______________꧁☘︎꧂____________________________꧁☘︎꧂______________
TERA POV ✔︎
"Huwaaaaa!!!" gadis itu mengeliat kecil sambil menguap dengan kuat. Dia menggosok matanya kerana dia baru sahaja bangun dari tidur lalu dia melihat sekeliling tempatnya.
"Aku ada dekat mana ni? Ni bukan bilik aku" monolognya sendirian.
Dia turun dari katil empuk itu, lalu dia mendekati pintu bilik itu.
"Aku ada dekat rumah sape ni sia?" setelah dia melangkah keluar dari bilik itu, dia terus turun ke tingkat bawah sambil pandangannya tak lepas dari menilik setiap bucu rumah agam ini.
"Eh cik dah bangun la" tegur seseorang. Tera memegang dadanya kerana dia terkejut dengan teguran itu.
"Sa-saya ada dekat mana ni?" soal Tera kepada wanita tua yang menegurnya tadi.
"Kamu ada dekat rumah tuan muda" jawabnya dan otaknya mula berfikir siapa 'tuan muda'.
"Tu-tuan mu-muda?......" dia masih tidak dapat teka siapakah dia sehinggalah.....
"Dah bangun dah kau. Aku fikir kau nak tidur sampai pagi esok" tegur seseorang yang sedang turun dari tangga. Lagi sekali Tera terkejut dengan gerangan itu.
"Renjun?" ujarnya perlahan. Renjun menarik tangan Tera menuju ke ruang makan.
"Duduk situ" arahnya dan gadis itu hanya akur dengan perintahnya.
"Tuan muda nak makan ke?" tanya wanita tua itu tadi. Renjun balas dengan anggukan kepalanya.
"Badan kau ada rasa lenguh-lenguh tak?" soal Renjun setelah wanita tua itu hilang dari pandangan mereka berdua.
"Kau tanya aku ke?" lelaki itu menghembus nafas dengan kuat.
"Tak la, aku tanya kerusi yang kau tengah duduk tu" Tera tersenyum tawar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mungkin dia berasa malu.
"Okay je, cuma kaki aku je sakit sikit" Renjun cuma balas dengan anggukan kepalanya dan dia bermain dengan telefon bimbitnya.
Selepas kami berdua habis makan, Renjun terus tinggal aku dan aku tak tahu dia kemana. Apatah lagi aku ni ha, nak kemana sekarang ni?
"Baik aku balik rumah sebelum eomma cari aku" aku terus bangun dari duduk dan terus berlari naik ke tingkat atas untuk masuk ke dalam bilik yang mula-mula aku sedar tadi.
"Aik, mana beg aku?"
"Bukan aku bawak balik ke tadi?"
"Ke aku tak bawak?"
"Tak kan la aku tinggal dekat sekolah pulak?"
"Tak boleh jadi ni....phone aku mana?"
"Semua benda nak hilang susah ah macam ni"
YOU ARE READING
ժ┃You Are Mine ⤻ ʰᵘᵃⁿᵍ ʳᵉⁿʲᵘⁿ
Kurgu Olmayan❛ Kalau ikhlas mencintainya , pasti kekurangannya juga boleh diterima dengan baik ❜ ❥