dah boleh balik" Haechan meregangkan badannya ke belakang selepas guru terakhir mereka sudah keluar daripada kelasnya.
"Weh jom lepak nak?" cadang Jeno setelah dia mengemas semua barang-barang nya.
"Jom..kita pergi rumah kau je la" Jeno mencebik apabila Haechan mencadangkan idea tak bernas.
"Buat apa sia rumah aku. Tak nak la, rumah Jaemin la"
"Eh tak payah..nanti korang dua bukannya nak reti kemas balik kalau barang tu bersepah" bantah Jaemin hidup hidup.
"Hekeleh, macam la kau yang kemas rumah kau tu. Bibik kau yang kemaskan. Beria betul" perli Haechan dan Jaemin menjelingnya tajam.
"Kalau korang buat sepah...aku la yang kemaskan gila. Aku ni bukannya macam korang, jenis yang menyusahkan" Jaemin memerli semula Haechan dan lelaki itu acah terkena panahan petir.
"Kalau macam tu, rumah Renjun je la. Rumah dia lagi besar dari kita" cadang Jaemin pula dan mereka berdua terus setuju. Renjun cuma balas dengan muka datar nya lalu dia tersenyum hambar.
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Phi Hư Cấu❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥